Tuesday 5 November 2013

#parenting 03 saya hebat!

assalamualaikum ..


beberapa hari yang lepas, saya ada update entry pasal usaha saya dan suami untuk melatih sofia tidur sendiri. saya tak pasti ada dijelaskan atau tidak dalam entry tu, tapi apa salahnya buat penambahan kat sini kan..
 tidur sendiri tu saya maksudkan selepas sesi bacaan buku, doa tidur dan alfatihah serta sedikit nasihat, saya akan tinggalkan sofia untuk lena ditemani lampu tidur. senang ceritanya, saya keluar sekejap dan datang jenguk lebih kurang 10 minit kemudian.


setiap kali sofia berjaya, esok paginya dia berpeluang pilih sticker dan lekat di sekeping a4 yang bertulis 'SAYA HEBAT'.

kenapa sticker? sofia sukakan sticker dan sejak awal lagi saya jadikan sticker sebagai salah satu reward untuk dia setiap kali dia berjaya lakukan sesuatu. contohnya berjaya siapkan satu muka surat latihan huruf dll.

 secara tak langsung sambil dia melekatkan sticker, dia sendiri mengulang2 kata'SAYA HEBAT'.. percaya atau tak, setiap kata2 yang selalu disebut adalah merupakan satu doa. selain tu, saya membina keyakinan pada dirinya sendiri bahawa dia seorang yang hebat :)
dan ini hasilnya setelah beberapa hari .... alhamdulillah


p/s : rasanya nak kena tambah stok sticker hihihi






xoxo




No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi ...