Wednesday 30 January 2013

persekitaran mempengaruhi siapa kita..

assalamualaikum..


dengan siapa kita berjumpa, macam mana kita respond pada orang dan apa tanggapan pertama kita pada setiap perjumpaan mempengaruhi keseluruhan pandangan tentang sesuatu atau seseorang..


biasa sangat kita dengar kepentingan untuk membawa diri sebaik mungkin bila berjumpa seseorang terutamanya buat pertama kali. contohnya temuduga kerja, berkenalan dengan keluarga bakal mertua dll. common sangat dah bab ni, jadi kali ni nak cakap kesan perkara ni pulak..


tergerak hati nak tulis hal ni sebab ada la cerita sikit petang tadi. alkisahnya hati tersentuh bila ada orang yang menghargai keikhlasan kita melayannya sebagai tetamu walaupun ni lah kali pertamanya kami berbual dan bertukar cerita. baru 2 kali berjumpa tapi  alhamdulillah keselesaan tu ada  ..
dia merupakan isteri kepada kawan baik encik suami. suaminya tu biasalah berjumpa tapi camtu2 aje lah. saya bukan jenis yang boleh bertepuk tampar dengan lelaki walaupun biasa bergurau dan ketawa. ehh ada kaitan dengan cerita ni ke? hahahahaha


pertama kali jumpa masa big day diorang disember lepas. dan berjumpa malam isnin kelmarin kami bersembang sakan. macam2 hal yang kitorang share, tips breastfeeding, krisis suami isteri orang lain dan sempat kutuk2 manje suami masing2 hahahaa


dan tadi, saya upload status fb ucap selamat jalan. terkilan xdapat nak hantar diorang ke airport sebab ada hal yang tak dapat nak dielakkan. makanya ber bye bye lah kami di whats app dan comment di fb. sempat berpesan untuk berjumpa lagi. sedih pun ada, maklumlah kat sini saya tak ada kawan. leganya dapat berborak macam2 hal yang tak berapa nak dapat sambutan kalau berborak dengan encik suami hehehehehe jangan marah yea abang :)

secara tak langsung saya tahu saya berubah jadi lebih peramah bila saya  bergaul dengan seseorang yang peramah. saya ni sifatnya susah sikit nak mula bercakap dan menegur. biasanya senyum dan angguk kepala je .. tu sebabnya ada sorang tu dia anggap saya sombong .. tapi bila dah mula bercakap dan ada connectivity ewahhhh macama wifi pulak, saya boleh bersembang macam2 hal.


dan rasa kasih sayang pada seorang kawan bertambah. sebelum ni cuma berhubung dengan kawan-kawan sekolah je di fb, perasaan tu biasa2 je. bila ada status menarik dan saling comment, dekat lah sekejap rasanya. lepas tu lupa balik hehehehehe


so kepada kawan baru saya si puan nadia cantik manis, thanks a lot. doa saya semoga kebahagiaan berpanjangan buat mereka berdua dan seterusnya ahli2 baru maruwan jr :p


p/s  : banyak impak positif bila hubungan silaturahim diperluaskan. tambah rangkaian bukan hanya rakan sekolah dan rakan sekerja tapi mungkin langkah pertama berkenal-kenalan dengan keluarga rakan suami dan parents kawan anak2 kita


mudah-mudahan contoh ringkas ni besar manfaatnya. saya cuma bagi satu dua contoh biasa tapi kalau yang membaca tu memahami maka banyak lah contoh positif yang dia nampak atau dapat.. insya Allah


ok, mau tido.. esok ada banyak benda nak kena setel. salah satunya basuh dan jemur toto huhuhuhu anak dara kami terrrrrrkencing sebab terkejut mimpi takuttttt katanya
hmmmmm sabar ajelah ..



xoxo

mama sofia

No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi ...