Wednesday 15 May 2013

pencapaian hebat anak mama

Assalamualaikum,



Alhamdulillah, hadiah hari ibu tahun ni cukup unik untuk mama.. walaupun tak dapat sebarang hadiah berbentuk kebendaan tapi kejutan dari anakanda sangat membahagiakan




Kakak dah mula belajar makan sayur iaitu carrot ..yeay!



Selama ni kakak cuma makan ubi kentang je. Letaklah apa sahaja sayur dalam sup, bila time makan elok je dia pilih dan buang segala sayur tu huhuhu
Guna la apa saja taktik, kakak mesti tau


Pernah je potong comel2 buat bentuk rainbow, star dll tapi hanya menarik untuk dipandang je. Lepas tu dia akan kutip dan pindah ke pinggan lain.


Blend pun dah cuba .. curi2suap selit2 celah nasik pun dia sanggup luah balik
Maka selepas usaha yang tak berjaya, mama redha je sambil doa satu hari nanti dia akan sedar kepentingan sayur dan buah bila dah masuk sekolah.





Hahaha bukan lepas tangan tapi berdasarkan pengalaman anak murid ni percaya seratus peratus cakap cikgunya. Sebab tu la pernah terjadi si anak tetap dengan satu hal tu sebab itu yang cikgunya kata, mak ayah cakap tak betul bagi dia hahaha nasib la ..




 Alhamdulillah berkat pujukan setiap hari dan bantuan dari cik misi di klinik ibu anak isnin lepas, akhirnya kakak mintak nak makan carrot. Anw thank you cik misi sebab nasihat anda utk suruh dia makan sayur dan buah akhirnya membuahkan hasil ..










P/s : next mission nak pastikan kakak minum air buah lebih kerap, insya Allah ..






Xoxo,
Raihazi

No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi ...