Tuesday 29 January 2013

jàngan ikut kata hati ..

assalamualaikum..


memang dari dulu kalau saya marahkan seseorang, saya takkan bercakap sepatah pun. selagi boleh saya elakkan.

walau pun kat situ cuma tinggal saya dan seseorang tu berdua, tapi saya tetap tahankan diri. kononnya protes lah tu. dengan harapan seseorang tu akan tertanya- tanya kenapa saya diam sepanjang masa dan akhirnya sedar kesalahan dia dengan sendirinya.. padahal seseorang atau dua orang tu boleh rileks je mendiamkan diri dan anggap tak ada apa yang  berlaku.


sudahnya saya memendam marah dan menambah dosa dalam diam. sebabnya bila sakit hati orang tak sedar kita merajuk, syaitan pun seronok simbah minyak tanah kat hati yang membara marah tu


sedar tak sedar sambil basuh pinggan otak melayàng jauh sambil fikir buruk tentang seseorang tu. laju je lipat kain sambil menuduh bukan-bukan. tau-tau je ehhh dah siap kerja.. apa benda la yang aku fikir tadi... punya la kusyuk melayan fikiran jahat sampaikan tak sedar dah berapa banyak la saya menambah dosa. Astaghfirullah.. moga Allah ampunkan saya..


p/s: teringat hal 2 3 hari lepas, sentap dengan encik suami yang buat endah tak endah bila saya mintak tolong. sebabnya masa tu tengah main game, jangan harap la nak pause. tunggu punya tunggu sampai ke sudah saya buat sendiri. punya la jahat hati ni, saya tak bercakap sepatah pun.. last2 tersedar, kalau la saya mati malam ni macam mana..?

pada satu pihak memang dua2 pun salah, tapi bila dah jadi pasangan saya rasa saya tak boleh mengharapkan dia sedar kesilapan dia sendiri.sebaliknya sebagai partner yang bagus, saya patut berkongsi segalanya. kalau ada yang buruk sepatutnya saling kita perbetulkan.


mana ada manusia yang mampu membaca fikiran manusia dengan tepat. kalau ada pun mungkin sebab dia meneka berdasarkan riak wajah kita. tapi kalau melibatkan lelaki, sila redha dan bertabahlah hahahahahahahaha orang lelaki mmemang malas nak layan bab-bab merajuk takmo bercakap ni. diorang tau paling lama pun esok pagi ok lah.. dah boleh sembang macam biasa. hahahahaha yang tu saya lah, mungkin ada orang yang boleh bertahan lebih lama. cuma pesan saya kalau sampai rekod terhebat paling lama tak bercakap tapi hadiahnya dosa buat apa?..



maka bersangka baiklah saya, mungkin kekusyukan en suami bermain game telah membuatkan dia 'terrrrrrrrlupa'.. memang dia mengangguk tapi perhatian dia lebih kepada bola di skrin.

abang, bee mintak maaf :)



ohhh saya brcerita di sini sebab nak mengingatkan diri sendiri supaya tak ulang kesilapan yang sama.. iaitu pemarah, berdendam dan bersangka buruk..

dan bukan bertujuan mengaibkan suami sendiri.. suami saya baik, alhamdulillah. cuma bila dia leka dengan sesuatu kecintaan dia contohnya memancing, movie dll maka kenalah sabar lebih sikit hihihihi sebab konsentrasi dah dimonopoli :)


semoga Allah ampunkan dosa saya dan encik suami, amin..dan seluruh manusia yang masih hidup dan yang telah mati di muka bumi Allah ini




xoxo,
bee

No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi ...