Friday 15 March 2013

berkolestrol tinggi? ....


semalam pegi buat terapi ion elektrik kat ulu melaka. gigih makan nasi goreng habis sepinggan kecik sebab takut lambat sampai. keluar rumah pun dah 8 lebih, dengan harapan sempat buat dan tak ramai orang


sebelum ni encik suami dah buat sekali, dan kesannya keesokan pagi dia rasa kaki berat sangat. maka tak bekerja lah dia sehari. mujur la majikan baikkkk hati hahahaha saya rasa encik suami letih macam tu mungkin sebab hasil dua rawatan yang dia buat dalam satu masa


yea la hari ahad tu baru je lepas buat bekam kat badan, makan ubat dan buat akupuntur. tau2 je selasa malam dah gi buat terapi ion elektrik pulak. mungkin sistem dalam badan terkejut agaknya hahahaha


maka atas pelawaan encik suami, saya join buat terapi ion elektrik ni untuk 30 minit. warna air selepas selesai dah macam keladak air dalam tong,.. keladak warna coklat keruh sungguh2, agaknya apa la yang ada dalam badan sampai camtu hasilnya yea? kata cik tuan punya kedai, itu tanda kolestrol dalam badan yang agak tinggi. wahh, kurus camni kolestrol tinggi bagai nak rak? hadoiiiii susah hati mama sekejap


bila dah diangkat alat terapi tu kelihatan la seperti buih2 putih dan katanya itu tanda badan sakit urat.. hmm mungkin jugak sebab lately badan rasa letih lesu. kadang2 sambil layan sofia main, sengaja suruh dia pijak2 kat kaki. lega nya rasa hilang lenguh2 hihihihi


'air ni warna hijau sebab dia cuci buah pinggang sekali kak..' ehh teruk benar badan saya ni? gerun tengok warna air. jeling bekas rendaman kaki encik suami kat sebelah, cuma ada warna agak coklat sikit je.. keseluruhan boleh nampak lagi warna air yang asal walau tak jernih mana. encik suami ada masalah paru2. hah yang tu mungkin ada benarnya sebab encik suami hisap rokok.



maka demi nak menyedapkan hati, saya bertekad nak ajak encik suami kesana selang 2 3 hari nanti. nak tengok ada perubahan ke tak. sejujurnya saya sedikit kecewa dengan diri sendiri bila terlalu yakin yang badan saya sihat sepenuhnya. pada pandangan luar tak ada apa yang teruk berlaku jadi kita rasa kita cukup sihat dan selamat. bila dah jadi macam ni sedikit sebanyak menyedarkan saya untuk berjaga2


alhamdulillah, saya ok je pagi ni. tak ada rasa letih melampau. cuma pembuangan lawas dari biasa :p


p/s : marilah amalkan pemakanan yang sihat demi nak menurunkan paras kolestrol ke tahap selamat hahahahaha tetiba ..






xoxo, raihazi


1 comment:

  1. hai dear, belum pernah wat treatment ni lagi, yelah mmg kene jaga makan kan, akak pun duk nak jaga badan tp makan bukan main selera huhuhu

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi ...