Tuesday 12 March 2013

11 tahun yang lalu ..

assalamualaikum ..


semalam dapat mesej kat whats app dari pakcik di senawang. dia attached kan gambar seseorang yang dah lama saya rindu kerana sifat baik dan penyayangnya..


datuk sebelah mak, saya panggil dia wan. meninggal pada tarikh ni sebelas tahun lepas. saya tak berpeluang jumpa wan semasa dia sakit. masa tu tengah belajar lagi kat jb. dapat call pun dah lewat malam, jauh pulak..


sedih sangat sebab tak berpeluang jumpa. tapi saya redha dan puas hati sebab selama saya membesar saya seronok dengan wan. bila balik kampung ada saja benda baru yang saya belajar.


wan suka buat sendiri semua benda. nak minum, dia bangun dan bancuh sendiri. cukup masa, dia gunting rambut sendiri. masa terluang dia akan bersihkan laman, betulkan pintu atau apa saja. sikap ringan tulang dan suka buat sendiri menyenangkan semua orang. suara nya lembut dan jarang sekali marah cucu2 yang lari keliling rumah berdentum2. dah la rumah kayu, luas pulak tu.. siap boleh kejar anak kucing beramai-ramai dari ruang tamu depan panjat tangga ke ruang tengah turun balik ke ruang dapur. kalau dengan maktok memang dah lama kena hahahahaha



tiba2 hari ni sayu sikit rasanya. terkenang2 zaman budak2 dulu .. bila cuti sekolah je semua berkumpul kat kampung. sekarang ni nak balik pun takut sebab rumah dah lama tinggal. dah banyak kali pencuri masuk. katil besi yang berat gila tu pun diorang angkut. periuk belanga, mesin kelapa pun dah tak ada.

lantai pun dah reput, di makan anai-anai. nak berjalan kena pandai letak langkah kalau tak naya je. siling pun ada yang dah berlubang. faktor angin kuat, reput dan di pecah dek pencuri huhuhu

nak buat macam mana, adik beradik mak semuanya ada tanggung jawab masing2. jauh2 pulak tu. sesekali je boleh balik jenguk kampung. bila dah terbiar lama, camtu la jadinya.


harap2 nanti ada la sesiapa yang baik hati nak pulihbalik keadaan rumah tu. rumah tu memang cantik dan ramai orang kenal sebab warna nya kuning berjalur putih. haa special tau.. wan dan maktok memang suka kuning. atau sebenarnya lebih kepada maktok yang suka kuning hehehehe segala langsir dan kusyen pun kuning.






p/s : insya Allah kalau ada rezeki balik kampung nanti akan saya letak gambar nya di sini. buat kenangan saya sekeluarga..





xoxo, raihazi




No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi ...