Wednesday 12 June 2013

kisah 9bulan mama #001

Assalamualaikum ..


Setiap pagi malas sungguh nak kemas rumah, makan pagi pun jarang sekali. Paling kesian kat sofia sebab dia selalu main sorang2 sambil maknya lena tak larat nak bangun ..

Biasa sangat dia gerak sambil tanya kenapa mama asyik tidur je? Aduhaii nak, kalau boleh dipilih mama pun tak nak jadi malas dan mengantuk sentiasa macam ni.



 Kain baju menimbun belum dilipat. Tengok kain je dah mula rasa lemah longlai. Dua hari sekali je jalan mesin, maka bertabah la nak menyidai dan melipat hahahaha  mujur pinggan mangkuk tak tunggu dua hari sekali, kalau tak .. maunya encik suami sound huhuhu



Kadang2 tu cuba jugak nak buat semua kerja setiap hari macam biasa. Tapi malasnya ya ampunnnnnn .. memang tak tau dah macam mana nak psiko diri sendiri. Maka demi nak menjaga emosi sendiri supaya tak emo hanya kerana kerja rumah, kita buat apa yang termampu.. mana yang boleh dan mampu, kita buat pelan2. Tak larat takpe esok insyaAllah masih ada ..


Masalah susah tidur malam pun satu hal jugak. Jenuh mengiring kiri kanan, mata dok terkelip2. Menelentang memang tak boleh lama, habis sangat pun 3minit. Huiiiiii dugaannya kali ni.. jauh beza masa mengandungkan kakak. Patut la orang kata biar la mengandung 10 kali sekalipun, takde yang sama prosesnya. Setiap satu berbeza pengalaman dan cara menanganinya..


Pagi2 nak makan apa pun serba tak kena. Tak lalu tu biasa la.. makan buah rasa nak muntah. Minum air masak pun tak sedap. Susu? Buat masa ni memang sebolehnya nak elakkan dulu sebab dah mula rasa mual bila tengok,.. belum minum lagi
Nasi tak sampai sesenduk. Tu pun selalu sangat tak habis. Nak nangis rasa sebab perut lapar tapi sendiri tak tau nak makan apa


Tapi, tetap bersyukur sebab keadaan yang saya rasa susah sangat sekarang ni sebenarnya masih normal ..ada mama2 kat luar tu lebih teruk situasi alahan nya.. makan apa saja muntah balik. Bau sikit dah pening2 muntah. Badan lemah sampai kena warded masuk air.. alhamdulillah, saya tak macam tu. Minta2 dijauhkan..


Ya Allah, tabahkanlah hati ibu2 mengandung agar redha dan bersyukur dengan setiap ujianMu. Mudah2an kami beroleh pahala yang besar dan diampunkan dosa






Xoxo,

Raihazi



No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi ...