Sunday 22 December 2013

hari pertama minggu orientasi sofia

assalamualaikum..

 
alhamdulillah, hari pertama sofia ke tadika untuk minggu orientasi dengan pelbagai kisah. permulaan hari, mama pesan macam2. sampai si anak kata 'ok, mama.. kakak ingat cakap mama' hihihi macam dah boring sangat dia terpaksa dengar mama bercakap macam2 hal. baiklah nak, mama yang terlebih excited rupanya


 bangun pagi takde masalah langsung untuk hari pertama, mungkin sebab masing2 seronok dan cuba membayangkan suasana di tadika. punya lah nak pastikan si anak bangun dengan ceria dan gembira, maka si emak ni gigih cari app menarik. akhirnya terjumpa satu app disney. tak pasti nama app tu, dah lupa.. padahal baru kelmarin download. hahahahaha dah tua camni la..

yang menariknya, dalam app disney ni ada alarm setting yg blh dipilih suara minnie mouse, mickey, donald dll. pilihan di hati dah tentu2 la minnie mouse, baru la gegirl kan? hihihi sebab dah memang berkenan dan pilihan sendiri, senang sungguh bangun tidur pagi ni, alhamdulillah. baru 2 kali minnie mouse bersuara, sofia dah bingkas bangun.


 untung sangat la budak2 sekarang, celik mata dah ada water heater bagai. mandi pagi takde nak merungut sejuk2. ayah ambil alih part gosok gigi bersama2 sofia. ohh yea anak dara sorang ni kena berteman sambil gosok gigi, kalau tak memang ala kadar je la dia berus gigi tu.

bersungguh tau maknya goreng nasi awal pagi, siap ada nugget dan air milo. kalau anak belum sekolah memang tak la nak ada breakfast pagi2 camni ;p siap ada bekal untuk sofia makan waktu rehat nanti .. yea mama memang excited bab ni, dah plan menu since 2 minggu lepas hahaha

menunggu lama depan sekolah. ehhh sekolah tu sama istilah dengan tadika kan? cikgu2 sorang belum sampai. rupa2nya kelas bermula 8.45am. kami dah terpacak di situ since 7.52am. sabo je la.. mesej tak dihantar kepada semua parents, miscommunication agaknya. takpe lah, bagus jugak sampai awal. sofia dan jacob sempat explore kawasan. sambil main kejar2 dan kira kawan2 yang makin ramai.


ni bukan pose original tapi candid diorang tengah lurut daun pokok tu.. kalau makin kurang daun kat pokok tu sila cari budak duaorang ni hihihi





cuma yg tak bestnya bila sofia terjatuh atas jalan tar huhuhu dia punya siren memang high level. jenuh pujuk tak berkesan, dok nangis menjerit2 sampai mendayu2. bila celia offer untuk letak plaster baru la dia reda dan tunjuk tapak tangan dan lutut dia. berdarah, patut la sakan sangat. lepas tu, memang susah nak dapatkan balik mood happy dia. cikgu ajak masuk kelas pun sofia masih menangis. lepas peluk2 dan bisik mama sayang kakak dan janji 3 4 kali nanti pukul 11 mama datang ambil kakak, baru la dia ikut cikgu masuk ke dalam.


time ni memang senyum lebar, awal tadi nak ambil gambr pun tak sanggup ;)




anak ooo anak, baru nak pi tadika macam2 cerita hihihi kalau masuk asrama lagi panjang entry mama hahaha.


ok.. nak pi buat cornflake madu. permintaan khas anak dara tersayang. dia request masa nak tinggalkan dia di sekolah tadi. maka, moh le ke dapo.. tak buat nanti, merajuk tak nak pi sekolah esok haruuu!

 insya Allah akan update malam nanti..


xoxo





No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi ...