Wednesday 30 January 2013

persekitaran mempengaruhi siapa kita..

assalamualaikum..


dengan siapa kita berjumpa, macam mana kita respond pada orang dan apa tanggapan pertama kita pada setiap perjumpaan mempengaruhi keseluruhan pandangan tentang sesuatu atau seseorang..


biasa sangat kita dengar kepentingan untuk membawa diri sebaik mungkin bila berjumpa seseorang terutamanya buat pertama kali. contohnya temuduga kerja, berkenalan dengan keluarga bakal mertua dll. common sangat dah bab ni, jadi kali ni nak cakap kesan perkara ni pulak..


tergerak hati nak tulis hal ni sebab ada la cerita sikit petang tadi. alkisahnya hati tersentuh bila ada orang yang menghargai keikhlasan kita melayannya sebagai tetamu walaupun ni lah kali pertamanya kami berbual dan bertukar cerita. baru 2 kali berjumpa tapi  alhamdulillah keselesaan tu ada  ..
dia merupakan isteri kepada kawan baik encik suami. suaminya tu biasalah berjumpa tapi camtu2 aje lah. saya bukan jenis yang boleh bertepuk tampar dengan lelaki walaupun biasa bergurau dan ketawa. ehh ada kaitan dengan cerita ni ke? hahahahaha


pertama kali jumpa masa big day diorang disember lepas. dan berjumpa malam isnin kelmarin kami bersembang sakan. macam2 hal yang kitorang share, tips breastfeeding, krisis suami isteri orang lain dan sempat kutuk2 manje suami masing2 hahahaa


dan tadi, saya upload status fb ucap selamat jalan. terkilan xdapat nak hantar diorang ke airport sebab ada hal yang tak dapat nak dielakkan. makanya ber bye bye lah kami di whats app dan comment di fb. sempat berpesan untuk berjumpa lagi. sedih pun ada, maklumlah kat sini saya tak ada kawan. leganya dapat berborak macam2 hal yang tak berapa nak dapat sambutan kalau berborak dengan encik suami hehehehehe jangan marah yea abang :)

secara tak langsung saya tahu saya berubah jadi lebih peramah bila saya  bergaul dengan seseorang yang peramah. saya ni sifatnya susah sikit nak mula bercakap dan menegur. biasanya senyum dan angguk kepala je .. tu sebabnya ada sorang tu dia anggap saya sombong .. tapi bila dah mula bercakap dan ada connectivity ewahhhh macama wifi pulak, saya boleh bersembang macam2 hal.


dan rasa kasih sayang pada seorang kawan bertambah. sebelum ni cuma berhubung dengan kawan-kawan sekolah je di fb, perasaan tu biasa2 je. bila ada status menarik dan saling comment, dekat lah sekejap rasanya. lepas tu lupa balik hehehehehe


so kepada kawan baru saya si puan nadia cantik manis, thanks a lot. doa saya semoga kebahagiaan berpanjangan buat mereka berdua dan seterusnya ahli2 baru maruwan jr :p


p/s  : banyak impak positif bila hubungan silaturahim diperluaskan. tambah rangkaian bukan hanya rakan sekolah dan rakan sekerja tapi mungkin langkah pertama berkenal-kenalan dengan keluarga rakan suami dan parents kawan anak2 kita


mudah-mudahan contoh ringkas ni besar manfaatnya. saya cuma bagi satu dua contoh biasa tapi kalau yang membaca tu memahami maka banyak lah contoh positif yang dia nampak atau dapat.. insya Allah


ok, mau tido.. esok ada banyak benda nak kena setel. salah satunya basuh dan jemur toto huhuhuhu anak dara kami terrrrrrkencing sebab terkejut mimpi takuttttt katanya
hmmmmm sabar ajelah ..



xoxo

mama sofia

Tuesday 29 January 2013

jàngan ikut kata hati ..

assalamualaikum..


memang dari dulu kalau saya marahkan seseorang, saya takkan bercakap sepatah pun. selagi boleh saya elakkan.

walau pun kat situ cuma tinggal saya dan seseorang tu berdua, tapi saya tetap tahankan diri. kononnya protes lah tu. dengan harapan seseorang tu akan tertanya- tanya kenapa saya diam sepanjang masa dan akhirnya sedar kesalahan dia dengan sendirinya.. padahal seseorang atau dua orang tu boleh rileks je mendiamkan diri dan anggap tak ada apa yang  berlaku.


sudahnya saya memendam marah dan menambah dosa dalam diam. sebabnya bila sakit hati orang tak sedar kita merajuk, syaitan pun seronok simbah minyak tanah kat hati yang membara marah tu


sedar tak sedar sambil basuh pinggan otak melayàng jauh sambil fikir buruk tentang seseorang tu. laju je lipat kain sambil menuduh bukan-bukan. tau-tau je ehhh dah siap kerja.. apa benda la yang aku fikir tadi... punya la kusyuk melayan fikiran jahat sampaikan tak sedar dah berapa banyak la saya menambah dosa. Astaghfirullah.. moga Allah ampunkan saya..


p/s: teringat hal 2 3 hari lepas, sentap dengan encik suami yang buat endah tak endah bila saya mintak tolong. sebabnya masa tu tengah main game, jangan harap la nak pause. tunggu punya tunggu sampai ke sudah saya buat sendiri. punya la jahat hati ni, saya tak bercakap sepatah pun.. last2 tersedar, kalau la saya mati malam ni macam mana..?

pada satu pihak memang dua2 pun salah, tapi bila dah jadi pasangan saya rasa saya tak boleh mengharapkan dia sedar kesilapan dia sendiri.sebaliknya sebagai partner yang bagus, saya patut berkongsi segalanya. kalau ada yang buruk sepatutnya saling kita perbetulkan.


mana ada manusia yang mampu membaca fikiran manusia dengan tepat. kalau ada pun mungkin sebab dia meneka berdasarkan riak wajah kita. tapi kalau melibatkan lelaki, sila redha dan bertabahlah hahahahahahahaha orang lelaki mmemang malas nak layan bab-bab merajuk takmo bercakap ni. diorang tau paling lama pun esok pagi ok lah.. dah boleh sembang macam biasa. hahahahaha yang tu saya lah, mungkin ada orang yang boleh bertahan lebih lama. cuma pesan saya kalau sampai rekod terhebat paling lama tak bercakap tapi hadiahnya dosa buat apa?..



maka bersangka baiklah saya, mungkin kekusyukan en suami bermain game telah membuatkan dia 'terrrrrrrrlupa'.. memang dia mengangguk tapi perhatian dia lebih kepada bola di skrin.

abang, bee mintak maaf :)



ohhh saya brcerita di sini sebab nak mengingatkan diri sendiri supaya tak ulang kesilapan yang sama.. iaitu pemarah, berdendam dan bersangka buruk..

dan bukan bertujuan mengaibkan suami sendiri.. suami saya baik, alhamdulillah. cuma bila dia leka dengan sesuatu kecintaan dia contohnya memancing, movie dll maka kenalah sabar lebih sikit hihihihi sebab konsentrasi dah dimonopoli :)


semoga Allah ampunkan dosa saya dan encik suami, amin..dan seluruh manusia yang masih hidup dan yang telah mati di muka bumi Allah ini




xoxo,
bee

Monday 28 January 2013

dah terjebak sama..

assalamualaikum..


sekarang ni kalau ternampak hello kitty, saya pun belek sama.seronok bila jumpa macam-macam barang yang berlabel hello kitty si kucing putih berhair band comellllll tu


banyak jugak koleksi anak dara kesayangan saya.makin bertambah hasil shopping sendiri dan hadiah dari ahli keluarga dan kawan-kawan encik suami dan saya.

yang paling baru, mak nya pun dah terjebak sama iaitu sekotak masker hello kitty untuk manusia yea bukan untuk kucinggggg hehehehehe. tujuan asal ke guardian nak beli bb cream dan compact powder je, tapi terrrrbeli benda lain lah pulak :)


cubaan nak mengupload gambar tidak berjaya maka eñtry  malam ni sampai  disini saje huhuhuhuhu..


mood : bengang dengan kecanggihan teknologi hahahahaha





ok bai!






xoxo,

mama sofia




Sunday 27 January 2013

sensitif..

assalamualaikum...

bila kita terlalu mengharap, sedikit sebanyak emosi akan terganggu. sebab akan ada perasaan takut untuk kecewa.. kita takut kalau apa yang kita rancang tak menjadi. kita takut untuk terpaksa bermula sekali lagi


siapa lah kita untuk mentafsir perkara yang masih dalam percaturan. kita tak mungkin ada kuasa super power. kalau yang mengaku ada pun bukan datang dari dia sendiri


bila terlalu fikir kita berubah sensitif..

dan itulah yang saya rasa sekarang.. alhamdulillah masih ada perasaan

:)



xoxo,

mama sofia

Saturday 26 January 2013

kawan baru ..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hajat untuk terus berblog tercapai juga. Insya Allah besar harapan agar dapat la saya update setiap hari :) ..

Terima kasih  buat encik suami sebab hadiahkan tab untuk saya. Jasamu dikenang hihihi

Walaupun sebenarnya dah masuk 2 minggu berteman baru, tapi petang ni baru dapat post sebab tab sentiasa berpindah tangan. Bangun tidur Sofia dah sibuk mencari tab. Selesai main puzzle ABC 2 3 round sambung layan upin ipin, pastu baru ingat nak mandi huhuhuhu barang baru camtu la, orang panggil ciwi :p


Ni pun curi masa jap sementara si anak dara berendam dalam kolam, encik suami pulak gi memancing. Dapat post ringkas2 pun jadi lah kan dari terbiar bersawang



Ok, nak ke dapur pulak.. nak prepare makan malam, sebelum ada manusia letih main air mengadu lapar sampai tak sempat2 tunggu nasi siap masak hihihi


entry baru esok, insya allah..





mama sofia

xoxo