Thursday 28 February 2013

sebab tu mak selalu pesan, jangan tido selepas waktu asar ..

assalamualaikum..


pagi ni encik suami terkejar2 bersiap ke tempat kerja. mujur sangat la jarak rumah ke tempat kerja tak jauh mana. jalan kaki je dah sampai.

kalau la kena naik kereta,harus la amik masa nak start enjin, bersesak kat jalan raya, cari parking  dll. dan alhamdulillah jugak, kat tempat kami ni mana pernah kena bersesak di jalan raya. kalau ada lambat bergerak pun sebab ada road block atau tourist bawak kereta sewa dan tak tahu jalan hahahahahaaha. ehh gelak bukan kepada tourist yang suka berhenti tengah jalan sebab nak tengok peta tapi gelak kerana gembira tak payah tension2 waktu drive macam kat kl nun :)


alkisahnya, encik suami tak berapa sihat semalam. maka balik je dari kerja terus terbaring kat lantai. mungkin badan dah terasa lenguh2 nak demam. saya biarkan
aje sebab encik suami ni memang suka terlentang .. nak hilangkan lenguh dan letih badan katanya.


last2 sampai ke maghrib.. betul lah kata bijak pandai, jangan tidur selepas asar, nanti badan bertambah letih dan moody. memang betul sangatlah tu. tapi nak buat macam mana, takkan nak berleter masa orang tu tengah letih. boleh berpanjangan masam muka nanti. makanya kita diamkan dulu..


bila dah puas tido petang, malam mata cerah tak boleh nak lena. encik suami layan game dekat tab



pagi ni alarm kedua berbunyi, encik suami tekan apa yang patut pastu sambung tido. saya? saya memang selalu sambung tido semula sebab temankan anak hahahahahahaha alarm pertama saya bangun, buat apa yang patut. dah selesai, hari pun gelap lagi, maka marilah baring tepi anak sambil tepuk2 manja pujuk dia sambung tido. dengan maknya sekali lena, haruuuu

so alarm kedua tu memang untuk encik suami bersiap ke tempat kerja. bila dah tido lewat, bertuah sangat la nak bangun awal dengan senang hati. saya pulak akan bangun lebih kurang 8pagi setiap hari. sebab biasanya masa tu encik suami dah selesai mandi dan saya siapkan sarapan. selalunya buat hot choc je hehehe


encik suami siap tak sampai 10minit, minum pun tak sempat. bertabahlah yea bang hahaha agak2 ngantuk, bancuh la air apa yang patut hihihi


kesimpulannya, sila jangan tido selepas waktu asar. sebab dah dijelaskan kat atas tadi, tapi kalau letih sangat pun regang2kan apa yang patut dan elak dari berbaring. waktu tak elok tido, memang senang nak lena. satu lagi waktu pagi selepas subuh. hahaha ni reminder untuk diri sendiri. tengah usaha nak elak dari tido semula.


antara langkah2 yang dikenal pasti tu ada la dua yang rasanya boleh berkesan. tapi nak kena cuba dulu, kalau dah terbukti kejayaan baru boleh cerita hahaha selain pengisian waktu yang bagus, satu peringatan ni mungkin boleh memotivasikan sesiapa sahaja. orang yang tido semula selepas waktu subuh, rezekinya mahal.



p/s : update blog sambil baring atas katil punca nak lena lah tu..





xoxo, raihazi

Tuesday 26 February 2013

cinta hati ..


cepatnya dia membesar.. sedar2 je makin berat nak didukung, makin cerewett serba serbi, makin panjang bebelan dan marahnya..






ohhh kakak, please jangan cepat sangat membesar. mama rasa ketinggalan dengan perkembangan kakak setiap hari. terkejar sana sini sedar2 dah malam, esok sambung rutin kelam kabut






sekarang ni asal bangun pagi bersungguh sungguh ajak ayah nya cari lady bug @lady bird.. semua benda nak explore semua benda nak cuba







alhamdulillah kakak sihat dan ceria,









kakak, kalau mama marah2 jangan simpan dalam hati yea sayang.. mama memang macam ni, kalau boleh semuanya nak perfect. kakak tulis senget2 pun mama bising, bertabah la yea kakak :)






mama sayang kakak dari saat mama tahu kakak ada dalam perut mama. sayangnya mama tak mungkin berpeluang nak bagi kakak merasa duduk dalam perut mama lagi sekali. kangaroo tu lain sayang ....






xoxo, mama..


Sunday 24 February 2013

hujan di langkawi..

alhamdulillah,


setelah berhari-hari panas terik sampai berpeluh meleleh basah rambut dalam tudung, hujan lebat akhirnya


tidur lena anak dara kami, nak dekat 3 jam lah jugak. kalau sebelum2 ni, jenuh memujuk nak suruh tidur siang. mengantuk macam mana pun still tahan mata. main segala benda yang ada. sekejap2 ke dapur buka peti ais cari air dll. agaknya sebab cuaca panas kot tu yang selagi boleh nak di elak dari tidur

balik je dari shopping barang dapur stok sebulan harapannya hahahaha dia dah lena dengan sukarelanya. letih pilih barang agaknya. banyak betul nya yea? maka dapatlah mama baca suratkhabar sampai habis sekali jalan.huhu hebat di situ sebab being a mom, kau takkan mampu nak bersenang lenang baca suratkhabar. baru selak muka dua, anak mintak susu maka takkan nak berhati waja keras kaku kat situ sedangkan anak meraung macam kena dera ..kan? jangan emo dengan contoh yang di beri hahaha


saje suka bagi contoh yang hebat2 dan dasyat supaya rasa tak sampai hati dan boleh mengelakkan diri dari buat..


kadang2 tu baru pegang suratkhabar sempat jeling jam dan tiba2 terus teringat itu ini belum buat. padahal dari pagi gigih buat kerja rumah. mak mak macam tu lah.. hatinya tak tenang nak bersenang2 bila tau ada kerja yang menunggu


maka entry hari ni cuma nak bagitau yang saya berjaya baca suratkhabar sampai muka surat akhir tolak bahagian iklan kerja kosong dan sukan sekali jalan je.. ada ke istilah sekali jalan? oh bahasa ibundaku hihihi



p/s : pencapaian hebat sebab dah lamaaaa dah baca suratkhabar sekerat jalan. tiba2 bila sambung balik, kes dah  pun jatuh hukum kat tv hahaha




bertabahlah untuk baca suratkhabar seminggu sekali je pun. gigihh buat entry. motif?


terima kasih sebab Allah turunkan hujan maka dapatlah saya menikmati me time.. alhamdulillah

bila kita sedia sedar setiap hari kita sibuk dengan urusan kerja, masa pendek untuk diri sendiri sangatlah dihargai



xoxo, raihazi


Monday 18 February 2013

i don't know how she does it ..

assalamualaikum..







banyaknya plan saya untuk bulan ni dan seterusnya. dah banyak hari berfikir pasal hal ni dan akhirnya petang tadi dapat jugak list down sebahagiannya. yea, sebahagian je sebab sambil cari idea kena buat catitan sikit pastu banding-bandingkan pilihan yang ada. tiba-tiba rasa rindu dengan tanggungjawab bekerja dulu huhuhu memmang sangat tiba-tiba! malas nak layan..hahaha


dan tiba-tiba jugak berangan menjiwai watak sarah jessica parker dalam movie i don't know how she does it..hahahahah over kan?  ringkasnya setiap malam sebelum working mommy ni tido dia akan set senarai kerja atau benda yang nak dibuat esok.


sedar atau tak kita pun selalu buat benda yang sama. bezanya kebergantungan kita pada  job list tu. pernah jadi saya menghafal 7 benda yang mesti saya selesaikan sebelum keluar suatu pagi tu. elok je sampai ke dua perkara terakhir nak dibuat, saya terlupa satu darinya.


punya la mengganggu, sambil buat kerja tu mulut menghafal-hafal job list dengan harapan saya akan ingat semula. lama jugak.... dan akhirnya bila selesai semua job list tu saya rasa yakin sangat nak meneruskan rutin harian. rasa lega sebab saya tau saya dah siapkan semua kerja dan bertambah lega bila tak ada benda yang tertangguh.


ini lah saya. suka buat plan tentang semua benda. kalau boleh nak siap kain baju balik kampung pun nak plan 2 hari awal sebab tak suka kelam kabut. lumrah bila nak cepat akan ada benda penting yang tertinggal. ohh saya tak suka part tu!


dah penghujung cerita baru teringat nak bagitau cerita perenggan pertama tu bukanlah job list saya. giler ke apa nak plan job list kerja-kerja rumah je pun sampai one month in advance. saya tak sampai tahap tu lagi hahahaha harap-harap tak la




itu saje.. nak beradu ;)










xoxo, bee





Thursday 14 February 2013

ungu di pagi hari ..

assalamualaikum..


pagi ni sambil encik suami bersiap ke tempat kerja yang tak jauh mana dari rumah hahaha saya gigih mengemas dan membasuh.


selalunya bila encik suami dah keluar rumah barulah saya mula atau ada masanya sampai ke tengah hari baru nak kutip itu ini sambil mulut pujuk anak supaya lebih memahami bila si anak order hot choc dan biskut.


 tu belum part anak bangun pukul 10 pagi dan mengadu lapar nak makan nasi huhuhuhu

masa ni bukan salah anak mintak nasi yea tapi salah maknya yang sambung lena sebelah anak .. kena masukkan dalam azam tahun ni..tak boleh sambung tido selepas bangun pagi, mampu?


demi nak merealisasikan azam di bulan februari maka, harusss ada peneman hebat di pagi hari weeeeeeee..




kamu memang best friend yang hebat! 




nak sidai kain pulak. jom..



p/s : sayang blog lama.. banyak kenangan :)




xoxo, mama sofia

Sunday 10 February 2013

home sweet home..

assalamualaikum,


alhamdulillah selamat masuk pulau. kami bertiga bertolak dari kulim lebih kurang 11 pagi. sempat jugak singgah rumah mak abah sebelum balik so dapat la ambil apa yang patut dan angkut balik sini..



u made my day ! ..


gerak balik sungai petani, hantar kereta ayah. camni lah kitorang, kalau balik main land harusss la meminjam kereta. biasanya kereta abah la jadi mangsa tapi oleh sebab hari tu terus ke sg petani dari jeti so kita pakai kereta ayah.

sepanjang seminggu kami berulang alik ke hospital pun dgn kereta ayah tu la. kereta lama yang besar jasa nya


dari sungai petani kami naik teksi untuk ke jeti kuala kedah. tunggu teksi pun satu hal lambat sungguh nak sampai,sampai si anak dara tu sempat buat perangai satu round.pujuk punya pujuk, lena dia dalam teksi sampai jeti.

nak naik feri pun menunggu lama jugak. tiket 4.30 petang, biasanya paling lewat 4.15 dah sampai feri. sudahnya pukul 5.15 baru nampak feri. sehari suntuk perjalanan dari pagi, pukul 8 malam baru sampai rumah. letih memang tak boleh blah. hahahaha tapi lega sampai jugak akhirnya



kiri dan kanan kecintaan anak dan mama .. 




nak tido.. rindu bantal hamster  sofia ehh  tetiba :p






xoxo, B

Saturday 2 February 2013

orang yang kita sangka jauh tapi sebenarnya dekat ....

assalamualaikum,


kadang-kadang kita anggap seseorang tu biasa je, tak dilayan istimewa. ada atau tak, sama je tak ada beza. sekadar hormat bila di depan mata. bila jauh tak mengundang rindu.., bertanya khabar jarang sekali


boleh jadi orang tu siapa saja.. keluarga mahupun teman. dan bila terjadi sesuatu melibatkan seseorang tu, barulah kita tersedar. sedar kepentingan mereka, kesan nya ke atas kita dan takut kehilangan mereka


saya dan ayah mertua baik dan boleh berbual apa saja. saya senang melayan permintaan nya. dia hidup membujang berbelas tahun lamanya yang dah tentu-tentu sebelum saya masuk dalam keluarga suami. saya hormat kesabaran ayah membesar dan menjaga keperluan empat orang anak yang ketika itu meningkat remaja. banyak dugaan dan pahit manisnya namun ayah tetap setia berkongsi segala pencapaian anak-anaknya.


bila semua dah bekerjaya dan bekeluarga, mujurlah masih ada kakak sulung encik suami yang menemani ayah. sedih membayangkan kalau ayah tinggal sorang di hari tua. walaupun saya sedar semua orang akan tetap bersendirian suatu masa nanti.  namun sebolehnya biarlah ketika itu segalanya dipermudahkan amin.......


ayah dah seminggu dalam wad. sebelum ni memang selalu keluar masuk wad tapi sekejap-sekejap je. paling lama pun tiga empat hari...

tapi  kali ni dah nak dekat seminggu ayah ditahan wad. rasa bersalah ambil ringan  bila kakak bagitau ayàh pergi hospital. walaupun ayah biasa berrmalam di wad, tak sepatutnya saya sekadar mengangguk bila tahu

saya patut lebih kerap ambil tahu keadaan ayah. tak payah tunggu dia sakit tak payah tunggu dia mengadu. mungkin sebab jawatan dia mertua maka saya ambil mudah. cuba kalau yang sakit tu abah, dah tentu-tentu hari kedua abah di wad saya dah sampai tanah besar


ya ALLAH berdosanya saya pada ayah. tak sabar nak balik sungai petani esok pagi. walaupun ayah agak stabil keadaannya, saya tetap risau .. risau kalau tak sempat nak jumpa ayah. kita merancang dan Allah yang tentukan

risau kalau rancangan kami esok pagi terpaksa ditunda atau .. saya mohon dipermudakan semuanya,amin

kalau ada kesempatan, panjang umur saya, saya nak mintak maaf pada ayah. saya nak betulkan semuanya. sepatutnya saya melayan mertua sama seperti saya melayan mak dan abah. saya dah memilih untuk bersama suami, maka kedua orang tuanya adalah orang tua saya


p/s : jika bermanfaat pàda yang membaca, Alhamdulillah




xoxo,

mama sofia

Friday 1 February 2013

ohhh anak... kalau lah semudah tu!

' kakak, kakak nak adik tak?'

' ha?..' sambil buat muka pelik


' erm, maksud mama.. kakak nak ada baby tak? macam baby qisha, baby mustaqim.. nak tak?'


' ohhhhh yang tu ke? boleh mama,kalau mama nak baby camtu, mama kena minum susu nanti perut mama ada baby macam kat tv tu' ..




bersungguh kakak bercerita sambil mama ketawa meleleh air mata :D

p/s : refer iklan anmum materna



takpe belum rezeki mama nak mengandung lagi.. Allah bagi peluang untuk mama dan ayah tumpu perhatian pada kakak sepenuhnya. Alhamdulillah..



jangan menangis bila Dia turunkan hujan sebab Dia nak hadiahkan pelangi yang cantik untuk kita yang hanya ada selepas hujan ..





xoxo,

mama sofia