Sunday 10 November 2013

terus melangkah, masih jauh untuk berehat ..

Assalamualaikum ..


Tak ada sorang pun manusia yg perangainya sama seperti orang lain. Walaupun dia mengaku orang tu idolanya, serba serbi nak ditiru, nak di ikut sebab minat. Apatah lagi si kembar, sorang pemalu sorang ceria. Sorang bijak sempurna, sorang pencapaiannya ala kadar saja


So boleh nampak kan, ketaranya berbeza setiap antara kita?


Itulah uniknya manusia. Setiap kita ada cerita dan kisahnya. Allah dah cipta sebaik kejadian.


Kalau sepanjang hari kita asyik membina tingginya tembok perbandingan antara kita dan seseorang, maka tak kemana lah kita..

Dan kalau kita suka berbangga dengan apa adanya kita sampai satu ketika kita seolah merendahkan kemampuan orang lain, berdosalah kita


Perbetulkan keadaan, jangan terus lena dan menangis sepanjang hari betapa susahnya kita, sakitnya kita, kurang di sini sana.. sebaliknya bangun dan berusaha mencari kelebihan lain dan timbus kekurangan itu


Yakinlah jika kita rasa kita sedih hari ini, ada orang yang membina kejayaan dari kesedihannya yang jauh lebih teruk

Ada antara kita bangkit mengisi masa selepas kehilangan manusia dan harta benda yang lebih dasyat situasinya


Berkata pada diri sendiri, apa lah sangat nak dibanding dengan apa yang kita lalui kini. Jelas masih banyak cabang untuk kita tersenyum dan redha



P/s : sekadar reminder untuk diri sendiri di masa depan sekiranya saya leka dalam kesedihan


Yang pasti setiap hari saya bersemangat untuk maju selangkah lagi. Jangan diukur pencapaian saya, segalanya masih bertatih dan akan berjalan sedikit hari lagi. Saya juga tak sabar nak berlari seperti kamu, cuba masanya belum lagi


Sepertimana saya sabar dengan kemampuan diri, kamu juga patut begitu :)



Ehh.. mohon maaf kalau tulisan hari ni ke laut dan mungkin ombaknya terkena kamu.. maaf yea




Xoxo



No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi ...