Assalamualaikum ..
Dah lama rancang nak hantar kain untuk tempah baju kurung raya kakak. Dari bulan tiga lagi huhuhu kononnya nak sedondon sekeluarga.. tapi silap2 haribulan kalau tak ada tailor nak terima tempahan, musnahlah impian
Hahahahaha amboiii ayat tak beragak. Kecewa macam nak bawak diri padahal nak cerita pasal baju raya je hihihi
Ahad baru ni jumpa satu kedai, tapi asyik la terlupa bawak kain yang nak ditempah. Maka marilah lalu depan kedai sambil tengok2 je .. awat la pelupa sangat ni!
Akhirnya semalam dapat juga singgah kedai tu. Tapi dugaan lagi bila tuan kedai bagitau yang dia tuan kedai baru dan cuma jual pakaian dalam wanita. Signboard kedai lama belum berganti. Aduhaiiiiiii ..
Dengan bantuan tuan kedai yg baik hati, dia tunjuk lokasi kedai jahit yang baru. Tak jauh mana pun, tapi bila kitorang nak singgah kedai jahit tu dah tutup .. huhuhu
Hari ni banyak kali pesan kat kakak supaya jangan tido dengan alasan nanti tak boleh nak buat baju raya. Tapi kalau dah sampai terlentok2 kepala si anak menahan mata, kesian pulak kat dia. So dengan harapan dia bangun dengan mood yang baik bila sampai kedai jahit, kitorang biar dia lena dulu. Dah la hujan lebat sejak 3 hari lepas termasuk dengan ribut bagai, sementara nak sampai market kepala asyik fikir boleh ke nak singgah kedai jap lagi ni
Elok sampai kedai jahit, boss pulak dah balik, pekerjanya tak berani nak ambil tempahan sebab takut tak sempat siap. Tapi bagus jugak akak tu, dia pesan suruh datang jumpa boss nya lusa. Biar boss yang buat keputusan katanya.
Hmmm yea la,.. marilah kita balik aje dan berdoa supaya mama tak patah semangat mencari tailor untuk baju raya kakak :)
Xoxo,
Raihazi
Thursday, 13 June 2013
Wednesday, 12 June 2013
kisah 9bulan mama #001
Assalamualaikum ..
Setiap pagi malas sungguh nak kemas rumah, makan pagi pun jarang sekali. Paling kesian kat sofia sebab dia selalu main sorang2 sambil maknya lena tak larat nak bangun ..
Biasa sangat dia gerak sambil tanya kenapa mama asyik tidur je? Aduhaii nak, kalau boleh dipilih mama pun tak nak jadi malas dan mengantuk sentiasa macam ni.
Kain baju menimbun belum dilipat. Tengok kain je dah mula rasa lemah longlai. Dua hari sekali je jalan mesin, maka bertabah la nak menyidai dan melipat hahahaha mujur pinggan mangkuk tak tunggu dua hari sekali, kalau tak .. maunya encik suami sound huhuhu
Kadang2 tu cuba jugak nak buat semua kerja setiap hari macam biasa. Tapi malasnya ya ampunnnnnn .. memang tak tau dah macam mana nak psiko diri sendiri. Maka demi nak menjaga emosi sendiri supaya tak emo hanya kerana kerja rumah, kita buat apa yang termampu.. mana yang boleh dan mampu, kita buat pelan2. Tak larat takpe esok insyaAllah masih ada ..
Masalah susah tidur malam pun satu hal jugak. Jenuh mengiring kiri kanan, mata dok terkelip2. Menelentang memang tak boleh lama, habis sangat pun 3minit. Huiiiiii dugaannya kali ni.. jauh beza masa mengandungkan kakak. Patut la orang kata biar la mengandung 10 kali sekalipun, takde yang sama prosesnya. Setiap satu berbeza pengalaman dan cara menanganinya..
Pagi2 nak makan apa pun serba tak kena. Tak lalu tu biasa la.. makan buah rasa nak muntah. Minum air masak pun tak sedap. Susu? Buat masa ni memang sebolehnya nak elakkan dulu sebab dah mula rasa mual bila tengok,.. belum minum lagi
Nasi tak sampai sesenduk. Tu pun selalu sangat tak habis. Nak nangis rasa sebab perut lapar tapi sendiri tak tau nak makan apa
Tapi, tetap bersyukur sebab keadaan yang saya rasa susah sangat sekarang ni sebenarnya masih normal ..ada mama2 kat luar tu lebih teruk situasi alahan nya.. makan apa saja muntah balik. Bau sikit dah pening2 muntah. Badan lemah sampai kena warded masuk air.. alhamdulillah, saya tak macam tu. Minta2 dijauhkan..
Ya Allah, tabahkanlah hati ibu2 mengandung agar redha dan bersyukur dengan setiap ujianMu. Mudah2an kami beroleh pahala yang besar dan diampunkan dosa

Tuesday, 28 May 2013
its official .. alhamdulillah
Assalamualaikum..
Alhamdulillah! Dengan rasminya sudah empat minggu. Seronok berbunga2 hati ni, terutamanya encik suami la .. senyum je dari keluar klinik tadi
Yang si sofia pulak asyik ulang tanya, bila baby mama nak keluar? Bila ayahnya bagitau tunggu lapan bulan lagi, terus dia kira jari. Baru kira sampai lima, dia jerit aaaaaa lamanya.. lambat lagi la kalau macam ni? .. yea nak, sila sabar yea hihihi
Bila fikir2 balik baru saya perasan, kalau ada rezeki kami sampai selamat menerima ahli baru, sofia dah lima tahun masa tu! jauhnya jarak mereka huhuhu patut la saya teringin sangat nak mengandung lagi. Lama sangat rupanya menanti
Harap2 ada la rezeki kami suami isteri untuk menimang cahaya mata kali ni. Dan semoga semuanya dipermudahkan dan selamat sampai akhirnya.
Sebenarnya takut juga bila saya terlalu berharap pada kandungan ni padahal semuanya masih terlalu awal.. takut kalau ada apa2 yang berlaku nanti kecewanya tak terjangka. Tapi saya yakinkan hati, tujuan saya ialah untuk beringat dan berjaga2. Sekurang2nya bila selalu mengingatkan diri yang saya kini mengandung, maka saya akan menjaga pemakanan dan aktiviti seharian.
Paling penting, nak elakkan insiden lalu berulang. Masa mengandungkan sofia, saya pernah keluar darah. Malam tu bila ke klinik, doktor scan dan katanya uri bawah. Siap dia keluarkan surat untuk di refer ke hospital malam tu jugak. Bila doktor hospital pulak check, katanya uri ok je kat atas. Baby pun ok. Tapi untuk langkah berjaga2, kena bermalam di hospital.. nak gi kencing pun fobia sebab darah keluar menitik2 bila mencangkung. Darah fresh pulak tu. Esok siangnya dah ok tapi still kena tahan lagi sebab doktor nak cucuk ubat untuk kuatkan paru2 baby incase baby lahir awal.. sakittttt ok! sengal punggung tempat cucuk sepanjang hari.. dua kali pulak tu kena cucuk hahahahaha
Maka kali ni, haruslah berjaga2 demi mengelakkan hal yang sama berulang, insya Allah :)
Sekian dulu, nak makan malam round two hahahaha

Saturday, 25 May 2013
tantrum si kakak
Assalamualaikum ..
Sejak 2 3 hari ni sofia cepat merajuk, marah dan tunjuk perasaan. sebelum ni selalu jugak nampak tajuk artikel pasal anak sulung yang cemburu dengan adik baru tapi tak baca sangat atau dalam erti kata yang lain tak cuba untuk fahamkan pun ..
Jadi, bila tiba2 sofia turn to be someone yang suka buat perangai, saya rasa susah hati dan bersalah.
Dalam kepala asyik cuba ingat dan faham yang benda ni normal berlaku sebab si anak cemburu dan dia takut hilang perhatian yang selama ni milik dia sepenuhnya. Saya layankan apa yang biasa kami buat bersama macam biasa. Saya sebolehnya tak nak dia terasa di ketepikan langsung ..
Walaupun semua ni baru je sangat berlaku, tapi saya yakin kalau dimulakan lebih awal kesannya lebih positif. Jadi idea seterusnya ialah untuk bercerita tentang baby baru lebih kerap dengan sofia. Dan libatkan dia dalam our first visit to klinik ibu dan anak soon :)
Doakan saya,

Subscribe to:
Posts (Atom)