Thursday 14 November 2013

semoga Allah beri mereka kekuatan ..

Assalamualaikum ...


Sesi memotivasi diri sendiri berlaku setiap hari. Penting supaya kita belajar bersyukur dengan segala rahmat dan rezeki dariNya


Rezeki dari pelbagai sudut dan cara.. wang ringgit, kesihatan, pasangan dan anak, pekerjaan, pelajaran, cinta dan kasih sayang dll


Ada yang diuji dengan lambat bertemu jodoh .. tidak dikurniakan anak.. usaha beribu ringgit tapi kalau belum masanya, maka belum lah


Macam tu juga lah dengan situasi lainnya. Kalau setakat itu masa yang dipinjamkanNya untuk kita, jangan marah atau kecewa berpanjangan. Redha dan bersyukur untuk hikmah disebalik ujian


Blogwalking mengajar saya dari pengalaman orang lain. Berkongsi rasa sedih dan gembira, kita ambil iktibar. Kuatnya mereka kerana mampu bangkit dari kesedihan dan kesusahan


Semoga Allah lipat gandakan usaha kita untuk berjaya, tabahkan hati untuk segala ujian dan cabaran serta berlapang dada atas apa jua ketentuan



Luangkan masa untuk singgah sekejap dan baca kisah mereka.. semoga ada keinsafan betapa banyaknya rahmat dan rezeki yang kita terima

Cerita si ibu kehilangan dua anak dalam tempoh yg dekat ..  bidadari syurga 

Ibu tunggal sakit, anak2 berdikari .. baca di sini ..





Itu aje untuk hari ni, take care!




Xoxo


No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi ...