Monday 4 November 2013

#parenting 02 tidur awal

assalamualaikum ..


nak tidokan anak bukan kerja senang. tanyalah pada mak mana sekalipun, semua akan mengangguk setuju. yang baby cara baby, merengek tengah malam nak susu, tukar lampin, perut kembung, dukung jalan sana sini belum tentu terus lena. lenguh berdukung, berbuai pulak. habis segala lagu di nyanyi, si anak dok hekhekhek merengek


bila anak dah pandai bercakap, lain pulak situasinya. berjela alasan di karang bila di ajak masuk bilik tidur. nak main lagi lah, nak tengok tv sekejap lah.. dan yang paling best bila dia tanya kenapa yang lain tak masuk tidur juga.. dan waktu tu baru pukul 9 malam. mampu ke nak paksa suami dan anak2 yg lbh tua masuk bilik masing2 seawal itu demi nak mengadilkan keadaan di mata si anak kecil tu? hahahaha


petua saya supaya anak tidur awal pada waktu malam ialah jangan tidurkan dia di waktu siang iaitu petang .. tapi kena pandai plan untuk berdepan dengan situasi kemungkinan si anak mengamuk akibat letih atau mengantuk di waktu petang. caranya, cari permainan yang memerlukan si anak bergerak aktif contoh berbasikal, bermain bola dan lain2.

elakkan aktiviti yang memerlukan tumpuan tinggi sebab akan mengakibatkan si anak lebih cepat bosan dan mengantuk.nak senang, bawa anak keluar rumah dan biar diorang explore sendiri. waktu ni bagi kebebasan untuk dia buat apa saja. pastikan si anak betul2 aktif dan gembira

 lepas mandi dan makan malam, biar anak rehat sekejap. lepas tu dalam pukul 9 malam dah boleh ajak tidur. nak tarik perhatian anak, biar anak pilih sendiri bahan bacaan untuk dibacakan. layankan aje kalau sekalipun buku yang sama diulang 5 malam berturut2. tu belum kira kalau si anak suruh ulang 2 ke 3 kali sebab cerita yang kena dengan seleranya.. redha hahaha


mak dan ayah rajin2lah buat pelaburan tambah koleksi bahan bacaan untuk anak2. sebulan sekali belikan sekurang2nya satu buku. kalau ada jiran yang 'best' boleh usahakan untuk tukar2 buku. samalah macam yang saya dan mak si emil dan franka buat. kadang2 anak bosan dengan buku yang sama, sesekali bila dapat buku lain setiap minggu mesti lah seronok kan?

anak yang dibacakan buku2 sebelum tidur biasanya lebih mudah lena dan nyenyak. berdasarkan pengalaman sendiri, bila si anak bangun pagi mereka kurang bermasalah.
macam biasa, topik ni ditulis berdasarkan pengalaman dan pembacaan. jika ada yang sesuai maka mungkin boleh diaplikasikan. jika tak, maaf lah yea :)

 good night ...



 xoxo

No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi ...