Saturday 2 March 2013

permulaan mac ..

assalamualaikum..



muka letih.. penat main dapat ais krim mmg terbaik la


hasil belian semalam.. dapat 2 pasang si kucing comellllllllll..

awal2 pagi dah bukak facebook demi nak mengelakkan mata dari terus sambung tido. hebat! misi untuk tidak tido akhirnya berjaya untuk hari ni tapi yang tak berapa nak positifnya bila dok berlengkar atas katil.


lenguh berbaring bawak ke mengiring, lepas tu baru teringat nak basuh kain. gigih kutip apa yang patut dan biarkan mesin itu bekerja hehehehe


tok saudara masuk icu seawal 6 pagi. dapat tau dari pak sedara yang rajin update berita saudara mara di fb. bagusnya ada fb cuma bila nak update apa2 di status masing2 kena fikir baik2. takut nanti buat luahan perasaan ada pulak yang terasa sampai masam muka nanti


biasa la benda apa pun ada baik dan buruknya terpulang pada kita yang mengendalikan.. ada betul?


alkisahnya tok sedara kena serangan jantung dan terus dihantar ke hosp parit buntar. keadaannya dikhabarkan agak teruk, tapi tak berapa sure la sebab bukan kita yang tengok sendiri. kadang2 orang kata tenat tapi bagi kita biasa je


selepas berbincang antara doktor dan anak2, toktam zaki transfer ke kpj perda. dan khabarnya terus buat pembedahan. maka sekarang ni hanya doa yang mampu disampaikan dengan harapan semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan, insya Allah


semalam pulak kecoh berita di fb pasal perkembangan keadaan di lahad datu. dah macam2 versi cerita kita baca. takziah pada ahli keluarga mangsa dan semoga semuanya beransur baik.

melalui fb jugak baru tau sepupu lelaki sebelah mak pun ada di sana. dia askar dan baru2 ni dikurniakan seorang baby boy. kalau tak silap wife nya baru je habis pantang. harap2 tak ada perkara buruk yang berlaku di lahad datu lepas ni. dan semua orang boleh teruskan hidup seperti biasa, insya Allah


permulaan mac ni tak berapa nak best rasanya. mintak2 esok lebih baik dari hari ni.


kalau ada yang sakit kita mohon disembuhkan segera dan kalau ada yang bersedih mudah2an akan ada berita gembira nanti



p/s : take care everybody





xoxo, raihazi


No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi ...