Tuesday 4 December 2012

mind set yang negatif ...

assalamualaikum ..

dear diary,

kita ialah siapa yang kita bayangkan ..kalau kita tentukan diri sendiri sebagai seorang yang penakut, maka sepanjang masa kita ketakutan. dengar bunyi pelik di malam hari, kita dah teka yang bukan2, takutnya sampai nak ke toilet pun berteman. sama jugak kalau kita membayangkan diri sebagai seorang yang comel bak barbie doll. maka seboleh mungkin setiap hari dressing nak yang pastel2 aje, harus nampak comel ala2 kpop dengan mata super cute, kulit mulus padahal keadaan sebenar ... pffff

bila kita ada mind set tertentu, kita akan bawa diri dengan personaliti tu. tak gemuk mana pun tapi kalau dah asal nampak cermin asyik ulang 'iskh gemuknya aku, gemuknya..' memang semua baju kau akan kata tak muat, asal ada yang pandang kau fikir diorang kutuk kau gemuk

padahal ada je orang gemuk yang comel dan cantik. sebab gemuk ni meluas maksudnya. ada orang faham gemuk ialah bila badan mula berisi dan pipi ketara tembam, tapi ada jugak yang sangat positif, katanya selagi dia tak obes maka dia bukan gemuk. sebaliknya dia cuma chubby, comel, berisi dll


tiba2 sambil berbaring kat ruang tamu tadi, ternampak la kipas siling yang berhabuk. dan terus teringat yang kerja membersih kipas ni selalunya abah yang buat, itu pun sebab ni rumah abah. nak harap anak2 yang balik sekejap2 tu yang bersihkan memang susah la. melainkan malam raya hihihihihihi

dan kalau rumah sendiri, tak lain dan tak bukan saya harapkan pada en suami. sebab saya rasa saya takut tinggi dan saya alah habuk. alasan yang common sangat tapi bila di fikirkan balik satu contoh tetiba rasa macam errr.... tu mungkin hanya satu mind set untuk mengelak dari cuba buat sesuatu. erti kata mudahnya, belum cuba buat, kau dah kata tak boleh

ironi nya *cehhhhh ayat skema habis ... siapa yang bersusah payah panjat pegang grill tingkap sambil tangan sebelah lagi gigih sangkut langsir? siapa yang nekad amik vacuum sedut habuk kipas sambil berdiri atas katil? siapa lagi kalau bukan diri sendiri yang fed up nak tunggu orang lain setelkan kerja tu?.... aku la tu !.. hahahahaha

so celah mana yang takut tinggi nya sampai tak boleh nak buat kerja rumah? banyak lagi solution nya bila kita tahu kita ni banyak benar yang ini tak boleh itu tak boleh


yea, kalau suruh saya panjat tower macam en suami buat kerja tu memang la saya surrender sebab kaki dah gigil2 masa panjat menara tinjau kat cameron dulu. tapi kalau dah bab kerja rumah, dengan sendirinya kita tolak ke tepi rasa takut atau rasa tak boleh tu sebab semak tengok langsir berbulan2 tak bertukar, habuk kipas yang terbang sana sini setiap kali kipas berpusing laju dari kebiasaan

senang cerita buang jauh2 mind set yang negatif tu. apa2 hal kena cuba buat baru boleh bagi kenyataan ' oohh aku memang tak boleh buat benda ni, .. kerja ni memang tak sesuai untuk aku ..'


memang susah rupanya nak amik gambar berenam yang comel .. gambar takde kena mengena hahahahahaha



akhirnya satu lagi mind set negatif berjaya ditepis iaitu, boleh je update entry hari ni walaupun awalnya asyik terfikir2 entah berapa kali la nak save as draft nanti hahahahahahaha alhamdulillah selesai satu task. huh task la sangat ..


bye!



mama sofia

No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi ...