Wednesday, 6 March 2013

selamat berpantang ..

assalamualaikum..

entry ringkas ni demi nak meraikan encik suami yang mula berpantang mulai hari ni .. sampai bila belum tau.


hahaha tajuk macam nak tuju kat mak2 je kan? padahal kat sidia yang ngadu tak makan apa dari pagi sebab yang ada semuanya tak boleh dimakan..



alahaiiiii kesian! dek kerana lapar, hirup sup ayam je :)

takpe, malam ni insya Allah bee masak best untuk abang hihihhi



ok, tu je.. nak google cari resepi sesuai :)





xoxo, raihazi


Tuesday, 5 March 2013

isu semasa

assalamualaikum..


sana sini orang bercakap hal lahad datu. yang memberi pandangan bijak, yang berkongsi fakta sejarah dan tak ketinggalan sekelompok manusia yang rajin menyalahkan pihak tertentu selain maki hamun dan tuduhan2 kejam


kita sebagai 'orang biasa' yakni rakyat jelata seharusnya mendoakan kesejahteraan tak kira apa jua pegangan politik kita sebelumnya. sebab once benda dah jadi lari kemana pun kita tetap terkena tempiasnya.


jadi sudah2 la menuding jari tuduh orang ni, saman orang tu, maki pihak sana.. kita semua ada akal, jadi gunakan kesempatan yang ada untuk memohon pada Allah agar apa yang berlaku segera beransur baik.


kalau ada kenalan atau saudara yang berada di sana walau apa pun urusannya, kita kongsikan kata2 semangat agar mereka yakin dengan kemampuan pihak yang berusaha menyelamatkan mereka.




tu aje nak share malam ni.. semak kepala baca status mengarut yang sesuka hati di kongsi sedangkan belum tentu kesahihannya. macam nak menambah tekanan pihak tertentu je


wallahualam






p/s : membayangkan waktu tidur pun takut2 nak lelap mata bimbang diserang, .. minta dijauhkan





xoxo, raihazi


Sunday, 3 March 2013

saya seadanya..

assalamualaikum..


teringat dulu, saya pernah di tanya kenapa tak kerja?.. waktu tu saya baru je berhenti kerja di kl sebab bakal suami ketika tu ditukarkan ke ipoh. dalam masa yang sama kami akan bernikah lebih kurang dua bulan lagi


maka saya ambil keputusan untuk berhenti lebih awal supaya dapat menguruskan persiapan perkahwinan. masa tu kain nak dibuat baju pun belum beli. apatah lagi katil almari serta langsir. bunga telur lagi ke lauttt


masa kerja di kl saya berulang alik menumpang kereta encik suami yang kita tu encik tunang :) jadi bila dia transfer tempat kerja, kami berbincang dan bersetuju saya boleh bekerja semula sebaik selesai majlis nanti


saya uruskan persiapan kahwin dibantu emak dan abah. kaklong paling banyak membantu dari sudut kewangan dan selaku reminder bila dia akan tanya apa yang ada dan apa yang perlu. adik beradik saya jauh masa tu. kaklong di terengganu, abang di sg buloh, adik2 pulak masih belajar merata2. hah merata2 katanya, sebenarnya nak bagitau yang kaklangnya pun dah lupa masa tu fahmi dah grad ke or still di mmu. faezzah di terengganu, sekolah asrama. atikah je kat kulim


nak buat persiapan awal pun saya bukannya kerap balik masa bekerja dulu. gaji xbanyak pun, selebihnya saya simpan sikit2. kalau nak beli awal2 jenuh jugak nak mengangkut semuanya. takkan nak susahkan encik tunang ketika tu, dah la tumpang kereta free setiap hari hahahahahahaha



berbalik kepada cerita pakcik tu, dia terus membebel tentang kepentingan seorang wanita untuk bekerjaya. senang cerita dia nak suruh saya bersiap sedia sekiranya terjadi apa2 pada suami nanti. yea, saya faham niat murni pakcik tu.. sangat2 faham dan berterima kasih sebab prihatin tapi ......


tapi yang sentapnya cara dia menyampaikan .. siap dia tanya pada anaknya kalau2 ada kerja kosong di syarikat milik anaknya. amboiiii tak beragak tau pakcik ni. macam la saya merayu minta carikan kerja.


saya diam je masa tu sebab takda sape nak tolong ubah topik perbincangan hangat tu hahahaha masa tu fikiran betul2 kosong, saya redha. pada saya kalau ada rezeki, insya Allah ada. cuma mungkin caranya berbeza

bukan la maksud saya kalau tak nak bekerja, boleh duduk goyang kaki sebab yakin rezeki tetap ada. no no no, bukan macam tu. siapa pun kita, usaha tetap perlu.



dan kini, setelah bertahun2 berlalu.. saya menilai semula situasi semasa pakcik dan anak2 nya. saya akui mereka semua bekerjaya dan insya Allah berjaya semuanya. setinggi mana bezanya mereka dan saya tinggi itulah juga bezanya saya tak menyusahkan mereka



sebaliknya mereka pula yang mengharapkan pertolongan kecil saya. Alhamdulillah, Allah buka mata saya bahawa berlapang dada itu banyak hikmahnya


saya berusaha sebaik mungkin mengikhlaskan diri memaafkan kata2 pakcik tu dulu. dan tujuan saya berkongsi disini hanya untuk berkongsi rasa iaitu jangan biar kata2 orang luar mengusutkan kita.


p/s : sudahnya sampai sekarang saya unemployed :) encik suami tak bagi kerja sebaik tahu saya bunting pelamin, alhamdulillah


minta maaf kalau menyinggung sesiapa ..






xoxo, raihazi


Saturday, 2 March 2013

permulaan mac ..

assalamualaikum..



muka letih.. penat main dapat ais krim mmg terbaik la


hasil belian semalam.. dapat 2 pasang si kucing comellllllllll..

awal2 pagi dah bukak facebook demi nak mengelakkan mata dari terus sambung tido. hebat! misi untuk tidak tido akhirnya berjaya untuk hari ni tapi yang tak berapa nak positifnya bila dok berlengkar atas katil.


lenguh berbaring bawak ke mengiring, lepas tu baru teringat nak basuh kain. gigih kutip apa yang patut dan biarkan mesin itu bekerja hehehehe


tok saudara masuk icu seawal 6 pagi. dapat tau dari pak sedara yang rajin update berita saudara mara di fb. bagusnya ada fb cuma bila nak update apa2 di status masing2 kena fikir baik2. takut nanti buat luahan perasaan ada pulak yang terasa sampai masam muka nanti


biasa la benda apa pun ada baik dan buruknya terpulang pada kita yang mengendalikan.. ada betul?


alkisahnya tok sedara kena serangan jantung dan terus dihantar ke hosp parit buntar. keadaannya dikhabarkan agak teruk, tapi tak berapa sure la sebab bukan kita yang tengok sendiri. kadang2 orang kata tenat tapi bagi kita biasa je


selepas berbincang antara doktor dan anak2, toktam zaki transfer ke kpj perda. dan khabarnya terus buat pembedahan. maka sekarang ni hanya doa yang mampu disampaikan dengan harapan semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan, insya Allah


semalam pulak kecoh berita di fb pasal perkembangan keadaan di lahad datu. dah macam2 versi cerita kita baca. takziah pada ahli keluarga mangsa dan semoga semuanya beransur baik.

melalui fb jugak baru tau sepupu lelaki sebelah mak pun ada di sana. dia askar dan baru2 ni dikurniakan seorang baby boy. kalau tak silap wife nya baru je habis pantang. harap2 tak ada perkara buruk yang berlaku di lahad datu lepas ni. dan semua orang boleh teruskan hidup seperti biasa, insya Allah


permulaan mac ni tak berapa nak best rasanya. mintak2 esok lebih baik dari hari ni.


kalau ada yang sakit kita mohon disembuhkan segera dan kalau ada yang bersedih mudah2an akan ada berita gembira nanti



p/s : take care everybody





xoxo, raihazi