Tuesday 28 May 2013

its official .. alhamdulillah

Assalamualaikum..


Alhamdulillah! Dengan rasminya sudah empat minggu. Seronok berbunga2 hati ni, terutamanya encik suami la .. senyum je dari keluar klinik tadi


Yang si sofia pulak asyik ulang tanya, bila baby mama nak keluar? Bila ayahnya bagitau tunggu lapan bulan lagi, terus dia kira jari. Baru kira sampai lima, dia jerit aaaaaa lamanya.. lambat lagi la kalau macam ni? .. yea nak, sila sabar yea hihihi


Bila fikir2 balik baru saya perasan, kalau ada rezeki kami sampai selamat menerima ahli baru, sofia dah lima tahun masa tu! jauhnya jarak mereka huhuhu patut la saya teringin sangat nak mengandung lagi. Lama sangat rupanya menanti


Harap2 ada la rezeki kami suami isteri untuk menimang cahaya mata kali ni. Dan semoga semuanya dipermudahkan dan selamat sampai akhirnya.



Sebenarnya takut juga bila saya terlalu berharap pada kandungan ni padahal semuanya masih terlalu awal.. takut kalau ada apa2 yang berlaku nanti kecewanya tak terjangka. Tapi saya yakinkan hati, tujuan saya ialah untuk beringat dan berjaga2. Sekurang2nya bila selalu mengingatkan diri yang saya kini mengandung, maka saya akan menjaga pemakanan dan aktiviti seharian.

Paling penting, nak elakkan insiden lalu berulang. Masa mengandungkan sofia, saya pernah keluar darah. Malam tu bila ke klinik, doktor scan dan katanya uri bawah. Siap dia keluarkan surat untuk di refer ke hospital malam tu jugak. Bila doktor hospital pulak check, katanya uri ok je kat atas. Baby pun ok. Tapi untuk langkah berjaga2, kena bermalam di hospital.. nak gi kencing pun fobia sebab darah keluar menitik2 bila mencangkung. Darah fresh pulak tu. Esok siangnya dah ok tapi still kena tahan lagi sebab doktor nak cucuk ubat untuk kuatkan paru2 baby incase baby lahir awal.. sakittttt ok! sengal punggung tempat cucuk sepanjang hari.. dua kali pulak tu kena cucuk hahahahaha



Maka kali ni, haruslah berjaga2 demi mengelakkan hal yang sama berulang, insya Allah :)




Sekian dulu, nak makan malam round two hahahaha




Xoxo,

Raihazi

Saturday 25 May 2013

tantrum si kakak

Assalamualaikum ..


Sejak 2 3 hari ni sofia cepat merajuk, marah dan tunjuk perasaan. sebelum ni selalu jugak nampak tajuk artikel pasal anak sulung yang cemburu dengan adik baru tapi tak baca sangat atau dalam erti kata yang lain tak cuba untuk fahamkan pun ..


Jadi, bila tiba2 sofia turn to be someone yang suka buat perangai, saya rasa susah hati dan bersalah.


Dalam kepala asyik cuba ingat dan faham yang benda ni normal berlaku sebab si anak cemburu dan dia takut hilang perhatian yang selama ni milik dia sepenuhnya. Saya layankan apa yang biasa kami buat bersama macam biasa. Saya sebolehnya tak nak dia terasa di ketepikan langsung ..



Walaupun semua ni baru je sangat berlaku, tapi saya yakin kalau dimulakan lebih awal kesannya lebih positif. Jadi idea seterusnya ialah untuk bercerita tentang baby baru lebih kerap dengan sofia. Dan libatkan dia dalam our first visit to klinik ibu dan anak soon :)







Doakan saya,
Raihazi

Friday 24 May 2013

mula dah ..

Assalamualaikum,


Baru je tau tak sampai seminggu tapi tekak dah teringin itu ini.. hahahahaha


Tak logik langsung! Ni bukan mengidam namanya tapi psikologi yang melebih2. So jangan layankan sangat.



Nak salahkan blog si ceera n sepet la ni, sebabkan entry diorang pasal burger abg burn kat kl nun.. amboiii jauh sungguh hahaha bila cerita kat encik suami dia gelak je



Dah la, nak baring2 jap.. ngantuk sangat rasanya. Harap2 xlena la, tidur petang2 xbagus cik oii huhuhu





Xoxo,

Raihazi

Wednesday 22 May 2013

Alhamdulillah.. ^_^

Assalamualaikum..


Nak berkongsi berita gembira buat ingatan tarikh istimewa dalam keluarga kecil kami .. Alhamdulillah, pagi tadi terjawab juga satu penantian hihihi

Apakah?...









Anakanda kami, nur raisa sofia akan menjadi kakak tak lama lagi! ini kakak yang betul2 bukan nya cobaaaaan hihihi


Doakan semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan, terima kasih..



Akan cuba untuk update perkembangan lebih kerap :) walaupun hanya surirumah, saya busy tau hahahaha

Take care





P/s : encik suami, mak dan adik beradik perempuan semuanya teruja :) mereka semua tau saya lama mengharap, alhamdulillah Allah bagi saya peluang ..

Sofia lebih excited, habis dibagitau budak kerja kami di kedai hahahaha katanya 'nanti mama nak dapat baby' ...


Xoxo,
raihazi

Tuesday 21 May 2013

sakit tu salah satu ujian ..

Assalamualaikum ..


Tak larat sungguh rasanya sepanjang hari ni. Bersin dari pagi tak berhenti

Sampai berat rasa kepala. Sakit2 perut sebab kuat sangat bersinnya. En suami pun pernah cakap, ' bee kalau bersin kuat sangat..' pernah jugak diorang dua beranak gelakkan saya yang bersin sampai 5 6 kali non stop


Balik dari makan malam kat kedawang tadi, perut pulak memulas2. Dugaannya..



Pernah dengar orang kata sakit tu penghapus dosa.. betulkan kalau saya silap..






Mintak2 esok pagi saya kuat sebab ada misi penting esok :) insya Allah





Xoxo,

Raihazi

Monday 20 May 2013

get well soon mama!

Seminggu ni saya asyik tak sihat..

maka kemampuan untuk update blog sangat terbatas. Bermula dengan selsema, sakit perut dan sakit kepala. Bersambung pulak dengan si anak dara saya yang selsema teruk.


Kesian dia, bersin sepanjang masa. Sampai merah hidung, jangan luka dah la. Makan ubat tak ada masalah. Harap2 sehari dua lagi ok la semuanya


Dugaan.. kan?







Xoxo,

Raihazi

Wednesday 15 May 2013

pencapaian hebat anak mama

Assalamualaikum,



Alhamdulillah, hadiah hari ibu tahun ni cukup unik untuk mama.. walaupun tak dapat sebarang hadiah berbentuk kebendaan tapi kejutan dari anakanda sangat membahagiakan




Kakak dah mula belajar makan sayur iaitu carrot ..yeay!



Selama ni kakak cuma makan ubi kentang je. Letaklah apa sahaja sayur dalam sup, bila time makan elok je dia pilih dan buang segala sayur tu huhuhu
Guna la apa saja taktik, kakak mesti tau


Pernah je potong comel2 buat bentuk rainbow, star dll tapi hanya menarik untuk dipandang je. Lepas tu dia akan kutip dan pindah ke pinggan lain.


Blend pun dah cuba .. curi2suap selit2 celah nasik pun dia sanggup luah balik
Maka selepas usaha yang tak berjaya, mama redha je sambil doa satu hari nanti dia akan sedar kepentingan sayur dan buah bila dah masuk sekolah.





Hahaha bukan lepas tangan tapi berdasarkan pengalaman anak murid ni percaya seratus peratus cakap cikgunya. Sebab tu la pernah terjadi si anak tetap dengan satu hal tu sebab itu yang cikgunya kata, mak ayah cakap tak betul bagi dia hahaha nasib la ..




 Alhamdulillah berkat pujukan setiap hari dan bantuan dari cik misi di klinik ibu anak isnin lepas, akhirnya kakak mintak nak makan carrot. Anw thank you cik misi sebab nasihat anda utk suruh dia makan sayur dan buah akhirnya membuahkan hasil ..










P/s : next mission nak pastikan kakak minum air buah lebih kerap, insya Allah ..






Xoxo,
Raihazi

Tuesday 14 May 2013

bermula dengan diri sendiri ...

assalamualaikum..

pagi ni berkesempatan untuk bangun lebih awal, alhamdulillah. sambil melayan mata tahan mengantuk, sempat jugak tengok satu movie pasal penulis novel harry potter. tajuk lupa, oleh kerana tengok pun setengah cerita terlepas maka kita anggap saja intro nya pun menarik


hahahaha suka hati kau lah labu! hihihi


patutnya dah molek sangat kalau dirajinkan diri untuk menunaikan kewajipan di awal waktu. tapi sebab mata pedih tahan mengantuk, maka badan minta berbaring sekejap. dalam hati dapat rest 5 ke10 minit jadi la


ya.. syaitan berjaya menghasut saya untuk tidur sebelum solat subuh. habis tu apa motif berjaga sebaik selesai sahur tadi?

padahal time tu boleh je tahan mata.. huhuhuhu jahat la syaitan ni! benci3

tiba2 saya membayangkan betapa best nya kalau satu hari nanti rumah saya bersebelahan atau berdekatan masjid. tiap2 waktu ada hamba Allah yang baik hati mengingatkan kewajipan saya

bukan apa, sebagai manusia kita mudah lupa. lupa sebab terleka dengan rutin kehidupan di dunia.

semua benda ada dateline dan kita sedia maklum.. tapi umur dan kesihatan masing2 siapa yang tahu bila expired date nya?

dan saya rasa saya sangat tua sekarang ni. membayangkan seorang tua yang kita ramalkan akan 'pergi' dua tiga bulan atau minggu atau hari atau jam .. semuanya sebab pemahaman kita orang tua akan mati.

orang muda kita lihat sebagai manusia yang kuat dan akan hidup lama lagi.. padahal hmmmmm... manusia sama saja cuma yang membezakan amalan masing2

bekerja sepanjang hari mengejar dunia takkan selesai sampai bila pun. tapi berpada2 dengan keperluan dunia dan melakukan yg trbaik untuk akhirat lebih penting


rasa banyak yang perlu diperbaiki menjelang 3 series ni..tua dahh .. dan apa pun perubahan yang kita mahukan dari orang lain segalanya harus bermula dengan diri kita sendiri terlebih dahulu



xoxo,

raihazi


Monday 13 May 2013

13.6kg ..

Assalamualaikum ..


Ke klinik ibu dan anak kita pagi ni.. kakak kena makan ubat cacing :)

Bagus anak mama, senang je nak disuruh makan ubat. Cik misi tanya macam2 pun ok je dia jawab. Alhamdulillah banyak perkembangan positif kali ni


Next appointment bulan 8 nanti

Itu aje, nak melayan my anak dara. Insya Allah akan update lagi esok dan seterusnya





Ohhh lupa, tajuk entry ialah berat nur raisa sofia pada usia 3 tahun dan 8 bulan

Kurus ke? Tak kisah la janji anak mama sihat dan aktif ..kan? Hihihi




Xoxo,

Raihazi

Sunday 12 May 2013

sila tunggu sebulan lagi

assalamualaikum..


bersemangat kami 3 beranak bersiap keluar malam semalam. semuanya demi nak memenuhi impian encik suami untuk memiliki s4

sedihnya dengan tenang si penjual di kedai pertama berkata s4 cuma akan sampai atau masuk stok sebulan akan datang ..



apakah? .. saya dan encik suami serba salah antara nak sentap atau ketawa sekuat hati

masuk dalam kereta kami ulang2 ayat penyata penjual tu sambil gelak2 perli hahaha teruk sangat ke duduk di langkawi ni? hadoii tolong la


kitorang tak putus asa, kedai kedua kita tuju. harganya pulak melambung tinggi beza

kedai ketiga, si penjual sendiri blur dengan spec barang yang nak di jual. sudahnya kita test sendiri berdasarkan apa yang dibaca kat blog blogger yang berkongsi review s4

dia pun baru tau pasal s4 boleh ada gambar si pengambil gambar. complicated nya ayat.. hahaha


keputusannya sila tunggu masa yang lebih sesuai untuk keluar sekali lagi dan membuat belian huhuhu


tak best rasanya nak membeli bila kita sendiri tak betul2 puas hati atau faham dengan benda yang nak di beli .. kan?


kepada encik suami  sila share hp dengan sofia buat masa ni. kesian saya, dah kurang sorang contact bbm. hahahaha




xoxo,

raihazi


Saturday 11 May 2013

langkawi dan cuaca panas

assalamualaikum


dugaan berpuasa di minggu ni ialah cuaca yang panas membahang. berpeluh2 macam berjemur di tanah lapang.


kipas laju kalah bunyi heli pun tak bermakna. tapi mandi tiga kali sehari dan berbaring dalam bilik sambil air cond membuai2 memang hebat rasanya



hari kedua berpuasa saya ok je cuma letih sikit .. customer ramai minggu ni maka membantulah saya serba sikit
setakat angkat pinggan dan pantau lauk pauk je, sesekali jaga kaunter taklah teruk mana pun


balik rumah melepek macam budak baru belajar berpuasa hahaha teruk sungguh rupanya



bertabahlah hahahaha





xoxo

raihazi


Friday 10 May 2013

tak boleh tangguh dah ..

assalamualaikum..


baca status di fb membuatkan saya tersedar yang saya belum ganti puasa lagi huhuhu


terima kasih kepada mereka yang baik hati mengupdate status sedemikian, kalau tak harus la manusia yang sorang ni bersusah hati tak cukup hari nak mengqada puasa


awal dulu dah berazam kononnya nak setle cepat at least sebelum new year iaitu 2013 sudahnya dah nak masuk setengah tahun dah pun hahahaha saya gelak bukan kerana gembira tapi tak percaya betapa 'sibuknya' surirumah yang seorang ni

azam beriya2 tapi kecundang di sepanjang jalan. lepas ni tak payahh la nak sibuk2 list kan azam di tahun baru. kita lebih tahu apa yang kita nak capai atau selesaikan


maka dengan ini selamat mengqada puasa kepada diri sendiri ! semoga berjaya !






xoxo

raihazi


Tuesday 7 May 2013

alasan tak update blog :p

assalamualaikum..


dua tiga minggu ni lemau sungguh rasanya. pukul 9am menguap tak sudah2. asal duduk je mesti boleh terlelap sampai lenguh tengkuk.

kalau dah terbaring kat sofa, memang boleh termimpi2 jadinya. tak lama mana pun tertidurnya, tapi lepas terjaga pun berat mata. macam melekat2 je. sambung lena lagi.. terkejut bunyi bising luar rumah, terjaga kejap pastu lena balik


anak bising suruh tukar channel tv, bangun lagi. layan anak 5 6 minit lepas tu sambung mimpi hahaha teruk sungguh fenomenanya kan?

sedar2 rasa bertambah letih badan ni. rasa nak mandi sekali lagi pun ada..


kalau mengikut pengalaman lepas, macam ni la pengalaman sepanjang tiga bulan pertama mengandung :)  hehehehe mintak2 ada rezeki kami kali ni, amin ,....



xoxo,
raihazi




Sunday 5 May 2013

sambung tidur adalah best!

assalamualaikum..


apa lagi yang lebih nikmat bila hujan turun dengan lebat sepanjang malam bawak ke pagi?


sila jawab .. ohh takpe, dengan senang hati nak bagitau jawapan hihihi


bila encik suami selamat berangkat ke tempat kerja, cepat2 kemas rumah dan biar mesin basuh bekerja di pagi yang sejukkk. selesai mandi dan bersiap ala kadar, sepantas kilat baring sebelah anak yang belum bangun tidur dan bersedia untuk lena sekali lagi hahahaha


seletih2 kerja surirumah tapi ada masanya nikmat tak terkata :)


ok.. nak beradu sekejap sambil tunggu anak bangun tidur. sambil lah sangattttt hahaha



take care mommies! dan jangan lupa mengundi :)




xoxo,

raihazi


Saturday 4 May 2013

jangan gaduh-gaduh..

esok semua  rakyat malaysia yang layak mengundi akan menunaikan kewajipan masing2..


apapun kepercayaan kita.. siapapun pemimpin pilihan, buatlah keputusan berdasarkan kemampuan mereka untuk mentadbir


tak payah la kutuk pilihan orang lain kerana setiap orang ada sebab tersendiri. jadi jangan buang masa melayan orang provok sana sini. masa ni semuanya nak menangkan pilihan masing2


jangan emo lebih2.. nak mengundi aje pun :)



selamat mengundi rakyat malaysia




xoxo,

raihazi