Sunday 3 November 2013

vaksin .. isu sensitif? ..

buku @ kad merah sofia.. since 2009 until now :) 

 assalamualaikum ..

 yea, saya masih bawa sofia ke klinik kesihatan ibu dan anak dari genap sebulan sampai sekarang. dan sofia dah pun 4 tahun 2 bulan..


 ada masanya bila saya ke sana, akan ada yang bertanya..'dah berapa bulan?' ehh... dan bila saya bagitau yang saya datang untuk check up sofia, dia akan tanya 'dah berapa tahun umur anak?' akan nampak muka terkejut bila dia tahu sofia dah empat tahun..


agaknya memang tak ada ke mak2 lain yang stil bawa anak check up selepas 2 tahun? hahahahaha tak kisah la janji saya puas hati dapat pantau perkembangan anak saya setiap 3 ke 6 bulan dengan senang hati. mungkin pada satu sudut, saya ialah mak yang terlalu 'risau' hihihi tapi kenyataannya, mana2 mak pun kalau mampu memang nak spend sepenjang masa untuk anak2 kita kan..


alhamdulillah, sofia ambil semua suntikan vaksin termasuk ubat cacing setiap 6 bulan. pasal kebaikan atau keburukan suntikan vaksin untuk anak2, saya tak berani nak bagi komen atau pandangan. maklumlah saya bukan ada latar belakang pendidikan berkenaan kesihatan atau perubatan jadi tak sesuai rasanya nak berdebat isu ni. cukupla saya katakan, saya yakin suntikan vaksin di Malaysia untuk anak2 kecil khasnya adalah selamat berdasarkan pembacaan dan pendapat keluarga




mana2 parents yang nak dapatkan penjelasan lanjut, boleh baca di sini
dan juga di sini ..


mak2 kena rajin membaca :) take care semua ..




xoxo

No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi ...