Monday 24 December 2012

tak pandai nak berpantun ..

assalamualaikum ,..


sesi penghargaan kepada mereka2 yang terbabit ketika dalam proses menerbitkan entry yang entah apa2.. special thanks to sofia sebab selalu bersabar bila mama suruh main sorang2, sampai tertido kat sebelah. gigihnya mama, mengalahkan orang yang menaip assignment.


mak n abah sebab redha anak nya on9 berjam2.. hahahahahahahaha tapi dalam pada on9 tu still ari sekejap2 buat kerja rumah. basuh kain, kemas rumah, basuh pinggan dll kecuali masak. hehehehehe


achik sebab pinjamkan laptop since jumaat. alkisahnya laptop yang banyak berjasa sebelum ni dah tercampak jauh ke changlun. bersiap sedia untuk berkhidmat kepada seorang student, no more blogging mommy :)


manusia sekeliling yang memberi idea untuk menghasilkan entry :)


terima kasih




p/s : poyo!






xoxo
bee

Sunday 23 December 2012

dah sampai seru ...?

assalamualaikum ...

hari ni ke majlis kenduri lagi. meraikan majlis dapat pahala, perut pun kenyang, alhamdulillah. so selagi mampu, kita cuba penuhi undangan. bukan susah mana pun, kan?

semalam, bila saya pilih blaus dan skirt labuh, mak cepat2 angguk tanda setuju dengan pilihan saya. murah katanya sambil ulang 2 3 kali. saya ni manusia yang mudah di yakinkan. tak payah tunggu 2 3 confirmation, asal ada yang setuju dengan benda yang saya pilih, maka saya teruskan.

 tambah2 pulak kalau yang mengiyakan tu mak, en suami, kaklong atau adik beradik. abah susah sikit la sebab bila bab shopping, abah suka bawak haluan sendiri. cukup time abah akan call ajak balik. redha aje lah, dah kau tak pandai drive hahahahahaha kalau tak, pantang ada kunci, minyak kereta pun ada, mesti hilang tanpa dikesan


ceritanya bila saya bersungguh ajak kaklong dan mak teman saya ke the store sungai buloh hari jumaat lepas. alasan konkrit, saya tak ada baju untuk ke majlis konvo kaklong ahadnya. dengan tekad di hati, *time ni rasa macam teringat2 ayat novel yang belum habis baca hihihihihi* saya ulang banyak kali dalam hati, hari ni mesti bawa balik sehelai baju. murah atau mahal, mesti! perghh padahal sebelum ni sanggup ambil, usap, tengok harga dan letak balik kalau harganya boleh dibuat pertikaian.

bila dah jumpa yang berkenan, saya bagitau kat mak dan kaklong yang saya nak ubah cara berpakaian. sebabnya saya rasa segan kalau keluar ke mana2 berjalan pakai tshirt. walaupun lengan panjang tapi saya rasa kurang sesuai dengan peredaran usia. dalam kata mudahnya, nak menginjak ke tiga puluh tahun depan, saya rasa tshirt lebih sesuai untuk remaja. saya dah masuk golongan mak mak sekian ..

yang terbaik buat saya masa ni ialah blaus. lebih labuh dan longgar. sesuai dengan usia dan status. bila memilih tshirt, kebanyakannya adalah mengikut bentuk badan dan agak singkat di bahagian punggung. jadi dengan kesedaran usia makin tua, saya insaf dan nak berubah .. tapi harus la perlahan2 perubahannya supaya saya tak tertekan dan harapnya berpanjangan

mak terus mengucap alhamdulillah, katanya 'Allah buka pintu hati hang untuk berubah. mak dok minta jugak mintak supaya ubah sikit2. sesuai la dengan umur kita' camtu la lebih kurang ayat mak.
 sudahnya saya rembat dua helai blaus weeeeee .. saya gumbira!

kaklong sokong sepenuhnya. kaklong memang tak pakai jeans dari muda remaja sampai sekarang. tapi still dia segan dengan anak2 dia especially anak sulung dia yang nak masuk form 1 tahun depan. nurul sekolah agama, sekolah rendah al amin. secara tak langsung, pemakaian nurul lebih teliti bab aurat sebab memang diberi penekanan oleh mua'lim dan mua'limah. jadi bila anak sendiri cerewet bab baju yang sedikit fit, tudung mesti menutup dada dan ada masanya berstokin, kaklong terikut sama. dia rasa  segan dan tersedar yang kita suka ambil mudah bab aurat.


honestly, saya sendiri jadi cerewet bila nak cari baju sekarang. nak yang labuh sikit, longgar tapi still trendy. sebab anak2 saudara dah pandai menegur, jadi rasa malu pada budak2 tu wujud. pada hal kita patut malu pada Allah, bukan manusia. tapi saya tetap bersyukur, Allah buka hati saya. Allah timbulkan rasa tak selesa tu. Allah bagi rasa suka pada sesuatu yang lebih baik. sebab ada manusia, nampak benda baik depan mata tapi tak ada rasa apa2. Alhamdulillah, Allah sayangkan saya.

saya ingat lagi bila anak saudara yang nombor dua, angah pernah tegur 'baju ni ketat la, alang selesa ke?' dushhhh malu weiiii kias dia strategik gila. kalau tak terasa lagi tak tau nak kata la
tu belum lagi diorang complaint bila berjalan kat luar. tengok ragam manusia dengan macam2 style. mak kata 'kita tak boleh marah budak2 bila dia tegur. sebab benda tu betul, dia belajar jadi dia tahu ' yang kita marah tu biasanya sebab benda tu betul la. kita malu dan kita rasa diorang tak layak menegur


walaupun perubahan saya ni apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan orang lain, tapi saya gembira sebab kesedaran ni timbul sebelum saya tak mampu buat apa2 lagi. saya doa minta pada Allah supaya saya istiqamah dalam apa jua perkara baik yang telah dan sedang saya usahakan.



selingan ~ meraikan hari bahagia sepupu di ipoh awal disember .. ohh anak dara saya makin berat! :)


next mission : tudung .. lebih menutup dada bukan kepala semata mata :) insya Allah 


p/s : sebenarnya tak sangka pulak boleh terbeli baju sampai 3 helai minggu ni.. terbeli? pfffffff ...




bee

Saturday 22 December 2012

do & dont's di majlis kenduri

assalamualaikum ..

entry ni di wujudkan atas rasa marah err tak puas hati ermmm.. kasaq bahasa tu. tukar tukar.. atas rasa kecewa *much better* terhadap sikap sesetengah manusia sewaktu menghadiri majlis kenduri. kenduri ni banyak jenis, ada kenduri kawin, kenduri arwah, cukur jambul, masuk rumah baru dll. so kira sekali harung la yea.


muka kecewa waktu makannya terganggu ..



tapi apa yang nak di kongsi di sini adalah berdasarkan pemerhatian tuan tanah blog. maka mungkin ada sesuatu  pada saya yang di rasakan tidak sesuai tapi bagi korang ok je. bila melibatkan bab pendapat ni mana ada yang dipersetujui sepenuhnya semua orang kan? jadi kalau ada yang baik dan betul serta perlu diperbaiki, jom ramai2 ambil iktibar. kalau rasa sepanjang pembacaan, tuan tanah ni cuma nak lepas geram, redha aje lah. sila baca hingga habis hahahahahahahahaha


masalah utama kalau kita pergi kenduri pada waktu puncak ialah kekurangan tempat makan. standard la tu, semua pakat serbu masa yang sama. pukul 12 sampai 2 petang memang tuan rumah tak menang tangan bersalam sambil serah door gift. jadi kepada manusia2 yang dah selesai makan, jangan la berat punggung untuk bangun dan bagi peluang pada orang lain untuk duduk dan makan dengan selesa. ni tak, kau dah habis makan, boleh pulak bersembang bergelak ketawa tengok pengantin padahal ada dua tiga orang berdiri sebelah meja usung pinggan penuh nasi tunggu giliran nak rebut kerusi. sensitif la sikit. nak bersembang boleh, tak da sapa nak halang. tapi cari la tempat lain. biasanya rumah kenduri memang disediakan satu port di bahagian tepi atau sedikit belakang khas untuk lepak2. biasanya cuma di susun kerusi kat situ. ha, kau duduk la situ berjam2, orang nak lalu lalang pun tak ganggu.


tapi bila yang datang nak makan ni ada perangai lapar terlampau, susah jugak. dia manusia yang tak menyempat nak tunggu orang habis makan. kalau orang tu masih makan, please la jangan berdiri rapat sangat sampai orang tu rasa nak berhenti makan time tu jugak. nak habiskan nasi pun dah rasa bersalah sangat sebab ada manusia yang dok usha kau setiap kali kau suap nasi.
lain la kalau dia dah habis makan, boleh la ke depan sikit supaya orang yang dah selesai tu nampak. jadi dia tau ooo ada orang nak guna meja, kena bangun ni..

hahahahahaha sebab ni la saya rasa menggigil tahan marah tadi. ada ke patut, terang2 depan mata dia tengok saya tengah suapkan sofia makan nasi, boleh pulak dia panggil satu kerabat family dia berdiri keliling meja tunggu saya bangun. adik saya kelam kabut bangun basuh tangan sebab sambil dia makan diorang dah ubah cawan pinggan lain dan letak pinggan diorang. saya diam dulu. sambil tunggu sofia suap nasi. budak kalau makan suap sendiri, banyak mana sangat la sekali suap tu kan? so memang agak lambat la tapi I cool je. anak nak makan, apahal nak suruh cepat2, tersedak kang tak pasal pulak. last2 bila dah dengar dia cakap kat laki dia 'xpe bang, jap lagi dia bangun kita duduk la' sambil paksa rela laki dia makan semeja walaupun sebelumnya si suami tu nak cari meja lain. mungkin sebab dia nampak sofia masih makan atau takut tak cukup kerusi. lepas tu empat2 orang iaitu mak pak dan anak dara dua orang letak pinggan dan cawan penuh meja, saya sentap. kalau tunggu sekejap tak boleh ke? ni macam bagi hint nak halau je. dah la meja bulat tu kecik je
akhirnya saya bangun walaupun nasi sofia belum habis. saya kuatkan suara, 'meh sofia kita bangun dulu. ni ada orang nak makan' dengan harapan diorang sedar yang sikap tak menyempat diorang tu sangat menyakitkan hati. tapi hampehh diorang duduk dan makan tanpa cakap apa pun. kot la nak minta maaf ke ..

saya sambung suap nasi sofia sambil berdiri lebih kurang 5 langkah dari meja tu. kesian sofia makan sambil berdiri. masa tu rasa marah sangat sebab ada manusia dewasa yang sensitiviti nya tak berapa nak matang .. huihhh marah benar saya masa tu, tapi sekarang dah ok. dah maafkan dah pun :)

selain tu kalau nak ambil kerusi atau nak tumpang duduk semeja cuba la ringan mulut sikit untuk menyapa dan mintak kebenaran. memang la bukan dia yang punya meja dan kerusi tu tapi sekurang2nya ada adab di situ. kadang2 tu main tarik je kerusi dari meja sebelah, terpinga2 la makcik tu

kalau boleh elakkan merokok. suasana bawah kanopi yang biasanya panas dan kurang berangin tambah pulak ramai orang memang sangat kejam kalau ditambah dengan asap rokok menderu2. kesian kat budak2 dan ibu mengandung. silap hari bulan bila dah cuaca panas, tempat sesak, udara lak tercemar teruk asyik hidu rokok meja sebelah boleh buat kita sakit kepala atau sesak nafas
jadi sila tahan nafsu merokok tu seketika sampai la jumpa tempat yang tak mengganggu orang ramai



bila dah menaip panjang2 ni baru perasan lebih banyak dont's dari do hahahahahaha ketara sangat mama nak lepas geram :) bagi chance ..



p/s : mentang2 musim kenduri, habis semua entry nak ada kaitan denga kenduri sepanjang bulan

p/s : dah cool sebab tadi dapat baju sepasang weeeee .. bersemangat hantar acu balik changlun, harus singgah menyopping :) beli blaus dan skirt



xoxo
bee

Friday 21 December 2012

penantian berakhir ..

assalamualaikum ..


setelah lama menunggu dan berharap akhirnya sampai jugak. bukan berkongsi berita menanti ahli baru no no no belum rezeki saya yea kawan2.

walau bagaimanapun, saya gembira dan lega. sebab akhirnya kawan baik datang jugak. makanya sebab tu lah saya sedang menahan sakit perut + sakit kepala + angin dalam badan esp dada




kurang satu masalah .. rasa nak lari2 tepi pantai :)






alhamdulillah, hampir2 nak ke klinik. takut ada masalah lain sebab lambat sangat. mungkin terganggu perjalanan dia berjumpa saya sebab stress melampau dan kepenatan tahap lapan. sepanjang minggu ke sana sini, nama je bercuti tapi bila menguruskan itu ini sana sini maka letih penat dan stress tetap ada



sekarang saya nak berehat sekejap .. perut masih sakit + mata sembap menangis dek sakit kepala malam semalam





xoxo
bee

Thursday 20 December 2012

kecintaan yang pelik ..

assalamualaikum ..


korang ada tak habit yang selalu terjadi tanpa korang sedar? dan bila korang sedar korang rasa buang masa atau tak bermanfaat langsung habit2 tu?

habit pertama ialah saya suka mengarang panjang2 dan bila dibaca semula isi yang relate dengan tajuk tu tak lebih separuh karangan dan yang lainnya adalah kelaut..hahahahahaaha yang ni memang tak boleh nak dielak buat masa ni, mungkin boleh jadi trademark penulisan arghhh tetiba :)

p/s: dengan gigih tulis isi penting dan cuba mengelak dari menaip description terlebih lebih  hihihi



ok next .. suka tengok nombor kat highway dan kira sampai tiba2 rasa letih dan baru terfikir apa faedahnya gi sebut nombor tu padahal dah sah2 susunan betul. dan rasa sangat meletihkan nak make sure nampak setiap nombor sampai kena kecik besarkan mata huhuhuhuu bertambah parah bila dah set dalam kepala tak nak kira tapi tiba2 ada satu tarikan untuk tengok semua nombor2 tu dan berterusan sampai rasa letih balik. sebab tu jalan tak jauh mana tapi letih lebih.. motif nak salahkan siapa sebenarnya ni? hahahahhaahaha dan tiba2 *banyaknya tiba2* bila ada nombor cantik contoh 1.234 akan seronok dengan sendiri dan rasa satu kepuasan. apakah?.. serius tak faham dengan perangai diri sendiri pffffff





pastu suka bandingkan jarak di signboard dengan anggaran sendiri.. lepas tu pertikai ehh tak sampai 1km pun blablabla





suka bau makanan sebelum makan .. yang ni dalam proses menyahaktifkan dari tubuh badan. sila doakan supaya tidak terjebak lagi dengan perangai tak semenggah macam ni. tak baik hokey, orang dah masak untuk kau tetiba nak cium amik bau bagai. dah macam peel kucing pulak rasanya. seriously itu lah motivasi saya untuk menghentikan tabiat ni. saya tak nak jadi kucing maka saya tak patut cium makanan sebelum makan. nak makan, makan je jangan banyak songeh. agak2 tak lalu nak makan atas sebab2 presentation yang tak menarik maka bertahanlah sampai kau jumpa makanan lain hahahahaha


suka beli buku dan makan bulan nak habiskan satu novel.. kecintaan yang sangat pelik sampai tak tau nak describe dah... hah! alasan :p




dapat hadiah ni awal tahun lagi tapi sampai sekarang belum cecah tengah buku.. aduhaiiiii




semoga yang pelik2 ni akan bertukar kepada sesuatu yang lebih bermanfaat ..




xoxo
bee

Wednesday 19 December 2012

baru nak upload ..

assalamualaikum ..

dah namanya malas nak menaip, maka hari ni masih berkonsepkan membelek gambaar bersama-sama.. ni baru ada kelapangan nak upload gambar sepupu kahwin awal bulan ari tu.

tapi macam biasa la, dah nama blog peribadi maka kebanyakan gambar adalah melibatkan muka tuan tanah hahahahahahaha muka pengantin ada la selit sikit2 heheheheheheehe


part 1 : belakang tabir 30hb nov 2012 ~ majlis akad nikah
alhamdulillah, hasil tangan saya kecuali buah, kek dan sireh junjung :)  

orang penting hahahahahaha penting la sangat ... penggubah hantaran, pengantin lelaki, assistant segala segi

bersuka ria menuju surau untuk majlis nikah 30hb nov.

mama yang sangat sopan.. bersimpuh sambil susun duit mas kawin :)

lokasi tempat duduk kena strategik.. motif?


part 2 : majlis akad nikad

akan bersambung ... sofia mau tido, dah memekak sebelah telinga dari tadi :)









bee

Monday 17 December 2012

today destination : colmar tropicale bukit tinggi

assalamualaikum ..

entry hari ni akan dipenuhi dengan gambar saje kerana tuan tanah blog kepenatan berjalan sepanjang minggu. kena tunggu esok lusa bagi ada semangat nak menulis.

p/s : walaupun hanya gambar tapi kenangan nya banyakkkkkkkk.. memang best tempat ni. kalau ada rezeki nak datang lagi, next time berdua dengan en suami je hehehehehehehe sofia dok rumah opah baik2 hokey :)


cantikkkkkk...
feeling berjalan kat luar negeri ..







best .. recommended!


p/s : sila bawa bekalan makanan kudap2an sebelum naik ke sini. sebab pilihan terhad dan agak mahalllll.. esp yg bawa anak ramai :)


bee

Sunday 16 December 2012

tahniah kaklong!

assalamualaikum ...


kepenatan seharian di pwtc mengawal kanak2 ribena seramai 6 orang. lepas tu bersesak sesak beratur tunggu giliran amik gambar sekeluarga .. sekarang dah selesai, nak bersantai2 di hotel sekejap

kita tempek gambar aje untuk entry hari ni. sedia? tadaaaaaaa ..



bagi laluan untuk tuan tanah blog ... hehehehehehe amik berkat kononnnnnya ..

anak2 penguat semangat .. lagi dua orang MIA hahahahahhhahahaha




pendengar setia saya .. mak n kaklong



oppssss.. gambar orang penting di sebalik kejayaan missing pulak .. gambar abg sham aka suami kaklong, xda la pulak.



ok fine .. tak adil kalau tak tempek gambar tuan punya kamera yang baik hati .. achik aka teacher to be in two years ..





cikgu juliani dah ada degree from oum akhirnya .. alhamdulillah




kaklong kebanggaan mak n abah ..



Saturday 15 December 2012

jom serbu big bad wolf

assalamualaikum ..


alang2 dah sampai kl, haruss la jalan jalan sana sini. walaupun jadual di siang hari pack bukan kepalang , hahahahahaa skema sungguh susunan ayat. tapi gigih masing2 tahan mata yang makin kuyu demi nak merembat sebuah dua buku. konon je, last2 sofia dapat 4 ke 5 buah buku. mama je tak langgar peraturan, tetap dengan 2 buah buku. hahha peraturan la sangat padahal .. pffff

kami keluar dari hotel lebih kurang kul 7pm. masing2 tak menahan keroncong dalam perut, mana taknya tadi dah puas berkubang dalam pool, naik bilik semua mengadu lapaq2.. maka berpakat la kitorang keluar lebih awal sebab dah plan nak makan kat kg baru, takut kalau lewat nanti penuh pulak. dah la ahli rombongan ramai hihihihihi

tempat makan ni idea kaklong la.. bersungguh dia nak bawak makan kat situ, katanya sedap ke best ntah. tak kira la yang penting dia jamin tempat ni tak rugi kalau pi. dengar je menu ayam penyet, saya dah buat muka. bukan apa, 1st experience makan ayam penyet kat langkawi dulu memang buat saya stress berhari2. hahahaha melampau tau sampai berhari2 hihihii

ha, sentap mama dengan waiter kat ojo lali tu. anak dara mama mintak nak minum air sirap, boleh pulak dia kata ' air sirap kat kenduri je dik, kat sini tak de..' amboiiiii nak cakap anak i ni kampung sangat ke sebab order sirap je? yea la anak i tak order fresh orange, segala air buah.. tak america la kot order air sirap.. pfff sentap balik mama bila ingat hal ni. bila mintak air kosong waiter tu boleh pulak buat muka. anak i tak minum air buah masa tu, abis takkan nak order air teh ke coffee bagai untuk dia


keluar dari kedai, en suami cakap ni 1st ni last masuk kedai ni.. oooo sentap jugak dia rupanya, ingat kan mama sorang je hahahahaha


sebelum masuk kedai makan kat kg baru ni saya tawakkal siap2 dalam hati, kalau tak sedap pun saya akan tetap senyum demi kaklong. ha, baik kan saya?


tq mr google ..



awalnya, kaklong order dulu sementara yang lain solat jama' maghrib dan isya kat masjid kg baru depan restoran ni. alhamdulillah, sedap menu2 kat sini. siap bertambah saya makan weeeeeee.. next time kalau datang kl dengan en suami, nak ajak dia makan kat sini

selesai makan, bergerak pulak kitorang ke mines. dah kenyang baru la selesa nak jalan2 kan? sofia yang awalnya dah mamai ngantuk, cerah balik mata sebab dapat buku. ramai jugak umat manusia, tapi tak la sesak sangat. still selesa lagi bagi parents yang mengusung stroller anak.


jom jom jom ...


gambar buku tak sempat snap sebab memory card bb penuh hahahaha kekdah nya mama pemalas nak transfer gambar yang berlambak. tengok la kalau senang esok2, akan di tempek di entry seterusnya.

cerita pasal tajuk sikit je, yang banyaknya cerita hal lain. menaip di kala mengantuk memang isi kelaut sikit.

malam tu balik ke hotel lewat jugak la, sampai2 je terus beradu. harap2 esok tak bangun lewat sebab ada banyakkkkkkk benda nak di buat. baju belum iron, nak bawak budak2 ni mandi kolam, bla bla bla..


ok mau tido dulu

p/s : beli buku kali ni sangat mak2 hokeyyyy ... parenting book :)



mama sofia

kl, here we come ..

assalamualaikum ..

destinasi hari ni ialah ke kl. kitorang ke kl sempena konvo kaklong esok di pwtc

maka bersemangat la kitorang sekeluarga bertolak tengah hari tadi sesudah makan kenduri di penjara sg buloh. sebelum memulakan perjalanan harusss makan terlebih dahulu hahahahaha berjalan dengan anak2 bab makan kena bagi keutamaan. kalau tak, orang yang nak drive jadi stress sebab tak tahan nak menjawab soalan 'bila nak sampai?.. jauh lagi ke?...'

kami bergerak dengan dua buah kereta. alhamdulillah berbekalkan bantuan maps dari bb kesayangan serta signboard yang dekat sangat dengan simpang baru nampak, bagus sangat la tu.. kami berjaya sampai ke oum berdekatan hentian putra. sementara kaklong gigih beratur amik jubah, saya pulak gigih belek maps cari jalan ke hotel. mujur la bilik dah di boked lebih awal, kalau tak jenuh pulak nak mencari. tapi sebenarnya location hotel tu senang sangat, saya je stress lebih sebab tengok banyak benda dah berubah sepanjang jalan. uihh lama nya tak turun kl..

oleh kerana saya pernah kerja di kl, abah dengan senang hati bagi job untuk cari jalan ke hotel kat saya. maka dengan lapanggggg hatinya saya cuba juga, walaupun asyik tersalah sebut arah. nak suruh ke kiri tapi sebut kanan hahahahaha


akhirnya berjaya check in, alhamdulillah ..


abah dan abang sham park kereta, kami bersuka ria di lobby.. my lil princess bertudung seharian, alhamdulillah..
 


kami berkampung ehh berhotel di grand season selama 3 hari atas tajaan sepenuhnya oleh kaklong weeeee rugi la tak join, bercuti tanpa mengeluarkan duit.
kaklong memang kakak yang best, setiap kali nak ke mana2, dia mesti call bagitau. especially kalau tidur hotel, mesti nak di ajak kitorang adik beradik semua. kitorang pulak tak kisah la bilik tu besar ke tak, tetap seronok dapat kumpul ramai2, tido sama2 dan mengurangkan duit bersama2 hehehehehehe


paling ketara, setiap kali dia ke kl, dia akan ajak mak abah join sekali. dulu masa kecik2 abah jarang bawak kitorang adik beradik jalan sana sini. almaklum la anak ramai, enam orang je pun hihihihi dulu2 abah tak ada kereta. kalau tak silap masa saya darjah 5 atau 6, baru la merasa pakai kereta balik kampung. so, tu la sebabnya sekarang ni bila kitorang semua dah meningkat tua opppsss dewasa, dan masing2 ada pendapatan sendiri, kitorang suka nak bawak mak abah berjalan. yang selalu buat macam ni kaklong n abang sham la. kitorang yang lain bawak jalan dekat2 je... hihihihii tesco ke giant ke ok jugak kan?

sekarang ni je yang agak susah sikit nak berkumpul setempat kalau bukan waktu cuti raya sebab semuanya ada tanggung jawab masing2. sejak saya kahwin, makin kurang join sebab tercampak jauh kat pulau langkawi nun.. kalau masa kerja kat pwtc dulu, sanggup datang lepas kerja. my one and only adik lelaki, fahmi wajib join sebab dia kerja kat kl. adik2 perempuan pulak sorang kat tanjung malim sorang lagi kat changlun. tapi yang sorang ni iaitu achik aka teacher ezzah selamba je join. mentang2 hari jumaat tak ada kelas, laju je nampak muka dia kat mana2 :p


kiranya kali ni bercuti sambil meraikan kaklong.. hari pertama disertai mak abah, saya dan sofia, fahmi dan faezzah aka pak uda n achik serta kaklong sekeluarga. angah iaitu abang saya mungkin join esok petang lepas kerja. kesian kat adik bongsu kami, atikah aka acu yang ada kelas di kolej matrik.


to acu, jangan sedih2. next konvo kau join yea?.. tunggu achik konvo 2015 :)

to kaklong, tahniah.. we proud of you.. kaklong memang contoh terbaik buat kami adik beradik ...! love you



ok, nak bawak my anak dara mandi kolam.. acara wajib setiap kali check in hotel :)


mama sofia


Thursday 13 December 2012

moody sekejap ..

assalamualaikum ..

berat hati nak datang sini lagi .. bukan sebab tak suka datang rumah angah tapi ..
seminggu sebelum sampai sini, dah sedih balik bila teringat. terbayang2 apa yang terjadi sepanjang hari tu huhuhuhuhuhuhuhuhu



buah hati .. my anak dara n anak angah ..



kat sini la hp yang belum puas pakai dah hilang. tak sampai sebulan usung sana sini, tuptup dah takda lagi
rindu kat my pink baby y uhuukkk...


ohh lupa nak bagitau, saya dah sampai sungai buloh petang tadi. kami sekeluarga berkumpul di rumah angah sebelum ke kl lusa.. ada big event :) senyum jap ..


ok nak sambung sedih semula .. huhuhuhuhuhuhu


bee


Saturday 8 December 2012

miss him ..

tak pasti apa kaitannya ..

cuma suka lagu ni selain terbayang pi jalan2 ala ala holiday berdua dengan encik suami :) hahahahahahaha









p/s : jom makan kenduri.. cuti memasak untuk dua hari hihihihihihihihi ..

bee ..

Friday 7 December 2012

kejam kah kita? ..

assalamualaikum


buat ingatan diri sendiri dan sesiapa saje ..

sesibuk mana pun kita nanti, jangan lupa bertanya khabar pada kedua orang tua. tak lama sekejap pun jadi lah. kalau dah kahwin, usahakan untuk call mertua sekurang2nya seminggu sekali.

tanya perkembangan kesihatan mak abah, makan minumnya cukup atau tak, ..

jangan sampai terkeluar dari mulut mereka, lamanya si anak tak telefon. apa khabar dia sekeluarga.. lumrah orang tua, nak call kerap2 bimbang mengganggu si anak. nanti dikata merap, sikit2 nak suruh balik, sikit2 nak mengadu

maka akhir nya mereka lebih senang menunggu. sakit pening di diamkan. cukup sekadar apa yang ada di rumah. bila sesekali rindu pada anak cucu, iklan di tv pun nampak muka orang yang di rindu


mohon maaf kalau coretan ringkas ni mengguris hati sesiapa


mudah2an bermanfaat ..



bee

Thursday 6 December 2012

teringin sangat ..

assalamualaikum ..

tak sabar nak tunggu encik suami balik .. rindu dendam dah ni hahahahahaha sampai termimpi2 merajuk dengan encik suami

benda wajib bila sama2 dah di tanah besar ialah kitorang akan cari tempat makan yang dah lama kitorang teringat2 nak makan. yea la kat langkawi nun bukan semua ada. nama pun pulau.. maka sebelum encik suami selamat sampai, saya dah bersiap2 dengan senarai tempat makan yang akan di tuju hihihihihihihihi

senarai pertama bermula dengan 1901. encik suami la yang mula2 ajar makan kat 1901.. tau tak? ni hah gambar nya copy paste dari mr google

See full size image
idaman hati harusssss la yg berasaskan ayam :) texas ted chicken klu xsilap

See full size image
1901 klcc ...

lepas dah makan sosej, harussss la jalan2 pusing jusco perda sampai isi perut hadam. sebab bila dah hadam, ada potensi rasa lapar semula kannn? boleh la cepat2 ajak encik suami cari donut pulak hehehehe

suka sangat kalau dapat jumpa buah hati dua ni ..


See full size image
 

ehh apsal beza benar saiz gambar ni? ohh yea la, seingat saya kalau kat belah utara ni potensi untuk jumpa big apple lagi cerah dari dunkin donuts.. jadi kalau dah di copy paste dari sumber yang sama tapi hasil tumbesaran berbeza, mungkin ada kena mengena dengan destinasi yang patut di tuju..

dan saya akhiri entry makanan hari ini dengan destinasi jalan2 cari makan yang ketiga iaitu ....

See full size image
huihhh kenapa pakat2 beratoq ni?.....




tiba2 nak cakap penang terus hahahahahahaha saya dan encik suami memang suka makan nasi kandar. almaklum la bukan selalu boleh balik jadi bila dah balik mesti cuba jugak curi masa untuk pergi makan nasi kandar. biasanya sekali balik dapat sekali je makan. tu pun bersyukur dah, kalau tak, sambil nak pilih menu kat kedai tomyam, mulut asyik ulang berpuluh kali 'bestnya kalau dapat pekena nasi kandar huhuhuhuhu'


rasa2nya dah banyak kali encik suami janji nak bawa saya ke sini tapi belum kesampaian... cuti sekejap2 je tapi banyak benda nak di buat. perjalanan je dah makan masa sehari. kalau setakat plan nak balik tiga empat hari, saya memang tak setuju. tinggal sehari dua je nak kesana sini. rumah ayah mentua nak kena balik, rumah mak sendiri mesti nak kena tido, tu belum kira kalau ada kenduri saudara terdekat

encik suami dah faham sangat yang bininya ni akan tarik muka bila dia bukak cerita pasal nasi kandar beratoq ni sebab dah banyak kali janji tapi tak sampai2 jugak

maka gigih lah saya bbm encik suami tadi. bagitau keinginan saya yang menggunung ni. dua senarai teratas dah approve. tinggal yang ketiga je, sepi tanpa jawapan. chewahhhhh mungkin abang dah tido agaknya .. hmmm takpe, masa masih panjang.. hihihiiiiii


p/s : cepatlah balik, rindu kat awak ..



bee

Wednesday 5 December 2012

my must buy list ..

assalamualaikum ..

menabung duit setiap hari demi nak membeli sesuatu yang memang bermanfaat kadang kala boleh buat kita stress. sebab rasa lambat benar nak cukup tabungannya hahahahaha atau mungkin itu hanya satu lagi mind set negatif? arghhhhhh ...


apa pun mama gigih tolak keinginan nak beli baju minggu ni demi nak cepat penuhkan tabungan hihihihihi bukan tak boleh mintak je dengan en suami aka ayah sofia, mama saje nak tengok boleh tak niat suci murni mama ni tercapai :) yang penting kena usaha sehabis baik kan?

maka dipersembahkan ni lah benda alah yang mama nak beli sangat2 tu....



set bacalah anakku buat anakanda tersayang .. sofia 


setelah menggoogle sana sini, baca testimoni dan pengalaman susah senang maka, mama nekad nak dapatkan set bacalah anakku. mudah2an dengan usaha kecil mama ni dapat membantu sofia belajar mengeja dan membaca lebih awal. kan mama yang beria2 nak buat homeschooling bagai. maka, kena la ada bahan alat bantuan mengajar yang super hebat ni..

huiiii harapan melambung! semoga dipermudahkan segalanya, amin



sampai sini dulu :)



mama sofia