Thursday 20 December 2012

kecintaan yang pelik ..

assalamualaikum ..


korang ada tak habit yang selalu terjadi tanpa korang sedar? dan bila korang sedar korang rasa buang masa atau tak bermanfaat langsung habit2 tu?

habit pertama ialah saya suka mengarang panjang2 dan bila dibaca semula isi yang relate dengan tajuk tu tak lebih separuh karangan dan yang lainnya adalah kelaut..hahahahahaaha yang ni memang tak boleh nak dielak buat masa ni, mungkin boleh jadi trademark penulisan arghhh tetiba :)

p/s: dengan gigih tulis isi penting dan cuba mengelak dari menaip description terlebih lebih  hihihi



ok next .. suka tengok nombor kat highway dan kira sampai tiba2 rasa letih dan baru terfikir apa faedahnya gi sebut nombor tu padahal dah sah2 susunan betul. dan rasa sangat meletihkan nak make sure nampak setiap nombor sampai kena kecik besarkan mata huhuhuhuu bertambah parah bila dah set dalam kepala tak nak kira tapi tiba2 ada satu tarikan untuk tengok semua nombor2 tu dan berterusan sampai rasa letih balik. sebab tu jalan tak jauh mana tapi letih lebih.. motif nak salahkan siapa sebenarnya ni? hahahahhaahaha dan tiba2 *banyaknya tiba2* bila ada nombor cantik contoh 1.234 akan seronok dengan sendiri dan rasa satu kepuasan. apakah?.. serius tak faham dengan perangai diri sendiri pffffff





pastu suka bandingkan jarak di signboard dengan anggaran sendiri.. lepas tu pertikai ehh tak sampai 1km pun blablabla





suka bau makanan sebelum makan .. yang ni dalam proses menyahaktifkan dari tubuh badan. sila doakan supaya tidak terjebak lagi dengan perangai tak semenggah macam ni. tak baik hokey, orang dah masak untuk kau tetiba nak cium amik bau bagai. dah macam peel kucing pulak rasanya. seriously itu lah motivasi saya untuk menghentikan tabiat ni. saya tak nak jadi kucing maka saya tak patut cium makanan sebelum makan. nak makan, makan je jangan banyak songeh. agak2 tak lalu nak makan atas sebab2 presentation yang tak menarik maka bertahanlah sampai kau jumpa makanan lain hahahahaha


suka beli buku dan makan bulan nak habiskan satu novel.. kecintaan yang sangat pelik sampai tak tau nak describe dah... hah! alasan :p




dapat hadiah ni awal tahun lagi tapi sampai sekarang belum cecah tengah buku.. aduhaiiiii




semoga yang pelik2 ni akan bertukar kepada sesuatu yang lebih bermanfaat ..




xoxo
bee

No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi ...