Sunday 23 December 2012

dah sampai seru ...?

assalamualaikum ...

hari ni ke majlis kenduri lagi. meraikan majlis dapat pahala, perut pun kenyang, alhamdulillah. so selagi mampu, kita cuba penuhi undangan. bukan susah mana pun, kan?

semalam, bila saya pilih blaus dan skirt labuh, mak cepat2 angguk tanda setuju dengan pilihan saya. murah katanya sambil ulang 2 3 kali. saya ni manusia yang mudah di yakinkan. tak payah tunggu 2 3 confirmation, asal ada yang setuju dengan benda yang saya pilih, maka saya teruskan.

 tambah2 pulak kalau yang mengiyakan tu mak, en suami, kaklong atau adik beradik. abah susah sikit la sebab bila bab shopping, abah suka bawak haluan sendiri. cukup time abah akan call ajak balik. redha aje lah, dah kau tak pandai drive hahahahahaha kalau tak, pantang ada kunci, minyak kereta pun ada, mesti hilang tanpa dikesan


ceritanya bila saya bersungguh ajak kaklong dan mak teman saya ke the store sungai buloh hari jumaat lepas. alasan konkrit, saya tak ada baju untuk ke majlis konvo kaklong ahadnya. dengan tekad di hati, *time ni rasa macam teringat2 ayat novel yang belum habis baca hihihihihi* saya ulang banyak kali dalam hati, hari ni mesti bawa balik sehelai baju. murah atau mahal, mesti! perghh padahal sebelum ni sanggup ambil, usap, tengok harga dan letak balik kalau harganya boleh dibuat pertikaian.

bila dah jumpa yang berkenan, saya bagitau kat mak dan kaklong yang saya nak ubah cara berpakaian. sebabnya saya rasa segan kalau keluar ke mana2 berjalan pakai tshirt. walaupun lengan panjang tapi saya rasa kurang sesuai dengan peredaran usia. dalam kata mudahnya, nak menginjak ke tiga puluh tahun depan, saya rasa tshirt lebih sesuai untuk remaja. saya dah masuk golongan mak mak sekian ..

yang terbaik buat saya masa ni ialah blaus. lebih labuh dan longgar. sesuai dengan usia dan status. bila memilih tshirt, kebanyakannya adalah mengikut bentuk badan dan agak singkat di bahagian punggung. jadi dengan kesedaran usia makin tua, saya insaf dan nak berubah .. tapi harus la perlahan2 perubahannya supaya saya tak tertekan dan harapnya berpanjangan

mak terus mengucap alhamdulillah, katanya 'Allah buka pintu hati hang untuk berubah. mak dok minta jugak mintak supaya ubah sikit2. sesuai la dengan umur kita' camtu la lebih kurang ayat mak.
 sudahnya saya rembat dua helai blaus weeeeee .. saya gumbira!

kaklong sokong sepenuhnya. kaklong memang tak pakai jeans dari muda remaja sampai sekarang. tapi still dia segan dengan anak2 dia especially anak sulung dia yang nak masuk form 1 tahun depan. nurul sekolah agama, sekolah rendah al amin. secara tak langsung, pemakaian nurul lebih teliti bab aurat sebab memang diberi penekanan oleh mua'lim dan mua'limah. jadi bila anak sendiri cerewet bab baju yang sedikit fit, tudung mesti menutup dada dan ada masanya berstokin, kaklong terikut sama. dia rasa  segan dan tersedar yang kita suka ambil mudah bab aurat.


honestly, saya sendiri jadi cerewet bila nak cari baju sekarang. nak yang labuh sikit, longgar tapi still trendy. sebab anak2 saudara dah pandai menegur, jadi rasa malu pada budak2 tu wujud. pada hal kita patut malu pada Allah, bukan manusia. tapi saya tetap bersyukur, Allah buka hati saya. Allah timbulkan rasa tak selesa tu. Allah bagi rasa suka pada sesuatu yang lebih baik. sebab ada manusia, nampak benda baik depan mata tapi tak ada rasa apa2. Alhamdulillah, Allah sayangkan saya.

saya ingat lagi bila anak saudara yang nombor dua, angah pernah tegur 'baju ni ketat la, alang selesa ke?' dushhhh malu weiiii kias dia strategik gila. kalau tak terasa lagi tak tau nak kata la
tu belum lagi diorang complaint bila berjalan kat luar. tengok ragam manusia dengan macam2 style. mak kata 'kita tak boleh marah budak2 bila dia tegur. sebab benda tu betul, dia belajar jadi dia tahu ' yang kita marah tu biasanya sebab benda tu betul la. kita malu dan kita rasa diorang tak layak menegur


walaupun perubahan saya ni apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan orang lain, tapi saya gembira sebab kesedaran ni timbul sebelum saya tak mampu buat apa2 lagi. saya doa minta pada Allah supaya saya istiqamah dalam apa jua perkara baik yang telah dan sedang saya usahakan.



selingan ~ meraikan hari bahagia sepupu di ipoh awal disember .. ohh anak dara saya makin berat! :)


next mission : tudung .. lebih menutup dada bukan kepala semata mata :) insya Allah 


p/s : sebenarnya tak sangka pulak boleh terbeli baju sampai 3 helai minggu ni.. terbeli? pfffffff ...




bee

No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi ...