Tuesday 29 October 2013

blog ni masih ada penulis hahahahaha

Assalamualaikum...


Nampaknya kisah 9bulan mama terhenti pada entry pertama. Huhuhu tak tau macam mana nak kongsikan kisah sedih kami disini.

Betul lah kata orang nak berkongsi hal gembira sekelip mata je dah berjela ceritanya. Nak mengarang yang satu ni asyik bertangguh bagai


Tapi kalau yang membaca nya bijak pandai, mesti dapat agak isi cerita awal2 lagi


Makanya, saya dan suami serta anakanda sofia akan terus berdoa agar ALLAH memudahkan urusan kami sehari2, memberi kekuatan dan ketabahan untuk kami berdepan dengan situasi ini.

Dah lebih 4 bulan saya habis berpantang setelah keguguran di minggu ke10 kehamilan. Saya dah ok, saya redha belum masanya saya mengandung lagi

Bahkan saya cuma menangis malam sebelum kami ke klinik dan hospital esoknya. Detik hati saya jodoh kami tak panjang. Menangis di sebelah suami sambil minta maaf pada dia kerana saya tau dia juga dapat rasa ada yang tak kena

Selesai scan di klinik, kami diberi surat untuk refer ke hospital. Saya mula menangis lagi bila dengar suara kaklong di telefon. Saya tak kuat nak bercakap dengan mak. Saya tak sanggup sedihkan hati mak.

Tengah hari Isnin, semua proses selesai. Pertama kali check in hospital Langkawi, alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Saya boleh bergerak seperti biasa petangnya. Langsung tak ada rasa pedih, sakit, ngilu dll.. Alhamdulillah

Selasa baru check out. Hihihi dah macam tido hotel pulak check in check out

Lama saya menangguh untuk berblog sebab asyik ternampak entry gembira sebelum2 ni. Dan rasanya sekarang dah kuat dan ada keperluan baru untuk kembali berblog. Insya Allah



Xoxo,


No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi ...