Wednesday 30 October 2013

#parenting 01 melatih anak tidur sendiri

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, mood malam ni walaupun ke laut je tapi bersemangat nak berblog. Dan tiba2 jugak dapat idea untuk share topik parenting.


Topik parenting adalah berdasarkan pengalaman, penilaian dan pendapat saya sendiri melainkan ada dinyatakan. Jadi pada satu2 point mungkin ada percanggahan dan pertikaian. Saya sekadar bercerita dan berkongsi jadi kalau rasa2 ada yg sesuai mgkn blh di apply jika tak, sorry.. :)


Sejak beberapa malam yang lepas sofia dah mula tidur di katilnya sendiri. Berasingan tapi masih bersebelahan. Bahkan dah macam attachment bed versi toddler hihihi


Langkah pertama untuk menarik minat ke katil, saya dan suami belikan pillow case hello kitty. Result? Berjaya! ..
Sofia excited nak naik ke katil sebab nak rasmikan pillow case tu :D yeay! Langkah pertama  berjaya, next!


Sesi bercerita atau nak senang, bacakan buku untuk dia. Tak payah lama2, cukup untuk 10 minit. Jadi pandai2lah cari cerita2 pendek yang sesuai dgn umur anak2 kita.

Saya memang suka belikan buku untuk sofia walaupun mungkin tak sebanyak orang lain tapi setiap kali keluar mesti ada sekurang2nya majalah aulad untuk sofia. Dan yang terbaru saya tengah berusaha nak cukupkan koleksi 'my bedtime story - 10 minutes reading time' keluaran voila. Dalam koleksi ni 8 cerita disney. Memang sesuai sangat la dengan citarasa anak dara tu


Setakat ni dah ada 4 buku kecik yang comeiiii.. antaranya cinderella, the little mermaid, monsters inc dan planes.


Langkah ketiga, saya pastikan sofia baca doa tidur dan alfatihah. Sebab dah biasa dibuat, kadang2 tu saya tengah bacakan buku dia suruh saya berhenti sekejap, nak baca doa katanya. Takut terlupa hihihi
Bila2 dia ada rasa takut saya akan pujuk dia yg Allah akan jaga dia sepanjang tidur.

'sofia dah baca doa kan? Maknanya kita dah mintak dekat Allah supaya jaga kita, tidur lena, tak mimpi bukan2' and guess what.. it works! Dan kalau sekali pun dia terjaga sebab mimpi atau terkejut, biasanya saya pujuk dia untuk baca doa sekali lagi. 'Mungkin tadi kakak baca doa laju sangat atau tak sebut betul2, doa pun tak sampai la kat Allah'

Setakat ni, dia terima alasan saya sebab saya cuba bagi dia faham dan guna ayat atau contoh yang simple. Ada masanya dia tak puas hati jugak, dia akan tanya berkali2. So jawab sampai dia puas hati. Soalan lazim biasalah kan, kenapa dia tak boleh tidur dengan mama n ayah dah ..  hahaha


Dan petang semalam saya dapat idea untuk bagi reward bila sofia berjaya tidur sendiri. Saya pilih satu perkataaan motivasi yang simple dan tulis di a4. Iaitu 'saya hebat'

Reward untuk sofia ialah, dia boleh pilih mana2 sticker untuk ditampal di a4 tu. Dengan syarat, malam sebelumnya dia tidur sendiri di katil dia. Anak2 kecik memang suka dengan reward, tak kira lah benda tu murah atau simple je pada pandangan kita yang dewasa ni


Oh lupa, nak biasakan anak tidur sendiri memang susah sikit permulaannya. Alasan utama, takut gelap! Masa ni la kita guna lampu tidur yg menarik, sesuai dan selamat. On her last birthday, ayahnya ada belikan dia lampu hello kitty. Saya tak pasti lampu ni untuk study atau lampu tidur tapi asal sesuai kita guna aje la .. kan? Cahaya lampu tidur biar yg malap2 je baru senang nak dapat mood ngantuk


Itu aje rasanya tips yang saya guna dan berkesan buat masa ni. Seminggu dua nanti mungkin kena ada pembaharuan kalau2 dia buat perangai nak tidur sekali pulak hihi



P/s : mak2 jangan stress ..



Xoxo



Tuesday 29 October 2013

blog ni masih ada penulis hahahahaha

Assalamualaikum...


Nampaknya kisah 9bulan mama terhenti pada entry pertama. Huhuhu tak tau macam mana nak kongsikan kisah sedih kami disini.

Betul lah kata orang nak berkongsi hal gembira sekelip mata je dah berjela ceritanya. Nak mengarang yang satu ni asyik bertangguh bagai


Tapi kalau yang membaca nya bijak pandai, mesti dapat agak isi cerita awal2 lagi


Makanya, saya dan suami serta anakanda sofia akan terus berdoa agar ALLAH memudahkan urusan kami sehari2, memberi kekuatan dan ketabahan untuk kami berdepan dengan situasi ini.

Dah lebih 4 bulan saya habis berpantang setelah keguguran di minggu ke10 kehamilan. Saya dah ok, saya redha belum masanya saya mengandung lagi

Bahkan saya cuma menangis malam sebelum kami ke klinik dan hospital esoknya. Detik hati saya jodoh kami tak panjang. Menangis di sebelah suami sambil minta maaf pada dia kerana saya tau dia juga dapat rasa ada yang tak kena

Selesai scan di klinik, kami diberi surat untuk refer ke hospital. Saya mula menangis lagi bila dengar suara kaklong di telefon. Saya tak kuat nak bercakap dengan mak. Saya tak sanggup sedihkan hati mak.

Tengah hari Isnin, semua proses selesai. Pertama kali check in hospital Langkawi, alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Saya boleh bergerak seperti biasa petangnya. Langsung tak ada rasa pedih, sakit, ngilu dll.. Alhamdulillah

Selasa baru check out. Hihihi dah macam tido hotel pulak check in check out

Lama saya menangguh untuk berblog sebab asyik ternampak entry gembira sebelum2 ni. Dan rasanya sekarang dah kuat dan ada keperluan baru untuk kembali berblog. Insya Allah



Xoxo,