Assalamualaikum..
Alhamdulillah! Dengan rasminya sudah empat minggu. Seronok berbunga2 hati ni, terutamanya encik suami la .. senyum je dari keluar klinik tadi
Yang si sofia pulak asyik ulang tanya, bila baby mama nak keluar? Bila ayahnya bagitau tunggu lapan bulan lagi, terus dia kira jari. Baru kira sampai lima, dia jerit aaaaaa lamanya.. lambat lagi la kalau macam ni? .. yea nak, sila sabar yea hihihi
Bila fikir2 balik baru saya perasan, kalau ada rezeki kami sampai selamat menerima ahli baru, sofia dah lima tahun masa tu! jauhnya jarak mereka huhuhu patut la saya teringin sangat nak mengandung lagi. Lama sangat rupanya menanti
Harap2 ada la rezeki kami suami isteri untuk menimang cahaya mata kali ni. Dan semoga semuanya dipermudahkan dan selamat sampai akhirnya.
Sebenarnya takut juga bila saya terlalu berharap pada kandungan ni padahal semuanya masih terlalu awal.. takut kalau ada apa2 yang berlaku nanti kecewanya tak terjangka. Tapi saya yakinkan hati, tujuan saya ialah untuk beringat dan berjaga2. Sekurang2nya bila selalu mengingatkan diri yang saya kini mengandung, maka saya akan menjaga pemakanan dan aktiviti seharian.
Paling penting, nak elakkan insiden lalu berulang. Masa mengandungkan sofia, saya pernah keluar darah. Malam tu bila ke klinik, doktor scan dan katanya uri bawah. Siap dia keluarkan surat untuk di refer ke hospital malam tu jugak. Bila doktor hospital pulak check, katanya uri ok je kat atas. Baby pun ok. Tapi untuk langkah berjaga2, kena bermalam di hospital.. nak gi kencing pun fobia sebab darah keluar menitik2 bila mencangkung. Darah fresh pulak tu. Esok siangnya dah ok tapi still kena tahan lagi sebab doktor nak cucuk ubat untuk kuatkan paru2 baby incase baby lahir awal.. sakittttt ok! sengal punggung tempat cucuk sepanjang hari.. dua kali pulak tu kena cucuk hahahahaha
Maka kali ni, haruslah berjaga2 demi mengelakkan hal yang sama berulang, insya Allah :)
Sekian dulu, nak makan malam round two hahahaha
Xoxo,
Raihazi
Tuesday, 28 May 2013
Saturday, 25 May 2013
tantrum si kakak
Assalamualaikum ..
Sejak 2 3 hari ni sofia cepat merajuk, marah dan tunjuk perasaan. sebelum ni selalu jugak nampak tajuk artikel pasal anak sulung yang cemburu dengan adik baru tapi tak baca sangat atau dalam erti kata yang lain tak cuba untuk fahamkan pun ..
Jadi, bila tiba2 sofia turn to be someone yang suka buat perangai, saya rasa susah hati dan bersalah.
Dalam kepala asyik cuba ingat dan faham yang benda ni normal berlaku sebab si anak cemburu dan dia takut hilang perhatian yang selama ni milik dia sepenuhnya. Saya layankan apa yang biasa kami buat bersama macam biasa. Saya sebolehnya tak nak dia terasa di ketepikan langsung ..
Walaupun semua ni baru je sangat berlaku, tapi saya yakin kalau dimulakan lebih awal kesannya lebih positif. Jadi idea seterusnya ialah untuk bercerita tentang baby baru lebih kerap dengan sofia. Dan libatkan dia dalam our first visit to klinik ibu dan anak soon :)
Doakan saya,

Friday, 24 May 2013
mula dah ..
Assalamualaikum,
Baru je tau tak sampai seminggu tapi tekak dah teringin itu ini.. hahahahaha
Tak logik langsung! Ni bukan mengidam namanya tapi psikologi yang melebih2. So jangan layankan sangat.
Nak salahkan blog si ceera n sepet la ni, sebabkan entry diorang pasal burger abg burn kat kl nun.. amboiii jauh sungguh hahaha bila cerita kat encik suami dia gelak je
Dah la, nak baring2 jap.. ngantuk sangat rasanya. Harap2 xlena la, tidur petang2 xbagus cik oii huhuhu

Wednesday, 22 May 2013
Alhamdulillah.. ^_^
Assalamualaikum..
Nak berkongsi berita gembira buat ingatan tarikh istimewa dalam keluarga kecil kami .. Alhamdulillah, pagi tadi terjawab juga satu penantian hihihi
Apakah?...
Anakanda kami, nur raisa sofia akan menjadi kakak tak lama lagi! ini kakak yang betul2 bukan nya cobaaaaan hihihi
Doakan semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan, terima kasih..
Akan cuba untuk update perkembangan lebih kerap :) walaupun hanya surirumah, saya busy tau hahahaha
Take care
P/s : encik suami, mak dan adik beradik perempuan semuanya teruja :) mereka semua tau saya lama mengharap, alhamdulillah Allah bagi saya peluang ..
Sofia lebih excited, habis dibagitau budak kerja kami di kedai hahahaha katanya 'nanti mama nak dapat baby' ...
Xoxo,
raihazi

Subscribe to:
Posts (Atom)