Friday 30 November 2012

yang tersurat @ yang tersirat ?...



assalamualaikum ...


sekarang ni tiap2 hari sofia dok layan lagu erti alfatihah. seronok sebab yang menyanyi tu pun budak2. kawan kakak katanya.. hihihihi

alhamdulillah tak sampai seminggu, sofia dah boleh hafal lagu ni. maksudnya sofia dah hafal maksud alfatihah! :) seronok sangat sampai siap rakam dan bbm pada ayahnya di langkawi. mama excited lebih hehehe


walaupun ada sikit sebutan yang tak berapa betul sebab sofia hafal ikut apa yang dia dengar, dia kan belum boleh baca. tapi takpe, akan saya cuba perbetulkan sikit demi sedikit

makanya buat kita yang dewasa ni elok sangat la cuba2 nyanyi lagu ni setiap hari. mudah2an boleh di hafal. pernah dengar dari seorang ustaz katanya kalau nak kusyuk dalam solat, fahami bacaan dalam solat beserta maksudnya


jom nyanyi2 sambil kemas rumah ..


p/s : mula berkampung di ipoh sempena kenduri kahwin sepupu saya.. next entry utk update :)


mama sofia

Thursday 29 November 2012

sesekali asah skill

assalamualaikum ..

cuti sekolah + musim kenduri = side income :)

alhamdulillah, selesai jugak kerja yang di amanahkan. lega rasanya dapat siapkan ontime dan sedikit sebanyak mengurangkan to do list diorang  hihihihihi


warna tema ialah purple. hasil cadangan saya hahahaha bukan pengantin :) untung la sepupu saya ni lelaki so memang dia tak kisah langsung macam mana rupanya. janji siap.

sayangnya gambar belum transfer maka.. kena la tunggu next entry hihihi


opps lupa nak bagitau, saya diminta menguruskan barang hantaran iaitu 6 bekas semuanya. terdiri daripada sepasang kasut, sebuah beg tangan, seutas jam tangan, telekung dan sejadah, wangian dan sepasang baju kurung moden.

selain tu sireh junjung dan duit hantaran serta bekas cincin dan gelang tangan pun saya yang siapkan dengan hasil bantuan mak dan adik2.

mak sedara awal2 dah pesan suruh datang awal kenduri hujung minggu ni .. nak minta hiaskan bilik pengantin katanya. tapi saya tak janji yang grand2 hasilnya, setakat nak tambah2 hiasan boleh la.. insya Allah :)


nak siapkan sikit lagi ni.. kain pasang untuk kakak pengantin perempuan, haa.. kakak pengantin pun dapat :) langkah bendul mesti la kena bagi hadiah sikit kan supaya si kakak tak sedih hehehehe

ok, bye



mama sofia

Wednesday 28 November 2012

kisah mak ketam ..

assalamualaikum ..

betullah orang kata, anak akan meniru setiap perlakuan kita. mereka mesin photostat terbaik dan terhebat ciptaan Allah

kalau hari ini kita menengking anak kerana meninggi suara bertanya sesuatu, mungkin ada benarnya kita jugak pernah begitu. salah satunya kita mudah menjerit bila anak menyepahkan barang, tidak menyahut bila dipanggil dan sebagainya. so dalam mind set mereka, its ok untuk meninngi suara bila orang tak bagi perhatian kepada kita.

maka, sentaplah hati si ibu bila setiap kali si anak menjerit2 sambil bertanya di mana barang mereka di simpan, atau bila si mak lambat menghidang makanan


saya lah manusia yang turut sentap itu bila anakanda saya tiba2 meninggi suara marahkan saya. dia marahkan maknya yang leka tengok tv dan tak bagi attention pada dia yang sedang menulis ABC huhuhuhuhuhuhuhu

mulanya saya nak marah balik, tapi bila terfikir macam mana budak besar ni dah pandai marah2 kalau bukan kita yang dewasa ni mengajar diorang, saya insaf


insaf sebab kesilapan dalam mendidik anak2 ni ada kalanya di pandang remeh. bagi kita cukup kalau anak kenal abc, boleh mengira dan boleh berdikari. pada hal pada umur 2-7 tahun ni lah sepatutnya setiap ibu bapa mendidik anak erti kasih sayang dan hormat menghormati selain memberi pengenalan mengenai Islam. dalam agama melarang kita berlaku biadap terhadap sesiapa pun termasuk musuh kita sendiri.

pengajaran terbesar buat saya hari ni ialah, sila layan anak kita sebaik mungkin sepertimana kita nak dia melayan kita dengan baik. kalau kita nak dia hormat orang tua, maka kita lah yang terlebih dahulu kena hormatkan mereka. dengar apa yang nak dia ceritakan, sensitif dengan perasaannya, peka pada perkembangannya.

bercakap dengan baik dan selitkan pengajaran pada setiap cerita


stop sini dulu, saya nak temankan anak dara saya buat homework :)

semoga dia membesar menjadi anak yang beramal kepada agama dan kedua orang tuanya ..


mama sofia

Tuesday 27 November 2012

membina jambatan ..

assalamualaikum .. 

hadiah dari adik ~ ezzah aziz 
pinjam dari adik ~ atikah aziz

mama sofia







Monday 26 November 2012

Talking to the Moon ...

I know you're somewhere out there
Somewhere far away
I want you back
I want you back
My neighbors think
I'm crazy
But they don't understand
You're all I had
You're all I had


At night when the stars
Light up my room
I sit by myself
Talking to the Moon.
Trying to get to You
In hopes you're on
The other side
Talking to me too.
Or Am I a fool
Who sits alone
Talking to the moon?


I'm feeling like
I'm famous
The talk of the town
They say
I've gone mad

I've gone mad
But they don't know
What I know
Cause when the
Sun goes down
Someone's talking back

They're talking back


Do you ever hear me calling
 
'Cause every night
I'm talking to the moon

Still trying to get to you
In hopes you're on
The other side
Talking to me too
Or am I a fool
Who sits alone
Talking to the moon?


I know you're somewhere out there
Somewhere far away



bee

Sunday 25 November 2012

rindu .. rindu .. rindu ..

may 25, 2010


tiba2 hari ni teringat sangat kat en suami.. tiap2 masa pun memang ingat cuma hari ni lain sangat




march 19, 2012



bee

Saturday 24 November 2012

kenduri kendara ..

assalamualaikum ..

sepanjang cuti sekolah ni boleh dikatakan setiap minggu ada jemputan kenduri. tak kira lah untuk meraikan pengantin, anak yang baru lahir, pasangan bertunang dll

ni pun baru je lepas makan kenduri. perut kenyang baru la ada mood nak menaip. tapi bila dah kenyang2 camni di tengah hari, mata pun mula la layu semacam. teringat nak kongsi satu hal penting yang kita semua mungkin biasa buat @ berlaku. antara sedar atau tidak, mengaku atau menafi

biasa terjadi seminggu dua sebelum kenduri, mak ayah pengantin tidur tak lena. pengantin lebam keliling mata. susah hati nak lelap mata memikir check list yang panjang berjela. baju belum fitting, daun sireh pokok jiran belum mintak, kad belum habis hantar, doorgift takut tak cukup blablabla

nak kenduri memang perlukan masa yang panjang untuk buat persiapan. bukan boleh buat magic, bangun pagi hari ni terus bagitau sekeluarga nak nikah esok petang.. haru biru kalau jadi macam tu. tapi biasa la walau dah buat perancangan seawal 3 bulan sebelum majlis pun still ada kekurangannya. pagi kenduri masih ada yang terjerit2 mintak beli kelengkapan kenduri

masa nak berkenduri ni lah kita boleh nampak siapa yang betul2 membantu dan siapa pulak yang sekadar memberi arahan atau menghuruharakan keadaan. yea la bukan senang nak mintak tolong, terutama sekali kalau melibatkan sanak saudara yang kita jumpa hanya pada majlis2 tertentu iaitu raya dan kenduri. nak tunggu datang berziarah hujung minggu jauh sekali. kalau dah macam tu keadaannya, takkan tanpa segan silu kita nak suruh dia potong daun pandan buat bunga rampai.. pacak tanda arah? silap2 dia confuse jalan nak balik ke rumah. hahahahahaa anak2 sekarang cukup susah nak di ajak ke rumah saudara mara. sanggup tak ikut asal ada tv boleh malangut dari pagi ke malam. perut tak isi pun boleh tahan lagi..

ohh part ni saya mengaku, memang kadang2 tu agak malas nak ikut parents ke rumah saudara. tapi tak semua la. biasanya saya tapis2 dulu. ecehhhh tapis bagai, ingat apa? hahahahahha
kalau rumah saudara dekat2 je atau memang selalu pergi, sekali dua saya tak pergi tak pe la kan? hehehehe

jadi nak di jadikan cerita, terdengar la luahan seorang hamba Allah yang serabut kepala memikirkan perancangan kenduri nya yang belum siap. majlis nya tak besar mana pun tapi mungkin sebab belum ada pengalaman maka tekanannya bertambah2. sekadar mendengar, saya terfikir mungkin jugak tujuan sebenar dia berkongsi cerita tu sebab nak minta bantuan tapi .... malu!

malu? yea malu.. sebab time orang lain buat kenduri kita hanya hadir ketika majlis. selesai makan, kita mintak diri. alasan standard, anak nak kerja esok la, anak ni belum siap kerja sekolah la... hmmmm
orang lain pun ada hal jugak, tapi sebab kita dah tau kita di jemput untuk meraikan majlis, cuba lah duduk lama sikit. jumpa saudara mara, beramah mesra

kalau sekali pun kita dah tak boleh nak elak atas alasan2 konkrit, cuba untuk datang awal. jadi bila nak balik awal sebelum majlis selesai tak la bersalah sangat. macam tu jugak la kalau ada perkara yang nak diselesaikan sebelum majlis, ambil masa selepas selesai majlis untuk duduk bersama


benda ni senang je, kalau kita buat baik dengan orang, maka tak banyak pun mesti ada yang akan membalas kebaikan kita. renung-renungkan dan selamat berubah hahahahaha pesanan utama buat diri sendiri!

tulang belakang kekuatan saya ~ family day dec 2011~ langkawi


mama sofia


Friday 23 November 2012

mendoakan yang terbaik ..

assalamualaikum,

dear diary.

jealous.. jealous sungguh bila hati tengah teringin sangat sesuatu, masa tu akan berkali2 nampak orang lain dengan 'sesuatu' yang kita teringin sangat tu .. dugaaaaannnn

sekarang ni kan fenomena update gambar makan2 kat fb dah jadi satu trend. kalau makan something yang lain dari kebiasaan cth nasi, maka akan ada macam2 gaya gambar makanan. yang berhias bagai rasa belum tentu, yang portion besar macam tak logik untuk sorang makan, dan macam2 lagi

yang tengah menggila sekarang ni tak lain tak bukan durian crepe. perghhh tengok gambar2 dc ni memang nampak tempting habis. tapi tu lah kan, selagi tak pernah rasa maka memang tak dapat nak imagine camne nikmat dc ni. orang lain pakat usaha cari merata tempat nak beli durian crepe ni tapi I relax je hahahahahaha padahal kau pun teringin tapi apakan daya.. malas menguasai segalanya hihihihihi skang musim hujan so memang malas nak keluar, pulak tu tengah banyak benda nak uruskan. so bab2 makan yang nak kena mencari ni I tolak tepi. makan apa yang ada di dapur je

gambar cilok dari blog semanis gula semasin garam tq!

walaupun agak tercabar kesabaran setiap kali tengok post pasal durian crepe ni, redha sajelah kawan. tunggu lapang2 sikit nanti mungkin boleh cuba buat seketul dua hahahahaha mungkin!


ehh tapi jealous yang satu ni bukan bab makan. tapi bab yang melibatkan keibuan chewahhh nak kias2 jugak. terus terang aje lah, saya teringin nak mengandung lagi huawaaaaaaaaaaa..

rindu sangat nak mengandung, setiap hari usap2 perut yang makin membesar. lepas tu dapat merasa first kick, kejang2 kaki tengah malam, sesak dada, kaki yang mengembang dan dapat shopping!
masa mengandung kan sofia, saya memang super excited. dari awal lagi saya buat persediaan. sebaik aje dah buat buku merah jangan lupa bawa moga2 belum tamat tempoh ehhhh iaitu lebih kurang 2 bulan mengandung, saya mula surf cari info pasal pregnant dan penjagaan baby. masa blogwalking merata blog tu lah, saya jumpa bab breastfeeding. blog list pertama tak lain tak bukan blog cik sue yang comel dengan anak tiga sekarang

sepanjang mengandung, saya tak mengalami masalah muntah2 yang teruk. kalau ada pun hanya 3 kali dalam tempoh sembilan bulan mengandung, alhamdulillah. penambahan berat badan pun normal je. cuma bila perut makin membesar, mula la gatal2 di perut tak terkawal jadinya. saya jadi alah dengan stretch mark lotion. siap jumpa pakar kulit untuk amik ubat sapu sebab malam2 saya tak boleh tido menahan tangan dari terus menggaru.

setakat tu je yang agak pahitnya sebab sampai hari ni masih ada kesan parut yang kata nurse terjadi sebab saya menggaru perut yang sedang meregang hahahaha tapi mama ok je kakak, sebab sampai sekarang mama tak kisah pun hal2 parut tu. dan mama jadi bangga bila kakak tanya nape dengan perut mama tu sebab mama tau mama dapat parut belah perut untuk dapat kakak.

hah, berbelit2 ayat tu kan? no worries, saya tak guna ayat tu untuk jawab soalan anak saya


saya baca dan fahamkan betul2 kebaikan dan keperluan breastfeeding melalui internet dan majalah pa&ma. tapi selagi kita tak mengalami sendiri keadaan tu mana mungkin kita faham semuanya kan? alhamdulillah walaupun tanpa pengalaman cuma tunjuk ajar dari nurse saya berjaya menyusukan sofia secara direct breastfeeding pada hari kedua dia dilahirkan.ohh kenapa bukan sebaik dia dilahirkan? hmmm masa tu saya betul2 tak tau yang sebenarnya its ok to breastfeed after delivery walaupun secara caesarian .. kalau la mama tau lebih awal, mama takkan biar kakak minum susu formula tu. hari kedua barulah saya dibenarkan bangun dan disuruh ke bilik air sendiri. waktu tu baru la mula rasa sakit kat perut. tapi belum berani nak tengok tempat jahit. sejujurnya masa tu tak ingat nak sibuk2 fikir perut yang akan berparut tu. saya lebih teruja nak tengok anakanda kami nur raisa sofia.

dan sekarang setelah 4 tahun tidak mengandung, saya memang cemburu sangat bila sana sini orang terdekat mengandung. kawan2 kat fb ada 5 ke 6 orang, sepupu dan biras pun mengandung huhuhuhu

sejak dah teringin sangat sampai tiba2 jadi excited nak tambah collection cloth diaper, nampak romper pun semua design nak, siap terfikir nak berpantang kat rumah mak atau stay kat langkawi. hahahaha kesian kan? pergi tesco baru2 ni pun asyik ternampak orang mengandung, nak makan kenduri pun ternampak2 kelibat mommy to be
mula la rasa nak mengandung makin menjadi2. kakak aka sofia pun makin suka dengan baby. pantang nampak twin baby depan rumah mak ni keluar, dia pun sibuk nak tengok. kakak suka baby katanya.. alahai sabar yea sayang nanti kalau ada rezeki, kakak pun akan ada adik sendiri. buat masa sekarang kita kidnap je mana2 baby yang kita jumpa ok? 

oh kidnap tak bermakna saya angkut mana2 baby bawa balik ke rumah. cukup sekadar dapat dukung dan peluk2 sekejap amik bau baby hihihiiiii

tak sabar nak jumpa sepupu saya si salwa tu, katanya due tahun depan tak sure bulan berapa. biras saya, ain pun tahun depan jugak bersalinnya. sekarang ni baru 7 minggu pregnant. saya doakan diorang dipermudahkan sepanjang kehamilan dan seterusnya melahirkan nanti.


dan mudah2an akan ada rezeki saya pulak lepas ni , insya Allah >_<



mama sofia

Thursday 22 November 2012

Tanggung jawab seorang anak ..

assalamualaikum ..

lately hati sebak bila fikir bab tanggungjawab anak kepada kedua orang tuanya. sebak sebab sedar banyak kekurangan dan sikap ambil mudah

semua orang setuju kalau kita kata seorang mak boleh jaga berbelas orang anak tapi seorang anak belum mampu jaga mak dan ayahnya

masa 'muda2' dulu selalu fikir ala, apa yang susah sangat pun. sediakan makan dan tempat tinggal, selesai la masalah. uhhhh ego sungguh masa tu.hati rasa marah sangat bila baca berita anak2 yang buang mak bapak, tinggal tepi jalan, hantar hospital pastu tak jenguk2 dah. sebab dalam pemikiran masa tu, rasa benda tu tak patut terjadi dan banyak cara lain boleh di ambil

segala pandangan mula berubah bila semakin dewasa, .. bila dah ada keluarga, ada tanggung jawab wajib baru terbuka luas mata ni.. oooo patut la ramai yang tak mampu @ tak sanggup, beratnya tanggung jawab tu

hadirnya anak menandakan ujian penting bermula.. yea la kalau hanya berdua dengan suami, mungkin kita masih sambil lewa. segalanya boleh di uruskan masing2. tak payah nak bersuap makan, bagi mandi dan terjaga setiap 2 jam pada waktu malam. bila dah ada anak, mahu atau tidak, tetap kena sediakan segalanya dari celik mata sampai si kecil lena. over time bila anak terjaga waktu malam. bukan merungut tapi itulah realitinya. sanggup atau tak, kita dengan sendirinya akan terikut dengan rutin baru dan seterusnya menjadi satu kewajipan. bayangkan kalau selama dua bulan berpantang, dalam letih dan sakit kita tetap bangun untuk salin lampin dan menyusu. tiba2 ahli keluarga yang lain offer nak tolong jagakan si anak satu malam supaya mak nya boleh rehat puas2. percaya atau tak si emak akan tetap terjaga waktu malam tu sebab dah terbiasa. sebab dah jadi kewajipan. sebab ada rasa tanggung jawab... betul?

tapi kenapa ramai yang tak sanggup nak jaga kedua orang tuanya? kenapaaaaaaa?

berdasarkan pemerhatian saya yang tak luas mana ni, ada beberapa kemungkinan benda ni terjadi.. kalau ada yang tak setuju, maaf la. saya bukan nya bijak pandai sekadar meluah berdasarkan pengalaman

1. kerana salah seorang nya tak sihat. yang paling biasa berlaku, lumpuh dan nyanyuk.
bila lumpuh, seluruh pergerakan mereka bergantung kepada kudrat kita. nak bangun, nak makan, nak duduk pun belum tentu mampu kalau bukan kita yang angkat, suap dan pegang.
sebab tu ramai menjauh. susah katanya. berat.. tu belum kira bila buang air kecil dan besar. jangan kata anak, cucu pun pakat lari sambil jerit busuk dan geli

tapi masa kita kecik dulu bukan mak abah ke yang uruskan semuanya? bukan sekali dua kita melepas merata sebab leka bermain, mak lah yang termengah2 mop lantai. siang hari main tak ingat dunia, malam baru teringat cikgu pesan bawa kad manila untuk subjek seni pagi esok. kalau bukan abah yang keluar beli siapa lagi yang boleh kita harapkan?

memang la mak abah pernah merungut penat.. tapi ada diorang serah kita kat rumah anak yatim macam tu aje? ada dia tinggal kita ikut suka? dia tetap jaga

2. tak ada masa. hidup memang perlukan duit. nak dapatkan duit kita kena bekerja. tapi,selama mana duit tu boleh menyelesaikan segala masalah kita? satu hari nanti kita tetap kena patah balik kepada keluarga. sebab amal kita pada keluarga yang tentukan hala tuju kita selepas mati. ingat lagi pesan seseorang, sebaik mana pun kita menjaga hubungan dengan Allah tapi kalau kita tak jaga hubungan dengan kedua orang tua, kita masih belum lengkap

dah cuba sebaik mungkin adjust time table tapi tetap tak ada masa untuk uruskan mak atau abah. maka usahakan, kumpul duit dengan adik beradik yang lain dan upah seseorang yang sesuai. kalau dah kerja siang malam sampaikan setiap permintaan orang kita jawab dengan sori, tak ada masa la. takkan kita tak mampu nak gajikan orang untuk jaga darah daging kita sendiri?

3. masalah kewangan. kos sara hidup makin meningkat, anak ramai, blablabla. kalau hal ni memang kena libatkan kerjasama adik beradik yang lain. kalau anak tunggal, redha lah..
apa salahnya kalau si A volunteer nak jaga, si B dan C sediakan duit belanja, si D sediakan pengangkutan sekiranya mak abah perlu ke hospital atau kemana2.

secara tak langsung, tanggung jawab tu dipikul sama rata. tak ada la nanti bunyi2 belakang, aku sorang je yang jaga dah tu aku jugak keluar duit. aku pun ada tanggung jawab lain..

senang cerita, saya mengaku dan sedar memang berat tugas menjaga kedua orang tua ni terutamanya kalau diorang semakin uzur. kita mudah hilang sabar sebab penat dan sedih. sedih merasakan kita terbeban sorang2. sedangkan orang lain yakni adik beradik kita bersenang2.

kalau tak di kawal rasa marah dan kecewa tu memang akan ada risiko untuk kita menderhaka pulak kat orang tua kita. dah elok2 nak membalas jasa membesarkan kita, lain pulak jadinya. nauzubillah ..

ambil masa untuk bertenang dan ingat segala kebaikan kedua orang tua. sedikit sebanyak kita akan menitis air mata membayangkan kejamnya perlakuan kita terhadap diorang. penat dan tertekan akan hilang bila kita ikhlas dalam sesuatu perkara. dekatkan diri dengan Allah, dan minta pertolonganNya.




dugaan bila nak buat kebaikan memang sentiasa ada. itu tandanya Allah nak uji kekuatan kita. selain bisikan syaitan untuk melemahkan dan merosakkan niat baik manusia.

hargai kedua orang tua selagi mereka masih ada. rebut peluang untuk berbuat amal kepada mereka



saya mohon dipanjangkan umur dan diberi kesihatan serta kelapangan supaya dapat berbakti kepada mak dan abah suatu hari nanti.. insya Allah. saya ingin sekuat mak yang mampu menjaga maktok. saya mahu setabah abah yang redha mengizinkannya


mama sofia

Wednesday 21 November 2012

belajar memberi ...

assalamualaikum ..


lumrah manusia, bila bab menerima semua akan tersenyum dan berlapang dada untuk menerima. tapi bila di suruh memberi, tak semua rela.. hahahaha termasuk la hamba Allah yang sedang menaip ni hihiiiii

hari ni nak bercakap hal yang paling dekat dengan diri sendiri. hal yang melibatkan pasangan kita iaitu suami/isteri. sebab pasangan ialah manusia yang paling kerap kita berhubung setiap hari. kalau pasangan jarak jauh tu tak kira lah yea. banyak cara kita berhubung, teknologi makin canggih. sampaikan dah duduk serumah tapi nak ajak en suami keluar pun sanggup guna bbm sebab nak cover line dari mertua hahahahaha

okay, kembali ke tajuk asal.. lately selalu baca status fb, twitter dan cerita di blog yang berkisarkan (kisar sampai lumat..) luahan hubungan suami isteri. ramai nya isteri la yang rajin update. suami-suami tak minat sangat bab-bab macam ni kecuali yang melibatkan kesukaan dan kecintaan diorang seperti bola, memancing, gadget baru blablabla

bila di baca, macam-macam gaya persembahan ada. yang straight to the point dan ada yang berkias-kias. contoh? erm, tak payah la kot. kalau dah berkawan dengan orang yang berkahwin, tiap-tiap hari akan ada liputan percuma. pening nak cari menu la, kerja rumah bertimbun la.. ehh macam dah terbagi contoh la pulak! oppppsssss hihiiiiii

kalau tak selalu pun, tapi mesti pernah sesekali kita terasa macam pasangan kita tu tak memberi perhatian secukupnya. kan?

kita nak pasangan kita pujuk setiap kali kita tersinggung dengan soalan jujurnya 'ehh sejak bila sayang tukar size L?'
sedih bila dia cuma bagi ucapan happy birthday tanpa sejambak bunga dan kek choc indulgence (heh, betul ke ejaan tu?)
kecil hati sebab si dia tukar plan last minute sebab mertua ajak teman beli barang huhuhuhu

kita nak dihargai pasangan sepanjang masa, tapi kita sibuk mengadap fb bila suami penat balik kerja.

ringkasnya, kalau kita nak dilayan baik, kita sendiri yang kena layan baik pada orang. hah, nape rasa tunggang langgang ayat tu? kalau kita sedih, jangan anggap pasangan tahu tanpa perlu diberitahu. tak semua manusia ni ada kemampuan membaca fikiran orang. terutama sekali lelaki bergelar suami, mereka jarang2 alert dengan perubahan cuaca seorang wanita bergelar isteri

lepas ni kalau nak en suami buat kejutan birthday, apa kata kita mulakan dulu. buat kejutan tak semestinya kena bermewah, dapat buat kek coklat kukus dengan bantuan anak2 pun dah kira hebat walaupun deco caca merba sebab anak berebut nak tolong  

kalau kita sendiri sedar dengan perubahan saiz baju kita sendiri, tak payah la nak sentap2 bagai. badan kita, kita yang pulun makan tanpa had. nape nak mengamuk bila orang tegur? sebaliknya nak cover rasa sedih tu mungkin boleh bagi alasan saya bahagia sebab abang bagi cukup makan, dan jarang menolak bila saya pesan tolong tapaukan burger ayam malam2 hari hahahahahaha en suami pun akan yakin bahawa dia memberi yang terbaik buat isterinya dan akan berusaha menambahbaik setiap hari, insya Allah

secara tak langsung, pasangan kita akan ada rasa untuk lebih memberi kerana tahu kita menghargai. tak ke dah kira bonus tu

ingatan buat diri sendiri, kena tahu batas2 bila bersosial. jangan leka mengadap fb, twitter hatta update blog sekalipun. bagi keutamaan pada pasangan dan anak. bila dah selesai dan ada kelapangan, baru la tak rasa bersalah nak blogwalking berjam2. hehehehe

kena belajar menyayangi pasangan

belajar memberi perhatian kepada pasangan

belajar memberi maaf kepada pasangan

belajar memberi masa kepada pasangan

insya Allah sedikit sebanyak pasangan akan nampak usaha kita dan akan turut sama memberi semula



p/s : abang, i love u! :)


bee

Tuesday 20 November 2012

pembersih atau cerewet ..?

assalamualaikum,

dear diary,

what should i respond when, ..
situasi 1 : saluran air keluar bilik air dipenuhi rambut gugur.. tiba2 rasa nak jadi promoter syampu anti hair fall atau mungkin auto dustbin macam yg di promote di fb

situasi 2 : disposable diapers bersama bahan buangan ditinggalkan di dalam bilik air.. semerbak bau najis dalam bilik air, terutama jenis yang pintu bilik air sentiasa tutup bila tak digunakan. kadang2 kalau mood berubah diapers ditinggal di tepi pintu bilik air. maka wajib la semua orang menghidu bau tahi atau air kencing yang bergelen2 sebelum menunaikan hajat

situasi 3 : sisa makanan cth tulang ikan dibiar dalam sinki. ni kes kerja sekerat jalan, janji pinggan dibasuh, tak rasa bersalah sangat lepas makan ..

dan banyak lagi situasi lain


benda2 simple ni sebenarnya bukan isu rumit kalau masing2 tau nak jaga kebersihan .. dalam kata mudahnya, tanggungjawab sendiri. mustahil diri sendiri tak sedar rambut kita ni memang sedia gugur terutamanya lepas bersyampu. so, pandai2 la kutip dan buang rambut sendiri. dan benda ni kena amik berat lebih2 lagi kalau kita berkongsi bilik air atau bertandang ke rumah orang. silap2 hari bulan tuan rumah label kita ni pemalas huhuhuhu tak best la camtu kan? dan lebih penting untuk di ingat jangan ambil jalan mudah dengan buang rambut gugur yang banyak tu dalam sinki atau saluran air. buatnya tersumbat nanti, kes naya je

cuba pakat2 fikir balik, dalam keadaan rumah korang yang berbau 'harum' tu tiba2 ada tetamu datang. dan perkara pertama yang dia cakap ialah, 'nak tumpang bilik air boleh?'
hahahahaha kalau korang tak rasa apa2 masa tu, tahniah la! korang memang hebat :)

mak pernah cakap, kalau nak tau orang tu jenis pembersih atau tak, tengok la bilik airnya >_<


jadi, sila fikir apa respond terbaik seorang tuan rumah untuk berhadapan dengan cth situasi di atas .. because its happened to me .. bila kita tegur, dikatanya kita cerewet, bila di biar kita yang sakit hati


tapi end up, tetap kita jugak yang kutip dan kemas segala benda hasil tinggalan manusia yang sentiasa rasa tak bersalah ni.. redha je la huhuhu


mama sofia