Sunday 3 March 2013

saya seadanya..

assalamualaikum..


teringat dulu, saya pernah di tanya kenapa tak kerja?.. waktu tu saya baru je berhenti kerja di kl sebab bakal suami ketika tu ditukarkan ke ipoh. dalam masa yang sama kami akan bernikah lebih kurang dua bulan lagi


maka saya ambil keputusan untuk berhenti lebih awal supaya dapat menguruskan persiapan perkahwinan. masa tu kain nak dibuat baju pun belum beli. apatah lagi katil almari serta langsir. bunga telur lagi ke lauttt


masa kerja di kl saya berulang alik menumpang kereta encik suami yang kita tu encik tunang :) jadi bila dia transfer tempat kerja, kami berbincang dan bersetuju saya boleh bekerja semula sebaik selesai majlis nanti


saya uruskan persiapan kahwin dibantu emak dan abah. kaklong paling banyak membantu dari sudut kewangan dan selaku reminder bila dia akan tanya apa yang ada dan apa yang perlu. adik beradik saya jauh masa tu. kaklong di terengganu, abang di sg buloh, adik2 pulak masih belajar merata2. hah merata2 katanya, sebenarnya nak bagitau yang kaklangnya pun dah lupa masa tu fahmi dah grad ke or still di mmu. faezzah di terengganu, sekolah asrama. atikah je kat kulim


nak buat persiapan awal pun saya bukannya kerap balik masa bekerja dulu. gaji xbanyak pun, selebihnya saya simpan sikit2. kalau nak beli awal2 jenuh jugak nak mengangkut semuanya. takkan nak susahkan encik tunang ketika tu, dah la tumpang kereta free setiap hari hahahahahahaha



berbalik kepada cerita pakcik tu, dia terus membebel tentang kepentingan seorang wanita untuk bekerjaya. senang cerita dia nak suruh saya bersiap sedia sekiranya terjadi apa2 pada suami nanti. yea, saya faham niat murni pakcik tu.. sangat2 faham dan berterima kasih sebab prihatin tapi ......


tapi yang sentapnya cara dia menyampaikan .. siap dia tanya pada anaknya kalau2 ada kerja kosong di syarikat milik anaknya. amboiiii tak beragak tau pakcik ni. macam la saya merayu minta carikan kerja.


saya diam je masa tu sebab takda sape nak tolong ubah topik perbincangan hangat tu hahahaha masa tu fikiran betul2 kosong, saya redha. pada saya kalau ada rezeki, insya Allah ada. cuma mungkin caranya berbeza

bukan la maksud saya kalau tak nak bekerja, boleh duduk goyang kaki sebab yakin rezeki tetap ada. no no no, bukan macam tu. siapa pun kita, usaha tetap perlu.



dan kini, setelah bertahun2 berlalu.. saya menilai semula situasi semasa pakcik dan anak2 nya. saya akui mereka semua bekerjaya dan insya Allah berjaya semuanya. setinggi mana bezanya mereka dan saya tinggi itulah juga bezanya saya tak menyusahkan mereka



sebaliknya mereka pula yang mengharapkan pertolongan kecil saya. Alhamdulillah, Allah buka mata saya bahawa berlapang dada itu banyak hikmahnya


saya berusaha sebaik mungkin mengikhlaskan diri memaafkan kata2 pakcik tu dulu. dan tujuan saya berkongsi disini hanya untuk berkongsi rasa iaitu jangan biar kata2 orang luar mengusutkan kita.


p/s : sudahnya sampai sekarang saya unemployed :) encik suami tak bagi kerja sebaik tahu saya bunting pelamin, alhamdulillah


minta maaf kalau menyinggung sesiapa ..






xoxo, raihazi


No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi ...