Thursday 22 November 2012

Tanggung jawab seorang anak ..

assalamualaikum ..

lately hati sebak bila fikir bab tanggungjawab anak kepada kedua orang tuanya. sebak sebab sedar banyak kekurangan dan sikap ambil mudah

semua orang setuju kalau kita kata seorang mak boleh jaga berbelas orang anak tapi seorang anak belum mampu jaga mak dan ayahnya

masa 'muda2' dulu selalu fikir ala, apa yang susah sangat pun. sediakan makan dan tempat tinggal, selesai la masalah. uhhhh ego sungguh masa tu.hati rasa marah sangat bila baca berita anak2 yang buang mak bapak, tinggal tepi jalan, hantar hospital pastu tak jenguk2 dah. sebab dalam pemikiran masa tu, rasa benda tu tak patut terjadi dan banyak cara lain boleh di ambil

segala pandangan mula berubah bila semakin dewasa, .. bila dah ada keluarga, ada tanggung jawab wajib baru terbuka luas mata ni.. oooo patut la ramai yang tak mampu @ tak sanggup, beratnya tanggung jawab tu

hadirnya anak menandakan ujian penting bermula.. yea la kalau hanya berdua dengan suami, mungkin kita masih sambil lewa. segalanya boleh di uruskan masing2. tak payah nak bersuap makan, bagi mandi dan terjaga setiap 2 jam pada waktu malam. bila dah ada anak, mahu atau tidak, tetap kena sediakan segalanya dari celik mata sampai si kecil lena. over time bila anak terjaga waktu malam. bukan merungut tapi itulah realitinya. sanggup atau tak, kita dengan sendirinya akan terikut dengan rutin baru dan seterusnya menjadi satu kewajipan. bayangkan kalau selama dua bulan berpantang, dalam letih dan sakit kita tetap bangun untuk salin lampin dan menyusu. tiba2 ahli keluarga yang lain offer nak tolong jagakan si anak satu malam supaya mak nya boleh rehat puas2. percaya atau tak si emak akan tetap terjaga waktu malam tu sebab dah terbiasa. sebab dah jadi kewajipan. sebab ada rasa tanggung jawab... betul?

tapi kenapa ramai yang tak sanggup nak jaga kedua orang tuanya? kenapaaaaaaa?

berdasarkan pemerhatian saya yang tak luas mana ni, ada beberapa kemungkinan benda ni terjadi.. kalau ada yang tak setuju, maaf la. saya bukan nya bijak pandai sekadar meluah berdasarkan pengalaman

1. kerana salah seorang nya tak sihat. yang paling biasa berlaku, lumpuh dan nyanyuk.
bila lumpuh, seluruh pergerakan mereka bergantung kepada kudrat kita. nak bangun, nak makan, nak duduk pun belum tentu mampu kalau bukan kita yang angkat, suap dan pegang.
sebab tu ramai menjauh. susah katanya. berat.. tu belum kira bila buang air kecil dan besar. jangan kata anak, cucu pun pakat lari sambil jerit busuk dan geli

tapi masa kita kecik dulu bukan mak abah ke yang uruskan semuanya? bukan sekali dua kita melepas merata sebab leka bermain, mak lah yang termengah2 mop lantai. siang hari main tak ingat dunia, malam baru teringat cikgu pesan bawa kad manila untuk subjek seni pagi esok. kalau bukan abah yang keluar beli siapa lagi yang boleh kita harapkan?

memang la mak abah pernah merungut penat.. tapi ada diorang serah kita kat rumah anak yatim macam tu aje? ada dia tinggal kita ikut suka? dia tetap jaga

2. tak ada masa. hidup memang perlukan duit. nak dapatkan duit kita kena bekerja. tapi,selama mana duit tu boleh menyelesaikan segala masalah kita? satu hari nanti kita tetap kena patah balik kepada keluarga. sebab amal kita pada keluarga yang tentukan hala tuju kita selepas mati. ingat lagi pesan seseorang, sebaik mana pun kita menjaga hubungan dengan Allah tapi kalau kita tak jaga hubungan dengan kedua orang tua, kita masih belum lengkap

dah cuba sebaik mungkin adjust time table tapi tetap tak ada masa untuk uruskan mak atau abah. maka usahakan, kumpul duit dengan adik beradik yang lain dan upah seseorang yang sesuai. kalau dah kerja siang malam sampaikan setiap permintaan orang kita jawab dengan sori, tak ada masa la. takkan kita tak mampu nak gajikan orang untuk jaga darah daging kita sendiri?

3. masalah kewangan. kos sara hidup makin meningkat, anak ramai, blablabla. kalau hal ni memang kena libatkan kerjasama adik beradik yang lain. kalau anak tunggal, redha lah..
apa salahnya kalau si A volunteer nak jaga, si B dan C sediakan duit belanja, si D sediakan pengangkutan sekiranya mak abah perlu ke hospital atau kemana2.

secara tak langsung, tanggung jawab tu dipikul sama rata. tak ada la nanti bunyi2 belakang, aku sorang je yang jaga dah tu aku jugak keluar duit. aku pun ada tanggung jawab lain..

senang cerita, saya mengaku dan sedar memang berat tugas menjaga kedua orang tua ni terutamanya kalau diorang semakin uzur. kita mudah hilang sabar sebab penat dan sedih. sedih merasakan kita terbeban sorang2. sedangkan orang lain yakni adik beradik kita bersenang2.

kalau tak di kawal rasa marah dan kecewa tu memang akan ada risiko untuk kita menderhaka pulak kat orang tua kita. dah elok2 nak membalas jasa membesarkan kita, lain pulak jadinya. nauzubillah ..

ambil masa untuk bertenang dan ingat segala kebaikan kedua orang tua. sedikit sebanyak kita akan menitis air mata membayangkan kejamnya perlakuan kita terhadap diorang. penat dan tertekan akan hilang bila kita ikhlas dalam sesuatu perkara. dekatkan diri dengan Allah, dan minta pertolonganNya.




dugaan bila nak buat kebaikan memang sentiasa ada. itu tandanya Allah nak uji kekuatan kita. selain bisikan syaitan untuk melemahkan dan merosakkan niat baik manusia.

hargai kedua orang tua selagi mereka masih ada. rebut peluang untuk berbuat amal kepada mereka



saya mohon dipanjangkan umur dan diberi kesihatan serta kelapangan supaya dapat berbakti kepada mak dan abah suatu hari nanti.. insya Allah. saya ingin sekuat mak yang mampu menjaga maktok. saya mahu setabah abah yang redha mengizinkannya


mama sofia

No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi ...