Thursday 28 November 2013

jom slim, sihat dan cantik dengan #SHAKLEE

assalamualaikum,


malam semalam sembang2 dengan kawan lama satu sekolah dulu. lama tak jumpa dgn kawan yang sorang ni. last pun masa dia datang langkawi tahun lepas rasanya. masa tu ada anak sorang. sekarang dah sepasang  :) ehh macam dah lagu tegar pulak hahahaha

dia share cerita pengalamannya menggunakan produk #shaklee lebih kurang setahun lepas dan diteruskan sepanjang mengandung, berpantang dan sampai sekarang. dah masuk 6 canister esp, 5 botol ostematrix dan alfafa. dia gembira dengan hasilnya. terutama sekali bila dia masih berpeluang meneruskan penyusuan untuk anak keduanya baby dhia


mak2 memang camtu lah, bila sesuatu yang kita buat memberi kesan terbaik untuk si anak, bahagianya tuhan aje yang tau. saya pun tumpang gembira dan bangga sebab zaman sekarang walaupun kesedaran tu dah ada tapi tak ramai yang sanggup meneruskan penyusuan selepas habis pantang. alasan tu banyak sangat. tapi sedar tak melalui susu ibu lah anak kita mendapat segala nutrien penting yg sememangnya dperlukan untuk bayi membesar dengan sihat dan kuat. takpelah, pasal breastfeeding ni kita kupas dalam entry lain nanti, insya allah











kawan saya ni namanya zie, working mommy of 2. dan sekarang bila dah selesai berpantang, gigih la kita memikir macam mana nak dapatkan berat badan terdahulu. saya lah salah seorangnya. alhamdulillah, usaha saya dipermudahkan. dengan menyusukan anak, berat badan lebih mudah kembali ke angka yang kita kehendaki. tapi bezanya, saya tak bekerja, .. tak ada tekanan untuk bersiap setiap hari ke tempat kerja. kalau yang bekerja ni sedikit sebanyak tekanan tu ada. bila kita sentiasa kena bersedia untuk berdepan dengan rakan sekerja, majikan dan client.



 lain sikit dengan kes zie, berat badan dia bertambah bila dia tiba2 ambil keputusan  untuk cucuk ubat perancang. berat badan naik tiba2 sampai dia mengaku gemok! huhuhu memang frust bila tujuan baik kita membawa kepada kesan lain. mujurlah zie ni kuat semangat. tindakan bijak dia dengan mendapatkan alfafa dan lecithin membuahkan hasil memberangsangkan. berat badan berkurang sebanyak 3kg dalam tempoh sebulan! pencapaian terbaik untuk breastfeed mommy sebab macam yg kita sedia maklum, breastfeed mommy tak digalakkan untuk sekat makan. kesian kat baby kalau kurang nutrien gara2 maknya tak makan itu ini


hebatnya alfafa sebagai agen detoks ia bertindak menyingkirkan lemak dan kolestrol.kajian klinikal membuktikan penggunaan jangka panjang drpd alfafa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. alfafa satu2nya yg mengandungi saponin. saponin ni macam span yg bertindak sebagai serat yg menyerap kolestrol


lecithin ialah hasil ekstrak dari kacang soya organik bukan GMO. lecithin bertindak sebagai pembersih salur darah. pengambilan tambahan membantu mengelmusi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid didalam tubuh. lecithin boleh menghalang obesiti dengan mempercepatkan pembakaran lemak.


esp pula hebat dalam membekalkan tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun.
insya Allah saya akan cerita lebih lanjut tentang setiap produk #SHAKLEE next2 entry. bila dah ada point nak cerita semangat tu lebih sikit untuk update blog setiap hari. hihihi jadi sesiapa yang nak mencuba set mudah untuk slim ni, sila hubungi saya segera.



melalui pm di fb ann aziz
atau whats app 0192366362  bbm 27001AF7

credit to zie :)

xoxo


Monday 25 November 2013

#shaklee #set sendi : recommended!

passalamualaikum. .

beberapa hari sebelum closing bulan ni, macam2 dugaan melanda. dalam dok bersemangat nak google info tambah ilmu, kabinet dapur diserang anai2. Allah aje yg tau betapa penatnya nak kena punggah segala khazanah tupperware dan brg2 mertua dalam tu. lepas tu mengangkut kabinet ke luar. nak cuci, bersihkan saki baki anai2 dan semburan ubat tu


mujurlah siang tu dah ambil vita lea sebiji, selesai je makan malam kami berdua iaitu saya dan encik suami menjalankan operasi. berselerak sekitar dapur dengan barang2 sampaikan sofia asyik tanya kenapa berselerak sangat ni? padahal tak larat nak ulang cerita dah, saje lah tu nak komen2.



melalut pulak padahal nak cerita pasal set sendi hari ni. mukadimah berjela hahaha siapa yang ada masalah sakit di bahagian kaki sama ada rasa lenguh atau sakit sendi, kena cuba set sendi shaklee ni. sebab testi keberkesanannya dah banyak dan ramai yang berpuas hati. kalau kita hanya berkongsi gembira membaca cerita gembira orang tapi diri sendiri malas mencuba, rugi lah sangat2! betul tak?




bagi masalah sakit2 badan atau sakit sendi, kita disarankan untuk ambil 3 produk hikmat ni. hihihi hikmat tau! iaitu advanced joint health tablet (ajht) , ostematrix dan omega guard. set hikmat 3 serangkai ni memang kawan baik yang saling melengkapi.
bukan hanya untuk sakit badan dan sakit sendi, malah kelebihannya meliputi untuk masalah arthritis, kuku, osteoporosis atau rapuh tulang.


AJHT : memperbaiki keselesaan sendi, melindungi tulang rawan, mengandungi glucosamin yang membantu melincirkan pergerakan sendi


OSTEMATRIX : kekurangan kalsium menyebabkan sakit belakang, kuku pecah, menghalang kepupusan tulang, mengekalkan kekuatan tulang danmembaikpulih tulang. kehebatan ostematrix ialah ianya diserap oleh tubuh badan sepenuhnya dalam tempoh 12 jam


OMEGA GUARD : berupaya mengurangkan kesakitan, menangani kekakuan, mengawal inflamasi


ada banyak testimoni yang dikongsikan di fb, blog dan pelbagai laman sosial lain. sila baca dan fahamkan. mungkin sedikit sebanyak boleh bantu tambah keyakinan kita untuk mencuba.berminat untuk mendapatkan produk #shaklee yang hebat ni, sila berhubung dengan saya,
       

Ann Aziz SID 1033981 pengedar sah SHAKLEE

pm saya di facebook ann aziz
whats app 0192366362 bbm 27001AF7



 xoxo



Sunday 24 November 2013

#shaklee - todays menu..

assalamualaikum ...


berkongsi cerita pagi ahad :) encik suami pun dah mula consume shaklee! weeeeee!.. alhamdulillah, sangat gembira dengan perkembangan 2 3 hari ni. dah tak mengadu letih bila balik kerja. kalau kat kedai pun, dah tak merungut tak larat.


encik suami baru consume since hari selasa atau rabu lepas. selalunya kalau nak tido malam je, encik suami mula la mengadu lenguh sangat kat betis, belakang paha dan sekitar tumit. pendek kata memang tak selesa di bahagian kaki. kalau awal lagi, xpe la dengan manis muka boleh tolong. tapi kalau kena time tengah malam, memang menduga kesabaran lah kan. sambil sapu lotion panas dan urut2 di kaki, kepala pun pening tahan ngantuk. bila dah selesai, saya pula tak boleh nak tidur. sebab dah terlajak waktu tidur. terkebil2 mata dalam gelap sorang2 huhuhu

dah lama sangat jadi macam tu. walaupun bukan setiap malam tapi saya rasa kena buat sesuatu ni.. takkan nak biar je. to encik suami, b bukan mengeluh tau hihihi dan b ikhlas urut kaki abang hehehe walaupun urutnya ikut suka je picit tekan sana sini.. haha

pagi tu, saya terfikir untuk bagi encik suami cuba vita lea selepas breakfast. dan balik je dari kerja petang tu, encik suami rileks je. dah tak ada nak merungut atau terlentang atas sofa depan tv. siap boleh terus mandi dan siap2 nak ke market pulak. balik dari market, lepas makan malam pun maintain bertenaga.

 alhamdulillah, tidur malam lebih lena dan kekal bertenaga sepanjang hari






ni sarapan kami berdua pagi ni.. nestum je? yea! hanya nestum dan rasa kenyang sampai tengah hari. mudah2an boleh berdiet sambil gain energy hihi so kalau selalu rasa letih, lesu, lemau, tak bermaya setiap pagi, mungkin dah sampai masanya untuk berubah. sila hubungi saya, ann aziz pengedar sah shaklee. bersedia untuk memberi konsultansi dan harga istimewa untuk anda bila2 masa..


jom shaklee! :)
 ann aziz SID 1033981 
what's app 0192366362 bbm 27001AF7








xoxo

Saturday 23 November 2013

reminder untuk semua ..

assalamualaikum ..



 Doa itu senjata. Mulakan hari dengan Doa. Firman Allah : 'Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang (doa); dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."


surah Al-Baqarah ayat 45.


Friday 22 November 2013

my first #shaklee sharing

assalamualaikum ..



bagi yang berminat untuk mendapatkan konsultansi atau ingin membuat pembelian produk SHAKLEE, boleh pm saya di facebook Ann Aziz
what's app 0192366362
bbm 27001AF7


Norehan Aziz SID 1033981
Pengedar sah sekitar Langkawi dan pengeposan seluruh Malaysia

keterujaan .. padahal print screen aje pun :)

Saturday 16 November 2013

anak dara punya keja ..

assalamualaikum ..

 nak share hasil keja si anak dara :)



edit gambar dengan hello kitty apps..


ada banyak lagi gambar yang di edit tapi tak boleh publish kat sini.. hihihi 


selalunya kalau dia duduk diam je sambil mengadap tab, mesti ada la apa2 yang dia tengah explore. saya biar dia cuba. ada masanya terkejut jugak dengan kemampuan dia hasilkan sesuatu. sebab sofia belum boleh membaca. agaknya dia cuba je tekan sana sini, tapi yang pasti bila saya tanya macam mana nak buat macam ni atau macam tu laju je jari tu tekan











sangat suka ambil gambar dengan segala benda..









itu aje untuk hari ni .. untuk sofia, teruskan explore sayang!



 xoxo



Thursday 14 November 2013

semoga Allah beri mereka kekuatan ..

Assalamualaikum ...


Sesi memotivasi diri sendiri berlaku setiap hari. Penting supaya kita belajar bersyukur dengan segala rahmat dan rezeki dariNya


Rezeki dari pelbagai sudut dan cara.. wang ringgit, kesihatan, pasangan dan anak, pekerjaan, pelajaran, cinta dan kasih sayang dll


Ada yang diuji dengan lambat bertemu jodoh .. tidak dikurniakan anak.. usaha beribu ringgit tapi kalau belum masanya, maka belum lah


Macam tu juga lah dengan situasi lainnya. Kalau setakat itu masa yang dipinjamkanNya untuk kita, jangan marah atau kecewa berpanjangan. Redha dan bersyukur untuk hikmah disebalik ujian


Blogwalking mengajar saya dari pengalaman orang lain. Berkongsi rasa sedih dan gembira, kita ambil iktibar. Kuatnya mereka kerana mampu bangkit dari kesedihan dan kesusahan


Semoga Allah lipat gandakan usaha kita untuk berjaya, tabahkan hati untuk segala ujian dan cabaran serta berlapang dada atas apa jua ketentuan



Luangkan masa untuk singgah sekejap dan baca kisah mereka.. semoga ada keinsafan betapa banyaknya rahmat dan rezeki yang kita terima

Cerita si ibu kehilangan dua anak dalam tempoh yg dekat ..  bidadari syurga 

Ibu tunggal sakit, anak2 berdikari .. baca di sini ..





Itu aje untuk hari ni, take care!




Xoxo


Monday 11 November 2013

making friends :)

banyak perubahan positif sejak sofia ada kawan.. she learn to share and care 

tunggu giliran naik basikal.. sofia kata 'emil suka basikal kakak' .. dan dia senyum

happy face ..



xoxo



Sunday 10 November 2013

terus melangkah, masih jauh untuk berehat ..

Assalamualaikum ..


Tak ada sorang pun manusia yg perangainya sama seperti orang lain. Walaupun dia mengaku orang tu idolanya, serba serbi nak ditiru, nak di ikut sebab minat. Apatah lagi si kembar, sorang pemalu sorang ceria. Sorang bijak sempurna, sorang pencapaiannya ala kadar saja


So boleh nampak kan, ketaranya berbeza setiap antara kita?


Itulah uniknya manusia. Setiap kita ada cerita dan kisahnya. Allah dah cipta sebaik kejadian.


Kalau sepanjang hari kita asyik membina tingginya tembok perbandingan antara kita dan seseorang, maka tak kemana lah kita..

Dan kalau kita suka berbangga dengan apa adanya kita sampai satu ketika kita seolah merendahkan kemampuan orang lain, berdosalah kita


Perbetulkan keadaan, jangan terus lena dan menangis sepanjang hari betapa susahnya kita, sakitnya kita, kurang di sini sana.. sebaliknya bangun dan berusaha mencari kelebihan lain dan timbus kekurangan itu


Yakinlah jika kita rasa kita sedih hari ini, ada orang yang membina kejayaan dari kesedihannya yang jauh lebih teruk

Ada antara kita bangkit mengisi masa selepas kehilangan manusia dan harta benda yang lebih dasyat situasinya


Berkata pada diri sendiri, apa lah sangat nak dibanding dengan apa yang kita lalui kini. Jelas masih banyak cabang untuk kita tersenyum dan redha



P/s : sekadar reminder untuk diri sendiri di masa depan sekiranya saya leka dalam kesedihan


Yang pasti setiap hari saya bersemangat untuk maju selangkah lagi. Jangan diukur pencapaian saya, segalanya masih bertatih dan akan berjalan sedikit hari lagi. Saya juga tak sabar nak berlari seperti kamu, cuba masanya belum lagi


Sepertimana saya sabar dengan kemampuan diri, kamu juga patut begitu :)



Ehh.. mohon maaf kalau tulisan hari ni ke laut dan mungkin ombaknya terkena kamu.. maaf yea




Xoxo



Wednesday 6 November 2013

#Shaklee - Vita Lea Iron Formula

assalamualaikum ..

nak share kecintaan saya sekarang - vita lea #shaklee. sangat berpuas hati dengan perubahan yang berlaku semenjak mengamalkan lebih kurang sebulan yang lepas..




yang paling ketara ialah saya lebih bersemangat dan bertenaga terutamanya pada waktu pagi. tak ada dah istilah lemau di pagi hari. bangun pun excited je sebab dalam kepala dah set apa yang nak di buat. bila badan bersedia dan bersemangat, automatik kita boleh adjust badan untuk bangun dan bergerak. sebab tu paling penting untuk kita positifkan fikiran, supaya boleh berjangkit ke seluruh anggota badan.


bila kita buat keputusan untuk ambil suplemen, otak terus set yang badan akan mengalami perubahan lepas pengambilan. kalau kita yakin, maka insya Allah positif lah hasilnya. tapi kalau awal2 dah ada rasa ragu2 dan asyik ulang boleh ke? menjadi ke?  sila fikir sendiri la apa jadinya yea ..




untuk sesiapa yang berminat nak dapatkan info lanjut mengenai vita lea, boleh contact saya.
email saya pinkyarn83@yahoo.com
whats app 0192366363


 Norehan Aziz
 Shaklee Indipendent Distributor 1033981




xoxo

Tuesday 5 November 2013

#parenting 03 saya hebat!

assalamualaikum ..


beberapa hari yang lepas, saya ada update entry pasal usaha saya dan suami untuk melatih sofia tidur sendiri. saya tak pasti ada dijelaskan atau tidak dalam entry tu, tapi apa salahnya buat penambahan kat sini kan..
 tidur sendiri tu saya maksudkan selepas sesi bacaan buku, doa tidur dan alfatihah serta sedikit nasihat, saya akan tinggalkan sofia untuk lena ditemani lampu tidur. senang ceritanya, saya keluar sekejap dan datang jenguk lebih kurang 10 minit kemudian.


setiap kali sofia berjaya, esok paginya dia berpeluang pilih sticker dan lekat di sekeping a4 yang bertulis 'SAYA HEBAT'.

kenapa sticker? sofia sukakan sticker dan sejak awal lagi saya jadikan sticker sebagai salah satu reward untuk dia setiap kali dia berjaya lakukan sesuatu. contohnya berjaya siapkan satu muka surat latihan huruf dll.

 secara tak langsung sambil dia melekatkan sticker, dia sendiri mengulang2 kata'SAYA HEBAT'.. percaya atau tak, setiap kata2 yang selalu disebut adalah merupakan satu doa. selain tu, saya membina keyakinan pada dirinya sendiri bahawa dia seorang yang hebat :)
dan ini hasilnya setelah beberapa hari .... alhamdulillah


p/s : rasanya nak kena tambah stok sticker hihihi






xoxo




Monday 4 November 2013

#parenting 02 tidur awal

assalamualaikum ..


nak tidokan anak bukan kerja senang. tanyalah pada mak mana sekalipun, semua akan mengangguk setuju. yang baby cara baby, merengek tengah malam nak susu, tukar lampin, perut kembung, dukung jalan sana sini belum tentu terus lena. lenguh berdukung, berbuai pulak. habis segala lagu di nyanyi, si anak dok hekhekhek merengek


bila anak dah pandai bercakap, lain pulak situasinya. berjela alasan di karang bila di ajak masuk bilik tidur. nak main lagi lah, nak tengok tv sekejap lah.. dan yang paling best bila dia tanya kenapa yang lain tak masuk tidur juga.. dan waktu tu baru pukul 9 malam. mampu ke nak paksa suami dan anak2 yg lbh tua masuk bilik masing2 seawal itu demi nak mengadilkan keadaan di mata si anak kecil tu? hahahaha


petua saya supaya anak tidur awal pada waktu malam ialah jangan tidurkan dia di waktu siang iaitu petang .. tapi kena pandai plan untuk berdepan dengan situasi kemungkinan si anak mengamuk akibat letih atau mengantuk di waktu petang. caranya, cari permainan yang memerlukan si anak bergerak aktif contoh berbasikal, bermain bola dan lain2.

elakkan aktiviti yang memerlukan tumpuan tinggi sebab akan mengakibatkan si anak lebih cepat bosan dan mengantuk.nak senang, bawa anak keluar rumah dan biar diorang explore sendiri. waktu ni bagi kebebasan untuk dia buat apa saja. pastikan si anak betul2 aktif dan gembira

 lepas mandi dan makan malam, biar anak rehat sekejap. lepas tu dalam pukul 9 malam dah boleh ajak tidur. nak tarik perhatian anak, biar anak pilih sendiri bahan bacaan untuk dibacakan. layankan aje kalau sekalipun buku yang sama diulang 5 malam berturut2. tu belum kira kalau si anak suruh ulang 2 ke 3 kali sebab cerita yang kena dengan seleranya.. redha hahaha


mak dan ayah rajin2lah buat pelaburan tambah koleksi bahan bacaan untuk anak2. sebulan sekali belikan sekurang2nya satu buku. kalau ada jiran yang 'best' boleh usahakan untuk tukar2 buku. samalah macam yang saya dan mak si emil dan franka buat. kadang2 anak bosan dengan buku yang sama, sesekali bila dapat buku lain setiap minggu mesti lah seronok kan?

anak yang dibacakan buku2 sebelum tidur biasanya lebih mudah lena dan nyenyak. berdasarkan pengalaman sendiri, bila si anak bangun pagi mereka kurang bermasalah.
macam biasa, topik ni ditulis berdasarkan pengalaman dan pembacaan. jika ada yang sesuai maka mungkin boleh diaplikasikan. jika tak, maaf lah yea :)

 good night ...



 xoxo

Sunday 3 November 2013

vaksin .. isu sensitif? ..

buku @ kad merah sofia.. since 2009 until now :) 

 assalamualaikum ..

 yea, saya masih bawa sofia ke klinik kesihatan ibu dan anak dari genap sebulan sampai sekarang. dan sofia dah pun 4 tahun 2 bulan..


 ada masanya bila saya ke sana, akan ada yang bertanya..'dah berapa bulan?' ehh... dan bila saya bagitau yang saya datang untuk check up sofia, dia akan tanya 'dah berapa tahun umur anak?' akan nampak muka terkejut bila dia tahu sofia dah empat tahun..


agaknya memang tak ada ke mak2 lain yang stil bawa anak check up selepas 2 tahun? hahahahaha tak kisah la janji saya puas hati dapat pantau perkembangan anak saya setiap 3 ke 6 bulan dengan senang hati. mungkin pada satu sudut, saya ialah mak yang terlalu 'risau' hihihi tapi kenyataannya, mana2 mak pun kalau mampu memang nak spend sepenjang masa untuk anak2 kita kan..


alhamdulillah, sofia ambil semua suntikan vaksin termasuk ubat cacing setiap 6 bulan. pasal kebaikan atau keburukan suntikan vaksin untuk anak2, saya tak berani nak bagi komen atau pandangan. maklumlah saya bukan ada latar belakang pendidikan berkenaan kesihatan atau perubatan jadi tak sesuai rasanya nak berdebat isu ni. cukupla saya katakan, saya yakin suntikan vaksin di Malaysia untuk anak2 kecil khasnya adalah selamat berdasarkan pembacaan dan pendapat keluarga




mana2 parents yang nak dapatkan penjelasan lanjut, boleh baca di sini
dan juga di sini ..


mak2 kena rajin membaca :) take care semua ..




xoxo

Saturday 2 November 2013

semakin sihat dengan #Shaklee

Assalamualaikum..


Alhamdulillah dengan pengambilan suplemen shaklee yang konsisten, saya makin sihat dan bertenaga sekarang. Seronok je nak siapkan kerja rumah.


Yang paling seronok mesti la anakanda tersayang :) waktu petang dah xterperuk je dalam rumah. Ada je aktiviti kami anak beranak. Antaranya, main pasir di pantai, berbasikal dan masak memasak hihi


Bukan masak hebat2 pun, sekadar menu petang atau malam yang simple. Tapi bila sama2 di dapur sambil bagi si anak pilih menu kesukaan atau membantu pecahkan telur untuk telur dadar atau kupas bawang putih adalah satu pencapaian atau pengalaman baru buat si anak.


Walaupun lepas tu saya jugak la yang nak kena kemas sorang2 tapi, saya enjoy. Sebab tak rasa letih melampau lepas kemas, cuci dan mop. Sama jugak bila kami ke pantai. Biasanya kami berjalan dua beranak balik ke rumah. Jarak tu jauh jugak tapi saya anggap itu sebagai riadah petang kami. Bila kita positif, buat apa pun kita okey.


Alhamdulillah, saya dapat rasa keberkesanannya.



Anda yang ingin mencuba boleh hubungi saya melalui pm di facebook (Ann Aziz)
Whats app di 019-2366362
Bbm 27001AF7

Saya, norehan abdul aziz, shaklee independant distributor 1033981; langkawi





Xoxo





Friday 1 November 2013

#shaklee Vita-Lea Iron Formula

Assalamualaikum ..


Sekarang ni rata2 antara kita mesti ada yang consume at least satu suplemen untuk diri masing2 kan? Ada pelbagai suplemen di pasaran dari harga murah hingga yang mahal tak munasabah.


Saya pilih SHAKLEE! :) sebab saya yakin dengan testimoni yang banyak di share di fb dan twitter. Blogwalking banyak membantu .. biasanya testimoni di blog lebih banyak, lengkap ceritanya. Walaupun maklumat senang untuk kita dapat tapi kena ada juga pertimbangan. Kena banding2kan fakta yang diberi tentang satu2 produk atau perkhidmatan.

Selain tu, harga untuk produk shaklee bagi saya mampu untuk dimiliki. Anda rasa mahal?Sila buat kira2 iaitu bandingkan harga dengan kemampuan sebotol atau sekotak produk bertahan.
Betul ke ayat tu? Ermmm camni la contohnya; kalau sebotol vita lea ada 120 tablet sila bahagi dengan harga sebotol tersebut. Boleh nampak tak berapa banyak kita jimat? Mungkin untuk pembelian pertama awalnya kita rasa berat tapi bila nampak pelaburan tu untuk tempoh yang panjang, so kita sebenarnya dah banyak berjimat :)

Untuk percubaan pertama, saya cuba vita lea **

Vita lea sejenis tablet yang mengandungi beta carotena, kalsium, phosphorus dengan vitamin c dan d, biotin dan pantothenic acid, vitamin B12. Produk ini mengandungi alfafa. Tanpa perasa tiruan, pemanis atau pengawet.**

**p/s : berdasarkan terjemahan saya dari label pada botol produk. Sila pastikan untuk pengesahan yang lbh tepat. Saya bukan pakar dlm bidang kandungan ubat2an atau suplemen, harap maklum


Saya ambil selepas sarapan setiap hari. Tapi masa mula2 consume memang ada on off hihihi. Biasa la kan? Ada harinya terlupa sebab dah tua hahaha, kelam kabut sebab salah pengurusan masa dan ada jugak masanya sebab saya menangguh sampai ke petang .. hadoiiii bab ni tolong jangan ambil mudah macam saya yea..

Rasanya kita kena set dalam kepala iaitu untuk dapat kesan dari sesuatu produk maka kita kenalah disiplin dlm bab pengambilan setiap hari seperti yang disyorkan

Alhamdulillah, kesan pengambilan vita lea dapat dilihat kesannya lebih kurang sejam selepas pengambilan. Yang ni mungkin berbeza2 mengikut penerimaan badan masing2 yea. Antara perubahan terbaik yang saya boleh rasa ialah :

     ♡ badan bertenaga, terasa lebih ringan. Nak buat kerja rumah pun bersemangat lebih sebab tak rasa letih dan lesu. Sebelum ni, bangun pagi rasa malas dan lemau. Tak bermotivasi langsung nak selesaikan urusan di pagi hari, tapi sekarang tak lagi! :)

     ♡selepas seminggu pengambilan secara konsisten, saya boleh rasa perubahan pada kulit wink wink! Saya tak pasti kalau kesannya lebih awal, mungkin saya terlepas pandang. Kulit saya terasa lebih lembut dan halus. Best je usap2 kulit tangan sambil puji diri sendiri hihi

     ♡ selera makan terkawal. Yang ni betul2 di luar jangkaan saya. Yang paling ketara, jumlah nasi untuk makan tengah hari dan malam cukup untuk sesenduk. Saya tak rancang untuk hadkan sebaliknya rasa kenyang tu buat saya rasa cukup dengan portion tu. Sebelum ni, harus la bertambah2 nasi terutamanya kalau menu lauk kena dengan taste. Tapi akhir2 ni, saya lebih suka untuk lebihkan pengambilan lauk dan sayur. Harapan tinggi dengan perubahan pola makanan ni kulit lebih cantik hihihi

Selain kesan perubahan seperti diatas, vita lea diakui bagus untuk melambatkan penuaan. Ia berlaku kerana kulit telah dibaikpulih sama macam point kat atas. Jadi untuk sesiapa yang nak kurangkan kedutan di tepi mata contohnya, sila consume vita lea sekarang. Mudah2an dengan pengambilan vita lea yang konsisten bersama lain2 produk shaklee, impian kita untuk tampil lebih sihat bertenaga dan cantik akan tercapai :)




P/s: insya Allah saya akan kongsikan lagi pelbagai kebaikan dan kesan perubahan selepas pengambilan produk shaklee nanti..




NOREHAN BINTI ABDUL AZIZ
SHAKLEE ID : 1033981
Pengedar sekitar Langkawi dan pengeposan seluruh Malaysia
Sila hubungi saya melalui what's app 0192366362
atau bbm 27001AF7 untuk mendapatkan info lanjut
mengenai produk SHAKLEE.




Xoxo