Thursday 5 December 2013

banjir di pantai timur

assalamualaikum,


 sejak semalam berita  di tv, feed di fb dan mesej di what's app berkisar cerita banjir je. gambar2 banjir sekitar kemaman, dan kuantan di kongsi dan dihantar dari seorang ke seorang. tujuannya satu, agar sama2 merasai dan memahami dugaan yg sedang ditanggung warga pantai timur.


gambar dari whats app kaklong.. sekitar kemaman kalau tak silap


biasa di mulut kita memang cepat meluah 'kesiannya..sabarlah.. redhalah..' tak salah untuk kita saling mengingatkan. bahkan besar pahalanya kalau kita dapat meringankan kegusaran hati orang lain. tapi bukan ke kalau rasa simpati tu kita sekalikan dengan doa lebih baik buat semua. kadang2 kita mudah menunjukkan simpati dengan komen dan share status isu macam ni tapi lepas tu kita lupa nak tadah tangan aminkan doa kepadaNya

dugaan banjir di kuantan..



 dan terbaru ada sekumpulan manusia yang berhati baik mengumpul derma dan bantuan asas seperti pakaian dan makanan. jauh atau dekat, kita buat ikut kemampuan. kalau mampu sumbangkan wang ringgit, cari saluran yg betul dan lakukan tanpa ragu2. kalau ada pakaian atau selimut yang masih elok dan hendak didermakan, rajin2kan google cari badan2 kebajikan yg terdekat.
chukai, awalnya masih boleh lalu refer gambar dibawah, lepas tu pecah teruk dan jalan ditutup terus

chukai

jambatan kuala berang

seberang tayor, kemaman.. tak sempat nak selamat apa2 dah

kemaman



ok, jom kita usahakan untuk membantu semampu yg mungkin. tak mampu dengan wang ringgit dan harta benda, kita pakat2 doa semoga apa yg menimpa mereka cepat2 beransur pulih. kalau tengah on9 dan ternampak status berkenaan usaha kebajikan, rajin2kan tangan untuk like dan share. usaha yang kecil tapi jika dipanjangkan maka besarlah impaknya..


offer harga istimewa sepanjang disember masih berjalan seperti biasa walaupun sistem pengeposan di sesetengah tempat terjejas seketika. insya Allah kita doakan semuanya kembali seperti sediakala secepat mungkin.


 untuk mendapatkan produk shaklee dengan harga istimewa beserta konsultansi percuma, boleh tinggalkan komen di bawah berserta email, atau whats app 0192366362 bbm 27001AF7. 


 hihihi sambil2 berkongsi cerita isu semasa, kita promote apa yg perlu.. jangan marah hihihi jaga diri anda sekeluarga, elakkan terdedah kepada kawasan banjir  untuk tempoh yg panjang. kalau perlu berpindah ke pusat penempatan banjir, ikutkan aje. nyawa lebih penting berbanding harta benda yg kita dah sedia maklum tak mampu untuk kita ubah ke mana2 lg. jangan lupa juga untuk letakkan dokumen penting di satu tempat selamat yg mudah utk dicapai sekiranya berlaku sebarang kemungkinan




xoxo




No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi ...