Saturday 15 December 2012

kl, here we come ..

assalamualaikum ..

destinasi hari ni ialah ke kl. kitorang ke kl sempena konvo kaklong esok di pwtc

maka bersemangat la kitorang sekeluarga bertolak tengah hari tadi sesudah makan kenduri di penjara sg buloh. sebelum memulakan perjalanan harusss makan terlebih dahulu hahahahaha berjalan dengan anak2 bab makan kena bagi keutamaan. kalau tak, orang yang nak drive jadi stress sebab tak tahan nak menjawab soalan 'bila nak sampai?.. jauh lagi ke?...'

kami bergerak dengan dua buah kereta. alhamdulillah berbekalkan bantuan maps dari bb kesayangan serta signboard yang dekat sangat dengan simpang baru nampak, bagus sangat la tu.. kami berjaya sampai ke oum berdekatan hentian putra. sementara kaklong gigih beratur amik jubah, saya pulak gigih belek maps cari jalan ke hotel. mujur la bilik dah di boked lebih awal, kalau tak jenuh pulak nak mencari. tapi sebenarnya location hotel tu senang sangat, saya je stress lebih sebab tengok banyak benda dah berubah sepanjang jalan. uihh lama nya tak turun kl..

oleh kerana saya pernah kerja di kl, abah dengan senang hati bagi job untuk cari jalan ke hotel kat saya. maka dengan lapanggggg hatinya saya cuba juga, walaupun asyik tersalah sebut arah. nak suruh ke kiri tapi sebut kanan hahahahaha


akhirnya berjaya check in, alhamdulillah ..


abah dan abang sham park kereta, kami bersuka ria di lobby.. my lil princess bertudung seharian, alhamdulillah..
 


kami berkampung ehh berhotel di grand season selama 3 hari atas tajaan sepenuhnya oleh kaklong weeeee rugi la tak join, bercuti tanpa mengeluarkan duit.
kaklong memang kakak yang best, setiap kali nak ke mana2, dia mesti call bagitau. especially kalau tidur hotel, mesti nak di ajak kitorang adik beradik semua. kitorang pulak tak kisah la bilik tu besar ke tak, tetap seronok dapat kumpul ramai2, tido sama2 dan mengurangkan duit bersama2 hehehehehehe


paling ketara, setiap kali dia ke kl, dia akan ajak mak abah join sekali. dulu masa kecik2 abah jarang bawak kitorang adik beradik jalan sana sini. almaklum la anak ramai, enam orang je pun hihihihi dulu2 abah tak ada kereta. kalau tak silap masa saya darjah 5 atau 6, baru la merasa pakai kereta balik kampung. so, tu la sebabnya sekarang ni bila kitorang semua dah meningkat tua opppsss dewasa, dan masing2 ada pendapatan sendiri, kitorang suka nak bawak mak abah berjalan. yang selalu buat macam ni kaklong n abang sham la. kitorang yang lain bawak jalan dekat2 je... hihihihii tesco ke giant ke ok jugak kan?

sekarang ni je yang agak susah sikit nak berkumpul setempat kalau bukan waktu cuti raya sebab semuanya ada tanggung jawab masing2. sejak saya kahwin, makin kurang join sebab tercampak jauh kat pulau langkawi nun.. kalau masa kerja kat pwtc dulu, sanggup datang lepas kerja. my one and only adik lelaki, fahmi wajib join sebab dia kerja kat kl. adik2 perempuan pulak sorang kat tanjung malim sorang lagi kat changlun. tapi yang sorang ni iaitu achik aka teacher ezzah selamba je join. mentang2 hari jumaat tak ada kelas, laju je nampak muka dia kat mana2 :p


kiranya kali ni bercuti sambil meraikan kaklong.. hari pertama disertai mak abah, saya dan sofia, fahmi dan faezzah aka pak uda n achik serta kaklong sekeluarga. angah iaitu abang saya mungkin join esok petang lepas kerja. kesian kat adik bongsu kami, atikah aka acu yang ada kelas di kolej matrik.


to acu, jangan sedih2. next konvo kau join yea?.. tunggu achik konvo 2015 :)

to kaklong, tahniah.. we proud of you.. kaklong memang contoh terbaik buat kami adik beradik ...! love you



ok, nak bawak my anak dara mandi kolam.. acara wajib setiap kali check in hotel :)


mama sofia


No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi ...