Tuesday 28 May 2013

its official .. alhamdulillah

Assalamualaikum..


Alhamdulillah! Dengan rasminya sudah empat minggu. Seronok berbunga2 hati ni, terutamanya encik suami la .. senyum je dari keluar klinik tadi


Yang si sofia pulak asyik ulang tanya, bila baby mama nak keluar? Bila ayahnya bagitau tunggu lapan bulan lagi, terus dia kira jari. Baru kira sampai lima, dia jerit aaaaaa lamanya.. lambat lagi la kalau macam ni? .. yea nak, sila sabar yea hihihi


Bila fikir2 balik baru saya perasan, kalau ada rezeki kami sampai selamat menerima ahli baru, sofia dah lima tahun masa tu! jauhnya jarak mereka huhuhu patut la saya teringin sangat nak mengandung lagi. Lama sangat rupanya menanti


Harap2 ada la rezeki kami suami isteri untuk menimang cahaya mata kali ni. Dan semoga semuanya dipermudahkan dan selamat sampai akhirnya.



Sebenarnya takut juga bila saya terlalu berharap pada kandungan ni padahal semuanya masih terlalu awal.. takut kalau ada apa2 yang berlaku nanti kecewanya tak terjangka. Tapi saya yakinkan hati, tujuan saya ialah untuk beringat dan berjaga2. Sekurang2nya bila selalu mengingatkan diri yang saya kini mengandung, maka saya akan menjaga pemakanan dan aktiviti seharian.

Paling penting, nak elakkan insiden lalu berulang. Masa mengandungkan sofia, saya pernah keluar darah. Malam tu bila ke klinik, doktor scan dan katanya uri bawah. Siap dia keluarkan surat untuk di refer ke hospital malam tu jugak. Bila doktor hospital pulak check, katanya uri ok je kat atas. Baby pun ok. Tapi untuk langkah berjaga2, kena bermalam di hospital.. nak gi kencing pun fobia sebab darah keluar menitik2 bila mencangkung. Darah fresh pulak tu. Esok siangnya dah ok tapi still kena tahan lagi sebab doktor nak cucuk ubat untuk kuatkan paru2 baby incase baby lahir awal.. sakittttt ok! sengal punggung tempat cucuk sepanjang hari.. dua kali pulak tu kena cucuk hahahahaha



Maka kali ni, haruslah berjaga2 demi mengelakkan hal yang sama berulang, insya Allah :)




Sekian dulu, nak makan malam round two hahahaha




Xoxo,

Raihazi

No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi ...