Sunday 12 May 2013

sila tunggu sebulan lagi

assalamualaikum..


bersemangat kami 3 beranak bersiap keluar malam semalam. semuanya demi nak memenuhi impian encik suami untuk memiliki s4

sedihnya dengan tenang si penjual di kedai pertama berkata s4 cuma akan sampai atau masuk stok sebulan akan datang ..



apakah? .. saya dan encik suami serba salah antara nak sentap atau ketawa sekuat hati

masuk dalam kereta kami ulang2 ayat penyata penjual tu sambil gelak2 perli hahaha teruk sangat ke duduk di langkawi ni? hadoii tolong la


kitorang tak putus asa, kedai kedua kita tuju. harganya pulak melambung tinggi beza

kedai ketiga, si penjual sendiri blur dengan spec barang yang nak di jual. sudahnya kita test sendiri berdasarkan apa yang dibaca kat blog blogger yang berkongsi review s4

dia pun baru tau pasal s4 boleh ada gambar si pengambil gambar. complicated nya ayat.. hahaha


keputusannya sila tunggu masa yang lebih sesuai untuk keluar sekali lagi dan membuat belian huhuhu


tak best rasanya nak membeli bila kita sendiri tak betul2 puas hati atau faham dengan benda yang nak di beli .. kan?


kepada encik suami  sila share hp dengan sofia buat masa ni. kesian saya, dah kurang sorang contact bbm. hahahaha




xoxo,

raihazi


No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi ...