Saturday 22 December 2012

do & dont's di majlis kenduri

assalamualaikum ..

entry ni di wujudkan atas rasa marah err tak puas hati ermmm.. kasaq bahasa tu. tukar tukar.. atas rasa kecewa *much better* terhadap sikap sesetengah manusia sewaktu menghadiri majlis kenduri. kenduri ni banyak jenis, ada kenduri kawin, kenduri arwah, cukur jambul, masuk rumah baru dll. so kira sekali harung la yea.


muka kecewa waktu makannya terganggu ..



tapi apa yang nak di kongsi di sini adalah berdasarkan pemerhatian tuan tanah blog. maka mungkin ada sesuatu  pada saya yang di rasakan tidak sesuai tapi bagi korang ok je. bila melibatkan bab pendapat ni mana ada yang dipersetujui sepenuhnya semua orang kan? jadi kalau ada yang baik dan betul serta perlu diperbaiki, jom ramai2 ambil iktibar. kalau rasa sepanjang pembacaan, tuan tanah ni cuma nak lepas geram, redha aje lah. sila baca hingga habis hahahahahahahahaha


masalah utama kalau kita pergi kenduri pada waktu puncak ialah kekurangan tempat makan. standard la tu, semua pakat serbu masa yang sama. pukul 12 sampai 2 petang memang tuan rumah tak menang tangan bersalam sambil serah door gift. jadi kepada manusia2 yang dah selesai makan, jangan la berat punggung untuk bangun dan bagi peluang pada orang lain untuk duduk dan makan dengan selesa. ni tak, kau dah habis makan, boleh pulak bersembang bergelak ketawa tengok pengantin padahal ada dua tiga orang berdiri sebelah meja usung pinggan penuh nasi tunggu giliran nak rebut kerusi. sensitif la sikit. nak bersembang boleh, tak da sapa nak halang. tapi cari la tempat lain. biasanya rumah kenduri memang disediakan satu port di bahagian tepi atau sedikit belakang khas untuk lepak2. biasanya cuma di susun kerusi kat situ. ha, kau duduk la situ berjam2, orang nak lalu lalang pun tak ganggu.


tapi bila yang datang nak makan ni ada perangai lapar terlampau, susah jugak. dia manusia yang tak menyempat nak tunggu orang habis makan. kalau orang tu masih makan, please la jangan berdiri rapat sangat sampai orang tu rasa nak berhenti makan time tu jugak. nak habiskan nasi pun dah rasa bersalah sangat sebab ada manusia yang dok usha kau setiap kali kau suap nasi.
lain la kalau dia dah habis makan, boleh la ke depan sikit supaya orang yang dah selesai tu nampak. jadi dia tau ooo ada orang nak guna meja, kena bangun ni..

hahahahahaha sebab ni la saya rasa menggigil tahan marah tadi. ada ke patut, terang2 depan mata dia tengok saya tengah suapkan sofia makan nasi, boleh pulak dia panggil satu kerabat family dia berdiri keliling meja tunggu saya bangun. adik saya kelam kabut bangun basuh tangan sebab sambil dia makan diorang dah ubah cawan pinggan lain dan letak pinggan diorang. saya diam dulu. sambil tunggu sofia suap nasi. budak kalau makan suap sendiri, banyak mana sangat la sekali suap tu kan? so memang agak lambat la tapi I cool je. anak nak makan, apahal nak suruh cepat2, tersedak kang tak pasal pulak. last2 bila dah dengar dia cakap kat laki dia 'xpe bang, jap lagi dia bangun kita duduk la' sambil paksa rela laki dia makan semeja walaupun sebelumnya si suami tu nak cari meja lain. mungkin sebab dia nampak sofia masih makan atau takut tak cukup kerusi. lepas tu empat2 orang iaitu mak pak dan anak dara dua orang letak pinggan dan cawan penuh meja, saya sentap. kalau tunggu sekejap tak boleh ke? ni macam bagi hint nak halau je. dah la meja bulat tu kecik je
akhirnya saya bangun walaupun nasi sofia belum habis. saya kuatkan suara, 'meh sofia kita bangun dulu. ni ada orang nak makan' dengan harapan diorang sedar yang sikap tak menyempat diorang tu sangat menyakitkan hati. tapi hampehh diorang duduk dan makan tanpa cakap apa pun. kot la nak minta maaf ke ..

saya sambung suap nasi sofia sambil berdiri lebih kurang 5 langkah dari meja tu. kesian sofia makan sambil berdiri. masa tu rasa marah sangat sebab ada manusia dewasa yang sensitiviti nya tak berapa nak matang .. huihhh marah benar saya masa tu, tapi sekarang dah ok. dah maafkan dah pun :)

selain tu kalau nak ambil kerusi atau nak tumpang duduk semeja cuba la ringan mulut sikit untuk menyapa dan mintak kebenaran. memang la bukan dia yang punya meja dan kerusi tu tapi sekurang2nya ada adab di situ. kadang2 tu main tarik je kerusi dari meja sebelah, terpinga2 la makcik tu

kalau boleh elakkan merokok. suasana bawah kanopi yang biasanya panas dan kurang berangin tambah pulak ramai orang memang sangat kejam kalau ditambah dengan asap rokok menderu2. kesian kat budak2 dan ibu mengandung. silap hari bulan bila dah cuaca panas, tempat sesak, udara lak tercemar teruk asyik hidu rokok meja sebelah boleh buat kita sakit kepala atau sesak nafas
jadi sila tahan nafsu merokok tu seketika sampai la jumpa tempat yang tak mengganggu orang ramai



bila dah menaip panjang2 ni baru perasan lebih banyak dont's dari do hahahahahaha ketara sangat mama nak lepas geram :) bagi chance ..



p/s : mentang2 musim kenduri, habis semua entry nak ada kaitan denga kenduri sepanjang bulan

p/s : dah cool sebab tadi dapat baju sepasang weeeee .. bersemangat hantar acu balik changlun, harus singgah menyopping :) beli blaus dan skirt



xoxo
bee

No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi ...