Tuesday 14 May 2013

bermula dengan diri sendiri ...

assalamualaikum..

pagi ni berkesempatan untuk bangun lebih awal, alhamdulillah. sambil melayan mata tahan mengantuk, sempat jugak tengok satu movie pasal penulis novel harry potter. tajuk lupa, oleh kerana tengok pun setengah cerita terlepas maka kita anggap saja intro nya pun menarik


hahahaha suka hati kau lah labu! hihihi


patutnya dah molek sangat kalau dirajinkan diri untuk menunaikan kewajipan di awal waktu. tapi sebab mata pedih tahan mengantuk, maka badan minta berbaring sekejap. dalam hati dapat rest 5 ke10 minit jadi la


ya.. syaitan berjaya menghasut saya untuk tidur sebelum solat subuh. habis tu apa motif berjaga sebaik selesai sahur tadi?

padahal time tu boleh je tahan mata.. huhuhuhu jahat la syaitan ni! benci3

tiba2 saya membayangkan betapa best nya kalau satu hari nanti rumah saya bersebelahan atau berdekatan masjid. tiap2 waktu ada hamba Allah yang baik hati mengingatkan kewajipan saya

bukan apa, sebagai manusia kita mudah lupa. lupa sebab terleka dengan rutin kehidupan di dunia.

semua benda ada dateline dan kita sedia maklum.. tapi umur dan kesihatan masing2 siapa yang tahu bila expired date nya?

dan saya rasa saya sangat tua sekarang ni. membayangkan seorang tua yang kita ramalkan akan 'pergi' dua tiga bulan atau minggu atau hari atau jam .. semuanya sebab pemahaman kita orang tua akan mati.

orang muda kita lihat sebagai manusia yang kuat dan akan hidup lama lagi.. padahal hmmmmm... manusia sama saja cuma yang membezakan amalan masing2

bekerja sepanjang hari mengejar dunia takkan selesai sampai bila pun. tapi berpada2 dengan keperluan dunia dan melakukan yg trbaik untuk akhirat lebih penting


rasa banyak yang perlu diperbaiki menjelang 3 series ni..tua dahh .. dan apa pun perubahan yang kita mahukan dari orang lain segalanya harus bermula dengan diri kita sendiri terlebih dahulu



xoxo,

raihazi


No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi ...