Thursday 6 December 2012

teringin sangat ..

assalamualaikum ..

tak sabar nak tunggu encik suami balik .. rindu dendam dah ni hahahahahaha sampai termimpi2 merajuk dengan encik suami

benda wajib bila sama2 dah di tanah besar ialah kitorang akan cari tempat makan yang dah lama kitorang teringat2 nak makan. yea la kat langkawi nun bukan semua ada. nama pun pulau.. maka sebelum encik suami selamat sampai, saya dah bersiap2 dengan senarai tempat makan yang akan di tuju hihihihihihihihi

senarai pertama bermula dengan 1901. encik suami la yang mula2 ajar makan kat 1901.. tau tak? ni hah gambar nya copy paste dari mr google

See full size image
idaman hati harusssss la yg berasaskan ayam :) texas ted chicken klu xsilap

See full size image
1901 klcc ...

lepas dah makan sosej, harussss la jalan2 pusing jusco perda sampai isi perut hadam. sebab bila dah hadam, ada potensi rasa lapar semula kannn? boleh la cepat2 ajak encik suami cari donut pulak hehehehe

suka sangat kalau dapat jumpa buah hati dua ni ..


See full size image
 

ehh apsal beza benar saiz gambar ni? ohh yea la, seingat saya kalau kat belah utara ni potensi untuk jumpa big apple lagi cerah dari dunkin donuts.. jadi kalau dah di copy paste dari sumber yang sama tapi hasil tumbesaran berbeza, mungkin ada kena mengena dengan destinasi yang patut di tuju..

dan saya akhiri entry makanan hari ini dengan destinasi jalan2 cari makan yang ketiga iaitu ....

See full size image
huihhh kenapa pakat2 beratoq ni?.....




tiba2 nak cakap penang terus hahahahahahaha saya dan encik suami memang suka makan nasi kandar. almaklum la bukan selalu boleh balik jadi bila dah balik mesti cuba jugak curi masa untuk pergi makan nasi kandar. biasanya sekali balik dapat sekali je makan. tu pun bersyukur dah, kalau tak, sambil nak pilih menu kat kedai tomyam, mulut asyik ulang berpuluh kali 'bestnya kalau dapat pekena nasi kandar huhuhuhuhu'


rasa2nya dah banyak kali encik suami janji nak bawa saya ke sini tapi belum kesampaian... cuti sekejap2 je tapi banyak benda nak di buat. perjalanan je dah makan masa sehari. kalau setakat plan nak balik tiga empat hari, saya memang tak setuju. tinggal sehari dua je nak kesana sini. rumah ayah mentua nak kena balik, rumah mak sendiri mesti nak kena tido, tu belum kira kalau ada kenduri saudara terdekat

encik suami dah faham sangat yang bininya ni akan tarik muka bila dia bukak cerita pasal nasi kandar beratoq ni sebab dah banyak kali janji tapi tak sampai2 jugak

maka gigih lah saya bbm encik suami tadi. bagitau keinginan saya yang menggunung ni. dua senarai teratas dah approve. tinggal yang ketiga je, sepi tanpa jawapan. chewahhhhh mungkin abang dah tido agaknya .. hmmm takpe, masa masih panjang.. hihihiiiiii


p/s : cepatlah balik, rindu kat awak ..



bee

No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi ...