Sunday 17 March 2013

belajar menerima ..

assalamualaikum ,...


kata orang jangan mengalah walaupun banyak halangan dalam usaha kita mencapai sesuatu. dengarnya mudah.. nak bagi nasihat kat orang pun mudah

tapi bila jadi kat diri sendiri kita akan terlupa ayat mudah ni. kita bengang marah dan kecewa bagai nak rak. baru sekali langkah tak menjadi kita ambil keputusan untuk lupakan impian asal.


waktu tu kita rasa itu satu petanda bahawa kita takda rezeki, tak layak atau sebagainya.


padahal kalau difikirkan dari sudut positif, kita patut sedar yang itu salah satu ujian dariNya.


kita nak mintak cuti dari boss pun ada prosedurnya..   dah isi borang bagi senarai alasan tapi belum tentu approve. nak mintak naik gaji lagi la banyak karenahnya


jadi janganlah cepat putus asa bila plan pertama tak menjadi seperti yang dirancang. cuba2 fikirkan plan kedua dan ketiga. kena ingat sesuatu benda yang susah sangat nak dapat akan lebih bermakna bila berhasil. kita sendiri akan lebih menghargai benda yang susah dijumpai, betul tak?



p/s : plan nak buat bisnes asyik tertunda sebab supplier adaaaaaaa saja masalahnya .. dugaaaannnn!



xoxo, raihazi


No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi ...