esok semua rakyat malaysia yang layak mengundi akan menunaikan kewajipan masing2..
apapun kepercayaan kita.. siapapun pemimpin pilihan, buatlah keputusan berdasarkan kemampuan mereka untuk mentadbir
tak payah la kutuk pilihan orang lain kerana setiap orang ada sebab tersendiri. jadi jangan buang masa melayan orang provok sana sini. masa ni semuanya nak menangkan pilihan masing2
jangan emo lebih2.. nak mengundi aje pun :)
selamat mengundi rakyat malaysia
xoxo,
raihazi
Saturday, 4 May 2013
Monday, 25 March 2013
mood gembiraaaaa hari ni ..
alhamdulillah,
rancangan berjalan lancar untuk hari pertama. seronok rasanya dapat mulakan sesuatu yang memang kita suka. mudah2an esok dan seterusnya makin murah rezeki saya, insya Allah :)
p/s : saya baru mula bisnes kecil2an. semoga langkah kecil ni membawa kepada sesuatu yang lebih besar dan bermakna ..
xoxo, raihazi

Sunday, 17 March 2013
belajar menerima ..
assalamualaikum ,...
kata orang jangan mengalah walaupun banyak halangan dalam usaha kita mencapai sesuatu. dengarnya mudah.. nak bagi nasihat kat orang pun mudah
tapi bila jadi kat diri sendiri kita akan terlupa ayat mudah ni. kita bengang marah dan kecewa bagai nak rak. baru sekali langkah tak menjadi kita ambil keputusan untuk lupakan impian asal.
waktu tu kita rasa itu satu petanda bahawa kita takda rezeki, tak layak atau sebagainya.
padahal kalau difikirkan dari sudut positif, kita patut sedar yang itu salah satu ujian dariNya.
kita nak mintak cuti dari boss pun ada prosedurnya.. dah isi borang bagi senarai alasan tapi belum tentu approve. nak mintak naik gaji lagi la banyak karenahnya
jadi janganlah cepat putus asa bila plan pertama tak menjadi seperti yang dirancang. cuba2 fikirkan plan kedua dan ketiga. kena ingat sesuatu benda yang susah sangat nak dapat akan lebih bermakna bila berhasil. kita sendiri akan lebih menghargai benda yang susah dijumpai, betul tak?
p/s : plan nak buat bisnes asyik tertunda sebab supplier adaaaaaaa saja masalahnya .. dugaaaannnn!

Friday, 15 March 2013
berkolestrol tinggi? ....
semalam pegi buat terapi ion elektrik kat ulu melaka. gigih makan nasi goreng habis sepinggan kecik sebab takut lambat sampai. keluar rumah pun dah 8 lebih, dengan harapan sempat buat dan tak ramai orang
sebelum ni encik suami dah buat sekali, dan kesannya keesokan pagi dia rasa kaki berat sangat. maka tak bekerja lah dia sehari. mujur la majikan baikkkk hati hahahaha saya rasa encik suami letih macam tu mungkin sebab hasil dua rawatan yang dia buat dalam satu masa
yea la hari ahad tu baru je lepas buat bekam kat badan, makan ubat dan buat akupuntur. tau2 je selasa malam dah gi buat terapi ion elektrik pulak. mungkin sistem dalam badan terkejut agaknya hahahaha
maka atas pelawaan encik suami, saya join buat terapi ion elektrik ni untuk 30 minit. warna air selepas selesai dah macam keladak air dalam tong,.. keladak warna coklat keruh sungguh2, agaknya apa la yang ada dalam badan sampai camtu hasilnya yea? kata cik tuan punya kedai, itu tanda kolestrol dalam badan yang agak tinggi. wahh, kurus camni kolestrol tinggi bagai nak rak? hadoiiiii susah hati mama sekejap
bila dah diangkat alat terapi tu kelihatan la seperti buih2 putih dan katanya itu tanda badan sakit urat.. hmm mungkin jugak sebab lately badan rasa letih lesu. kadang2 sambil layan sofia main, sengaja suruh dia pijak2 kat kaki. lega nya rasa hilang lenguh2 hihihihi
'air ni warna hijau sebab dia cuci buah pinggang sekali kak..' ehh teruk benar badan saya ni? gerun tengok warna air. jeling bekas rendaman kaki encik suami kat sebelah, cuma ada warna agak coklat sikit je.. keseluruhan boleh nampak lagi warna air yang asal walau tak jernih mana. encik suami ada masalah paru2. hah yang tu mungkin ada benarnya sebab encik suami hisap rokok.
maka demi nak menyedapkan hati, saya bertekad nak ajak encik suami kesana selang 2 3 hari nanti. nak tengok ada perubahan ke tak. sejujurnya saya sedikit kecewa dengan diri sendiri bila terlalu yakin yang badan saya sihat sepenuhnya. pada pandangan luar tak ada apa yang teruk berlaku jadi kita rasa kita cukup sihat dan selamat. bila dah jadi macam ni sedikit sebanyak menyedarkan saya untuk berjaga2
alhamdulillah, saya ok je pagi ni. tak ada rasa letih melampau. cuma pembuangan lawas dari biasa :p
p/s : marilah amalkan pemakanan yang sihat demi nak menurunkan paras kolestrol ke tahap selamat hahahahaha tetiba ..

Subscribe to:
Posts (Atom)